Jumaat, 11 Januari 2013

RAKYAT BANGKIT BERI AMARAN


SATU AMARAN
DARI
SATU JUTA
Laluan ke Dataran Merdeka, Stadium Merdeka ditutup esok

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan pusat bandar di ibu negara bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ekoran Himpunan Shamsidar yang dianjur oleh pakatan pembangkang esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, semua laluan menghala ke Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka akan ditutup dan pengguna kenderaan dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari hingga 5 petang esok. - UTUSAN MELOYA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAK PANGGIL HIMPUAN SHAMSIDAR KE ..kah kah kah...

kah kah kah....SHAMSUDDIN KE... SHAM DOL KE... TAK HAL... kah kah kah..

kah kah kah...YANG PENTING 1 JUTA TURUN... kah kah kah...

woit... YANG PENTING INI AMARAN UNTUK GEROMBOLAN...kah jag ag...


kah kah kah... AMARAN DARI RAKYAT.... kah kah kah...



---

BERITA KEBANGKITAN RAKYAT SEDANG MEREBAK TAK TERTAWAN



 HEBOHKAN LAGI
GEMPAQ KAN MAYA
FACEBOOK 
dan 
TWEER 
jadikan # kl112
menjadi numero uno

Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan

KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta rakyat tidak takut menghadiri himpunan Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.


5,000 anggota Unit Amal bertugas pada HKR 12 Jan

KUALA LUMPUR:"Esok Unit Amal dari luar Kuala Lumpur dan Selangor akan mula turun ke Kuala Lumpur. Kita akan berada di sekitar Stadium Merdeka malam esok dan mula bertugas pagi Sabtu," kata Johari Osman.


50,000 aktivis R berjalan dari KLCC tuntut royalti »
KOTA BHARU 11 Jan: Kira-kira 50,000 aktivis royalti dari lima negeri pengeluar minyak menyertai Walk For Royalty (W4-R) pada Sabtu…

HKR: Berjalan bersama AMK demi kebebasan, keadilan & demokrasi »

logo-amk
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi…
Jan 10 2013 /  / Read More »

HKR tetap di Stadium Merdeka- Tian Chua »

(Oleh: Aliff Fikri) KUALA LUMPUR 11 Jan: Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menempelak saranan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk


-----

WARGA DARI LUAR TURUT SAMA BANGKIT MELAWAN


TERBARU
DARI JORDAN
melbourne sydney
taiwan hong kong
bali dubai
mesirlondon
paris


15 minutes ago 
Nahh ambik hampa..
Kawan-kawan yang berada di Jordan, Mesir dll rasanya kalau boleh mereka pon nak bersama di Stadium Merdeka malam isok. Walaupun cuaca sangat sejuk di sana , tetapi bahang Kebangkitan Rakyat tetap memanaskan keadaan . Salute ! sahabat-sahabat di perantauan!



-------

PERKASA PULAK TURUN BERDEMO - HEBAT!



BELAJAR 
ILMU SEMIOTIK
 DEMO BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Sebahagian daripada kira-kira 8,000 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini mengadakan demontrasi aman bagi membantah penggunaan nama 'Allah' dalam Bible berbahasa melayu di hadapan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.- Foto TIEWNAMA 


KOMENTAR TUKAR TIUB
berita bergambar ini kata
gambar ini sebahagian dari 8,000 yang berdemo
kah kah kah
soalan untuk kurun ini
 mana perginya 7980 yang lain

mereka pergi ke tandas?
pergi beli top up?
tak suka gambar diambil?
atau
mereka ada dalam gambar
tapi pakai ilmu pendinding
tak lut oleh kamera digital
kah kah kah


------

PANDUAN PENTING - BACA IN I DAHULU



 BACA PANDUAN INI
FAHAMI
IKUTI
untuk kebaikkan kita semua


HKR112:

Panduan penting untuk keselamatan peserta

Harakahdaily,11 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu ini disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan.


APA YANG PERLU DIPAKAI

Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.

Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia.

Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection).

APA YANG PERLU DIBAWA

Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml.

Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.

Makanan seperti coklat, snek makanan ringan.

Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini.

Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma.

Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa.

Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.

PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN

Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan.

Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian.

Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.

Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.

PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN 

KIMIA (Jika ada)
Tanda-tanda terkena bahan kimia:

* Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit
* Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan
* Cecair hidung keluar secara berlebihan
* Batuk dan sesak nafas
* Pening

Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan ‘pepper spray’ memerlukan 20 minit-2 jam.

Bagaimana menghadapinya:

BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.

Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. 

“JANGAN SAPU MUKA”

Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.

Sila dapatkan bantuan sukarelawan ‘Pasukan Perubatan’ yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan.

Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.

* Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain.

Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.

- Sekritariat HKR



---

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - HANYA DI TUKAR TIUB


POLIS SABAH
HARAMKAN HIMPUNAN
di kota kinabalu
 GABUNGAN NGO MENUNTUT HAK RAKYAT SABAH (GEGAR)
KENYATAAN MEDIA : 11 JANUARI 2012 
KETUA POLIS KOTA KINABALU HARAMKAN HIMPUNAN SABAH BANGKIT

Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun telah mengeluarkan  kenyataan yang melarang rakyat Sabah untuk terbabit dengan Himpunan Aman Sabah Bangkit yang akan berlansung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polis atau mana-mana jabatan yangt berkaitan. Hal ini menyebabkan perhimpunan ini bersalahan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Namun pihak penganjur iaitu Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR), berpendirian akan meneruskan himpunan biarpun mendapat halangan daripada pihak Polis. Hal ini kerana pihak penganjur memberi jaminan bahawa perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman dan hanya menjadi ruang untuk rakyat Sabah meluahkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sabah.  
Pihak penganjur juga menafikan kenyataan Ketua Polis Kota Kinabalu yang mengatakan tiada permohonan dibuat oleh penganjur. Walhal pihak penganjur telah cuba menghantar surat pemakluman  dengan hadir ke Balai Bolis Karamunting pada 7 Januari namun pegawai bertugas enggan menerima suarat berkenaan. Penganjur bagaimanapun telah menghantar surat pemakluman tersebut melalui Pos pada hari yang sama kepada Balai Polis Karamunting.

Semasa hadir ke Balai Karamunting, Penganjur diminta mengisi boring yang menuntut agar penganjur memberikan butir lengkap penganjur dan program yang akan dijalankan. Pihak GEGAR menganggap prosedur ini sebagai satu usaha yang ingin menyusahkan rakyat daripada mengamalkan hak kebebasan berhimpun.  Hal ini kerana Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit ini adalah inisiatif rakyat yang tidak terlibat dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan. GEGAR yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan bebas untuk berada di mana-mana sudut di negeri ini.

GEGAR juga berpandangan, biarpun tanpa Akta ini, peserta himpunan sudah cukup matang untuk menentukan suasana perhimpunan. Namun pihak GEGAR mengalu-alukan kehadiran pihak Polis untuk menjaga dan mengawal keselamatan orang awam. Sekali lagi GEGAR memberi jaminan bahawa himpunan ini akan berlansung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, himpunan ini akan diteruskan atas dasar melaksanakan hak asasi rakyat yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sekian. Terima Kasih
Yang Benar.

HARIYADIE KARMIN
Kordinator GEGAR
Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR)
014 – 875 0414 / 013 – 899 5744


PENGUMUMAN TERBARU UNTUK HKR112



PENGUMUMAN
 JAWATAN KUASA HKR112
kepada semua warga
yang akan datang ke HKR112 esok
sila ambil maklumat ini
pilih tempat terdekat
untuk datang ke stadium merdeka
ikut arahan pemimpin
ikut arahan unit amal dan keselamatan
SILA GUNAKAN
sistem pengangkutan awam
jangan datang dengan kereta sendiri
naik bas
naik komuter
naik lrt
naik keretapi
naik monorail
BERHENTI DIKAWASAN TERDEKAT
berjalan perlahan lahan


PEMAKLUMAN LALUAN
CHECK POINT – STADIUM MERDEKA
BIL
CHECK POINT
LALUAN KE STADIUM MERDEKA
PEMANDU JALAN

1

Amcorp

Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – STADIUM MERDEKA


1-      Ust Nasruddin Tantawi - PAS
2-      Samsul Iskandar - PKR
3-      Sani Hamzan - PAS

2

Masjid Arrahman UM


Jalan Pantai – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – STADIUM MERDEKA


1-      YB Nurul Izzah - PKR
2-      YB Ng Suee Lim - DAP
3-      Safwan Anang - Mahasiswa
4-      Adam Adli – Mahasiswa
5-      Raja Iskandar – PAS


3

Brickfields


Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – STADIUM MERDEKA

1-      Raja Ratnam – NGO Warga Aman
2-      Faizal – NGO OKU Bangkit
3-      Arutchelvan - PSM
4-      Zunar - Kartunis
5-      Maria Chin – NGO Empower
6-      YB M. Kula Segaran – DAP


4

KLCC

Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – STADIUM MERDEKA


1-      Dato’ Husam Musa - PAS
2-      YB Teo Kok Seong - DAP
3-      Mazlan Aliman - PAS
4-      Zairil Khir Johari – DAP


5

Kelab Sultan Sulaiman

Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – STADIUM MERDEKA


1-      Badrul Hisham (CheGu Bard) – NGO SAMM

6

Pasar Seni

Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – STADIUM MERDEKA


1-      YB Dr. Siti Mariah - PAS
2-      YB Teresa - DAP
3-      YB Teo Nie Ching - DAP
4-      YB Elizabeth Wong - PKR

7

Jalan Sultan


Jalan Hang Jebat – STADIUM MERDEKA

1-      YB Fuziah Salleh - PKR
2-      Cg. Ishak Surin – NGO MUAFAKAT
3-      Wong Tack – NGO Himpunan Hijau
4-      YB Tan Kok Wai - DAP

8

Masjid Negara

Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – STADIUM MERDEKA

1-      YB Khalid Samad - PAS
2-      YB Azmin Ali - PKR
3-      YB Dr Mujahid Yusuf - PAS

* No. perhubungan Ketua Keselamatan : Sdr. Johari 019-7116300


------

MALAM INI KITA BERJUMPA DI KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU



MALAM INI KITA BERTEMI DI KELAB SULTAN SULAIMAN

Rapat Kemuncak 11 Januari di Kg Baru: Festival Rakyat, Pedoman dan Pengarahan Akhir Untuk Hari Kebangkitan Rakyat


Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat.

Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik (countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12 Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal.

Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.

Paling penting, pentas Rapat Kemuncak ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk HKR. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. 

Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat. 

Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan Hari Kebangkitan Rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat.

Che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM



NAMA PROGRAM           : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112
ANJURAN                            : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR
TARIKH &MASA                                : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm
VENUE                                  : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU

GILIRAN PENTAS
RANGKUMAN PERTAMA (8.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
AMRAN
PEMANDU TEKSI
ZURAIDI
PEKERJA KILANG
JAMIAH
SURI RUMAH
SHARIFAH
PENIAGA MELAYU P.PINANG
IBRAHIM ALI
NELAYAN
YB TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN PKR
CIKGU NORMALA
GERAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIK KEBANGSAAN
CYNTHIA GABRIEL
SUARAM
WAKIL
PERSATUAN BEKAS POLIS
PROF DR G BALASUBRAMANIAM
Wakil professional India Muda
KOL (B) NAZARI
Kerabat
DINSMAN
PENGGIAT SENI

RANGKUMAN KEDUA (9.25pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
YB HUSAM MUSA
PAS
YB FUZIAH
NAIB PRESIDEN PKR
WONG TACK
ANTI-LYNAS
YB ANTHONY LOKE
DAP
SUHAIZAN
TANAH
HARIS IBRAHIM
AKTIVIS ASALKAN BUKAN UMNO
SHAHARUDDIN
SELAMATKAN PANTAI PD
WAKIL PENGERANG
RAPID PENGERANG
TN SYED IBRAHIM
GERAKAN MANSUH ISA
ITO (PERSEMBAHAN)
PENGGIAT SENI

RANGKUMAN KE-3 (10.15pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
YM TENGKU HARMY
SEPUPU YDP BESAR N.SEMBILAN
RAJA BAHARIN
‘R’ TERENGGANU
ZUNAR
KARTUNIS
ABBY ABADI
SELEBRITI HIJRAH
HAIRIE OTHMAN
SELEBRITI HIJRAH
ISHAM RAIS
AKTIVIS INTERNASIONAL
SAFFWAN ANANG
PRESIDEN SMM
KC HENG
DEMA
ADAM ADLI
PENGARAH PROG/MAHASISWA
ISHAK SURIN
MUAFAKAT
Prof Dr. Shaharir
GM PPSMI
PAK SAMAD (PENYAMPAIAN SAJAK)
SASTERAWAN NEGARA

RANGKUMAN KE-4 (11.05pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
ABDULLAH ALI
BEKAS PEMAIN BOLASEPAK
DATUK FAUZI SHAARI
BEKAS KETUA JSJ PDRM
MAZLAN ALIMAN
ANAK
NAZRI DERAMAN
‘R’ KELANTAN
TS KADIR SHEIKH FADZIL
TOKOH UMNO
ARUL
PSM
BLANK (PERSEMBAHAN)
SELEBRITI HIJRAH (BEKAS KUMPULAN GAMMA)

RANGKUMAN TERAKHIR (11.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
AMNI JAGAT (SAJAK)
PENGGIAT SENI
YB SYED AZMAN
PAS
YB DS WILFRED BUMBURING
Angkatan Perubahan Sabah
YB DATUK SAIFUDIN NASUTION
S/U AGONG PKR
TS KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
TN HJ MAT SABU
PENGELOLA HKR / TIMBALAN PRESIDEN PAS



------