Selasa, 5 Mac 2013

SANDIWARA DI PENTASKAN UNTUK GANTUNG PRU SABAH





PENASEHAT SULTAN SULU


Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu melaporkan berita fitnah dengan tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad Datu.

Anwar kemudian memfailkan saman RM200 juta kepada kedua-dua media kawalan rejim Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.


Berita penuh ABN News, Filipina di bawah..
Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition
04 MAR 2013 09:00PM

MANILA, Philippines — The Sulu Sultanate denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.

“We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them,” Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said, www.interaksyon.com reported.

She also brushed off President Benigno Aquino III’s allegations “conspirators” funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.

The voyage was “KKB,” short for “kaniya-kaniyang bayad,” meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon,

The sultanate’s briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.

She slammed Aquino’s briefing, calling it full of “hypothetical analogy” and “speculative statements” to which they could not respond and dared Aquino to “name the conspirators” he claimed had abetted their follower’s voyage to Sabah.
SANDIWARA DI PENTAS
UNTUK TUTUP CERITA KAD PENGENALAN TIPU




---------

PENCERAHAN SANDIWARA AL-LAHAD DATU




SANDIWARA
DI PENTAS UNTUK MEGOLAH PERSETUJUAN

 BIK MAMA PULAK
masaalah di Lahat Datu hanya oleh diselesaikan oleh seorang saje, siapa ?? BIK MAMA !! kalaulah bik mama sumbangkan ke semua simpanan C4 beliau pada ATM, habis sultan sulu dan kucu-kucunya !! on PEMENTASAN SADIWARA - SIAPA DAPAT UNTUNG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:32 PM

KELEMAHAN SULTAN SULU
Di manakah letaknya kelemahan Sultan Sulu? Di tangannya kah? Di kerisnya kah? Di M16 nya kah? Kelemahan Sultan Sulu terletak di huruf "S" nya. Kalau "S" digantikan dengan "B" .Maka semua rakyat dan pengikutnya akan ketawa terbahak-bahak. on PEMENTASAN SADIWARA - SIAPA DAPAT UNTUNG
Anonymous
at 6:30 PM
 
KAD PENGENALAN
Bro, Wa setuju bro... smacam ada sadiwara. Yg buat kerja pencerobohan semuanya rakan baik UMNO. Ah Jib nak kembalikan kepercayaan rakyat. Bila kekecohan ini timbul, maksudnya para angggota sulu yg telah d beri IC (my kad ker atau penduduk tetap ker) ramai di semenanjung. 

Kelang, johor bahru, KL malah di putrajaya. Mereka akan membuat kekecohan. Manakala PRU13 akan ditangguhkan. Sementara itu kerajaan sementara akan dibentuk, atau tentera dan polis akan mengambilalih kerajaan.

 Pada masa itu,UMNO akan memainkan peranan yg mena diorg kononnya berjumpa dgn sultan sulu dan membuat rundingan damai. Pastinya rundingan tsb berjaya dan nampaklah bahawa UMNO yg berusaha mencari penyelesaian. Entahlah, ini pendapat sahaja. tak taulah betul atau tidak, Hanya Allah yg Maha Mengetahui on PEMENTASAN SADIWARA - SIAPA DAPAT UNTUNG
Anonymous
at 6:17 PM
 SALAH EJAAAN
Setuju 100%!!!!! Selama ni pun aku dok perhati kan je,tapi nampaknya team TT ni tetap tak berubah-ubah..Hasut orang untuk ubah kerajaan,tapi kesalahan sama yang berulang-ulang,boleh dikatakan tiap hari sama je,salah eja..berubah la ke arah profesionalisme sikit dalam hal mengeja-eja ni team TT oit!!!,

kesian pak cik mak cik Felda nak baca huruf tunggang langgang tu nanti..Kata Isham,Bahasa Melayu duajukan sebagai instrumen perubahan,tapi nak mengubah macam mana kalau ejaan pun selalu khilaf..bukan sekali dua..tapi tiap-tiap hari ni..ayuh ubah team TT!! Khalas.. on SANDIWARA TELAH MASUK BABIK BARU PULAK

in response to woit team tt, byk typo error, hangpa tak proof read ke sebelum publish artikel? kesian kat pembaca bukan melayu, dah lah bahasa guna tak std, salah eja pulak, haru betul. cuba jgn gopoh, buat kerja teliti sikit, takkan 2,3 minit tak kan tak boleh peruntukkan utk baca balik tulisan sebelum hidang kat mata pembaca. leceh betul., by Anonymous.
Anonymous
at 5:32 PM
 
TEORI  TAUSUG
TEORI kau bernas tt.....teori aku pulak...1. Tausug bangga dengan tausugnya..mereka bukan melayu dan mereka bukan pilipinos....malah perang lahad datu bukan kerana jihad agama...jihad tausug...

 2.kalau plan A kerajaan ini tersungkur maka plan B mereka ini akan dijalankan....iaitu...rakyat tempatan akan ditakutkan secara maksimum melalui media sejak PLD itu secara total....orang tausug pulak digeramkqn kan secara total melaui cara yang sama...untuk pengetahuan tt...

tausug ini kebanyakan nya anti polis dan anti malaya...rakyat tempatan juga..mereka ini anti tausug dan anti malaya....so...anti malaya itulah yang cuba di isi oleh para cerdik pandai ini untuk dimanipulasikan untuk keuntungan diri.....contoh....pencerobohan itu telah terbarai dan gagal sejak mula lagi...dieram lama untuk diberitakan propaganda ketakutan.....tup tup mahu tak mahu...plan B dijalankan......Bom sampai mati.....ini strategi TAKUT JADI SUKA.....ini mungkin teori pemikir hebat putrajaya yang tak berapa nak cerdik on SEJARAH SANDIWARA AL- MAUNAH DAN WORLD TRADE CENTER
DIDI KOTA BELUD YANG SEBENAR
at 4:52 PM

TRAJEDI SAUK
deyyyy macha..gua bukan org army tapi ada teori sendiri dan kemusykilan pertama dalam tragedi Sauk...geng maunah tangkap senjata laik kat bukit dlm Mesia..then nak lawan army mesia yg ramai..umpama nyamuk nak stop lorry treller... 

Kedua dalam tragedi lahad datu...sikit punya org Sulu mengigau masuk Mesia nak lawan army mesia yg serba lengkap danramai...umpaya lalat nak stop kereta kebal Kesimpulan adakah Maunah/askar Sulu nie bebal ke bodah tahap sapi nak lawan army mesia di mesia...

atau penulis skrip yg bebal wat skrip bangagan...dlm kes ini tragedi 911 ada jgk logik dan best gak berbanding di Sauk/Lahad datu nie kalo di sauk utk menghalalkan undang2 tangkap ahli politik pembangkang yg extreme adakah di Lahad Datu nie nak tangkap leader2 pembangkang pulak??? on SEJARAH SANDIWARA AL- MAUNAH DAN WORLD TRADE CENTER
AbuSimbel
on 3/5/13


CARI MAMAT INI
AJAK DIA MAKAN KENDURI

-------

PEMENTASAN SADIWARA - SIAPA DAPAT UNTUNG




INI BUKAN TEORI KONSPIRASI
INI SANDIWARA
CUKUP SENANG NAK FAHAM SANDIWARA INI

PLOT: 
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION 
SEDANG NAZAK
PENGUNDI SABAH AKAN UNDI PAKATAN
sabah akan jatuh ke tangan pakatan
gerombolan berkuasa kerana undi haram dari sabah
bila undi haram habis
maka
najib dan suku sakatnya
akan  musnah

NAJIB TERDESAK
MAKA PEMENTASAN SANDIWARA
ADALAH LANGKAH PALING BIJAK
jangn lupa
yang beri kad pengenalan segera siapa?
JANGAN LUPA SURUHAN JAYA  SIASATAN DI RAJA SABAH
TELAH DI TANGGUH
nama madey tak muncul
 



------

SEJARAH SANDIWARA AL- MAUNAH DAN WORLD TRADE CENTER



TULISAN DARI SIMPANAN

Sauk dan World Trade Center

Oleh Hishamuddin Rais

Pada 11 September ini ialah tarikh ulang tahun kelima meledak dan runtuhnya bangunan World Trade Center (WTC) di kota New York. Pada 20 Julai yang lalu ialah ulang tahun ke-6 tragedi Sauk/Bukit Jenalik. Di dalam kedua-dua kes ini kita akan melihat ada beberapa persamaan jika diteliti atau dikaji.

Kumpulan Al-Qaida dan Usama bin Laden telah dituduh sebagai bertanggungjawab melakukan serangan ganas yang mengakibatkan lebih dari 3,000 nyawa melayang. Dalam kes Sauk yang dituduh ialah kumpulan Al-Maunah dan Muhamad Amin pula telah dituduh sebagai kepala yang bertanggungjawab ke atas 3 kematian.

Ledakan WTC pada hari pertama telah memeranjatkan rakyat Amerika. Malah rakyat dunia juga telah turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Amerika. Ini adalah serangan kali kedua yang datang dari musuh luaran dalam sejarah Amerika moden. Kali pertama serangan dari luar berlaku pada 7 Disember 1941. Pada hari itu tentera Jepun telah datang mengebom Pelabuhan Pearl di pulau Hawaii.

Serangan ke atas Pearl Habour ini telah menyemarakkan kemarahan rakyat Amerika ke atas negara Jepun. Ketika serangan ini berlaku, negara Amerika Syarikat masih lagi berkecuali dan tidak mengambil bahagian dalam kancah perang dunia kedua. Manakala Eropah ketika itu sedang diserang oleh kuam Fasis Hitler di Jerman, Muossolini di Itali. Di Asia Tenggara pula tanah-tanah jajahan kuasa kolonial Eropah telah ditawan oleh tentera fasis Jepun



Kemarahan rakyat Amerika ke atas Jepun ini telah membolehkan pada keesokan harinya presiden Franklin D. Roosevelt mengumumkan bahawa Jepun adalah musuh Amerika. Bala tentera Amerika telah bersedia untuk memasuki kancah perang dunia kedua dan membantu Eropah melawan Hitler, Muossolini dan Tojo di Jepun.

Hari ini telah banyak buku-buku dan kajian akademik yang ditulis untuk menunjuk dan membuktikan dengan fakta bahawa serangan Jepun ke atas Pulau Hawaii itu bukanlah tidak disedari oleh badan risikan Amerika. Malah Presiden Roosevelt sendiri telah tahu lebih awal lagi tentang perancangan Jepun ini. Di London Perdana Menteri Churchill sentiasa menggalakkan Amerika untuk turut sama memasukki kancah perang. Hanya sentimen anti-perang rakyat Amerika yang menghalang Presiden Roosevelt untuk masuk campur tangan. Justeru, serangan Jepun ke atas Pearl Habour adalah sesuatu yang memang ditunggu-tunggu oleh Presiden Roosevelt – pucuk dicita, ulam mendatang.

Pengeboman Pearl Habour ini tidak jauh berbeza dari kes ledakan WTC. Pada bulan-bulan awal sesudah runtuhnya WTC, Presiden Amerika telah mendapat simpati dari rakyat. Melalui simpati rakyat ini, Presiden Bush dengan serta-merta telah meluluskan pelbagai bentuk undang-undang yang tidak mungkin dapat diluluskan jika tidak berlakunya ledakan. Undang-undang seperti Patriot Act yang melanggar dan bertentangan dengan piagam Hak Asasi Warga Amerika telah diluluskan tanpa banyak perbincangan. Akta Patriot ini telah bercanggah dengan cita-cita Piagam Pengisytiharan Penubuhan Negara Amerika yang demokratik. Amerika juga tanpa segan silu telah menolak beberapa fasa dalam Geneva Convention, satu perjanjian antarabangsa.

Ledakan WTC ini adalah satu strategi politik yang diingini oleh puak neocon dan kabal-kabal Zionis yang mengelilingi Rumah Putih. Hasil dari strategi ini, Presiden Bush telah mendapat persetujuan Dewan Kongres dan Dewan Senat Amerika untuk menghantar bala tentera Amerika menyerang Iraq. Tanpa ledakan di WTC tidak mungkin serangan terhadap Iraq dapat dipentaskan.


Perkara yang sama juga berlaku di Sauk. Pada ketika sandiwara Sauk ini di pentaskan Mahathir Mohamad sedang menggelabah kerana diasak oleh Gerakan Reformasi. Rakyat terutama manusia Melayu telah berbondong-bondong meninggalkan parti United Malay National Organisations. Banyak mesyuarat bahagian dan cawangan United Malay National Organisations telah gagal kerana kekurangan kuorum. Ceramah-ceramah penerangan dari ibu pejabat United Malay National Organisations telah tidak dihadiri walaupun makanan dan duit saku disediakan. Dalam masa yang sama kebencian rakyat terhadap Mahathir dan United Malay National Organisations telah menyuburkan budaya parlimen jalan raya.

Dengan latar belakang ini, maka sandiwara Sauk yang dipentaskan itu samalah seperti sandiwara WTC di New York. Sauk dipentaskan untuk melahirkan simpati manusia Melayu terhadap Mahathir Muhamad. Sauk juga menjadi persediaan untuk mengolah persetujuan rakyat bahawa negara ini dalam keadaan ‘huru-hara’ dan ISA perlu digunakan. Buktinya, beberapa bulan sesudah kes Sauk, berlakulah penangkapan beramai-ramai terhadap aktivis Reformasi.

Pementasan dan konspirasi seperti ini akan ini dilakukan oleh jentera dan badan-badan risikan daulah. Dalam kes Sauk, hingga ke hari ini rakyat masih tidak percaya bagaimana 3 buah kereta Pajero boleh memuatkan 3 tan senjata dalam masa 15 minit. Kes Sauk terus tidak diyakini rakyat dengan serta-merta. Keyakinan rakyat telah merosot begitu sekali sehinggakan satu lagi sandiwara Sauk terpaksa dipentaskan secara resmi dan terbuka oleh kerajaan Mahathir Mohamad. Cerekarama Sauk 2 ini dipentaskan untuk membuktikan keupayaan 3 buah Pajero dapat dimuatkan dengan 3 tan senjata dalam masa 15 minit. Tunggulah masanya nanti, di Amerika juga akan diulang semula ledakan dua pesawat udara itu dalam usaha untuk meyakinkan orang ramai.

Antara Sauk dengan WTC ada juga perbezaan. Keyakinan rakyat Amerika terhadap jalan cerita rasmi terhakis sedikit demi sedikit. Tidak seperti Sauk di mana rakyat terus tidak percaya dengan serta-merta. Tetapi di Amerika hari ini hampir 30% rakyat Amerika telah percaya bahawa ledakan di WTC itu adalah kerja ‘orang dalam’. Angka ini semakin bertambah dengan munculnya pelbagai bahan bukti yang baru.


Kini ledakan WTC, sama seperti pengeboman di Pearl Habour telah dilihat oleh rakyat Amerika sebagai langkah jentera-jentera dan badan-badan risikan daulah untuk mengolah persetujuan rakyat agar menyokong apa sahaja tindakan kerajaan. Rakyat perlu ditakut-takutkan. Orang yang takut pasti akan meminta bantuan. Bantuan hanya boleh diberikan oleh yang memiliki kuasa.

Kalau di Sauk kita ditakutkan oleh kumpulan bersenjata yang ingin melawan Yang Di-Pertuan Agong. Manakala di Amerika rakyatnya ditakutkan dengan apa yang kini dipanggil ‘pengganas Islam’. Ada satu lagi perbezaan di antara kes Sauk dengan WTC - dalam kes WTC semakin banyak dokumen bukti dan bahan kajian muncul. Tetapi, sayang sekali, kerana kesempitan ruang demokrasi di Malaysia kes Sauk/Bukit Jenalik belum melahirkan kajian-kajian ilmiah yang terperinci. Tidak wujud filem-filem dokumentari yang menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di Bukit Jenalik pada malam 2 Julai 2000 dahulu.

Dalam kes 9/11 WTC kini terdapat banyak buku-buku ilmiah, filem-filem cereka dan filem-filem dokumentari yang telah dihasilkan. Semua bahan-bahan ini cuba menerangkan kesangsian rakyat terhadap ledakan WTC. Persatuan dan kumpulan yang sangsi terhadap 9/11 telah membina berpuluh-puluh laman web dengan pelbagai bentuk data dan kajian yang mempertikaikan apa yang sebenarnya telah berlaku pada pagi 9 September lima tahun dahulu.

Akhir-akhir ini telah ditubuhkan satu badan yang dipanggil Scholars for 9/11 Truth. Kumpulan ini terdiri dari lebih 300 orang ahli akademik dan ilmuwan dari pelbagai bidang. Mereka telah membuat kajian dan membuktikan bahawa ledakan dan runtuhnya bangunan WTC lima tahun dahulu bukan akibat dari minyak kapal terbang yang membakar bangunan tersebut tetapi hasil dari bahan letupan yang telah sedia terpasang.

Hujah asas dari pihak yang mengajukan bahawa ledakan WTC itu adalah kerja orang dalam ialah kegagalan pihak berwajib menerangkan bagaimana bangunan WTC 7 yang tidak terkena dengan serangan kapal terbang pada pagi itu runtuh pada sebelah petangnya. Malah hingga ke hari ini fokus siasatan rasmi Rumah Putih hanya kepada keruntuhan dua bangunan sahaja. Bangunan ke tiga WTC 7 tidak pernah diselidiki secara rasmi.

Apabila tuan empunya bangunan ini, Larry Silverstein seorang Zionis ditanya kenapa bangunan WTC 7 runtuh, maka inilah jawapannya - ”We’ve had such terrible loss of life, maybe the smartest thing to do is to pull it.’ And they made that decision to pull and we watched the building collapse." ( Kami mengalami banyak kematian, mungkin yang terbaik untuk dilakukan ialah meruntuhkannya. Mereka membuat keputusan untuk meruntuhkannya dan kami hanya menyaksikan bangunan itu runtuh).

Melalui rakaman video dapat dilihat bahawa WTC 7 ini runtuh sama seperti runtuhnya bangunan WTC North dan WTC South. Bangunan-bangunan ini tersembam ke bumi. Lalu timbul persoalan jika WTC 7 diruntuhkan secara dirancang, ini bermakna bahan-bahan ledakan telah terpasang lebih awal. Memasang bahan-bahan ini sekurang-kurangnya memakan masa satu atau dua minggu. Ini bererti bahan-bahan letupan telah dipasang lebih awal lagi dari 11 September.

Ini sama seperti Sauk/Bukit Jenalik, pasti lubang-lubang kubu yang dikatakan wujud di atas bukit tersebut telah digali lebih awal lagi. Apakah tidak ada tanda soal yang muncul dari pihak yang berkuasa kerana kem Al-Maunah ini tidak pula jauh dari jalan raya dan tidak terlindung dari penglihatan orang ramai. Dan apakah penglibatan seorang Major dalam kumpulan ini?

Akhirnya pada 4 Ogos 2006 – Mohamad Amin dan tiga orang temannya secara senyap-senyap telah digantung. Kumpulan Al-Maunah kini telah digantikan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI). Peranan awal Al-Maunah untuk mengolah persetujuan rakyat untuk menerima hakikat bahawa ekstremis Islam wujud di Malaysia telah berjaya. ISA seperti Patriot Act di Amerika masih diperlukan kerana wujudnya ‘kumpulan-kumpulan’ seperti Al- Maunah ini. Sama juga dalam kes 9/11 WTC – Usama/Al Qaida kini telah dijadikan musuh unggul dan konsep ‘pengganas Islam’ kini telah diterima sebagai musuh dunia.

Kes ledakan WTC pada pagi 11 September 2001 ini tidak akan selesai. Pasti banyak bahan-bahan bukti yang akan terbongkar. Begitu juga harapan kita terhadap Sauk/Bukit Jenalik. Apa yang perlu kita lakukan sebagai warga ialah memahami ketika membaca berita sila berhati-hati kerana semua berita ada membawa makna yang lebih besar. Berhati-hati agar kita tidak disauk oleh kumpulan-kumpulan yang sedang mengolah berita untuk melancarkan agenda jangka panjang mereka.( TT)


--------

SATU LAGI PROJEK CEPAT KAYA





BL1M – Satu Lagi Projek yang Memperkayakan Kroni UMNO

Pada 31hb Januari 2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir dan melaksanakan program tersebut.

Namun, setelah meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni UMNO. Kerajaan atau pihak Pemuda UMNO langsung tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62 (dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha institut memandu.

IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan
Apa yang lebih memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161 (dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M ini.

Walaupun MYEG mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda UMNO tercapai, iaitu seramai 500 ribu anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan juta dengan kadar sekelip mata.

Setelah carian syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Dato’ Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato’ Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif UMNO Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong sehingga kini.

Keselamatan jalanraya dikompromikan
Selain daripada penyelewengan yang melibatkan kroni UMNO, program ini juga akan membawa natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan kemalangan motosikal akan naik mendadak.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya, sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini?

Integriti ala Najib
Kami mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan. Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda UMNO yang sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan menjadi boneka kepada Pemuda UMNO dan memberhentikan program ini dengan kadar segera.

Penyelewengan ini telah memberi satu tamparan besar kepada Dato’ Seri Najib yang baru menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai integriti?

Sekiranya Dato’ Seri Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti, beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas program ini.


YB CHANG LIH KANG
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
ADUN Teja


TUKAR TIUB
MENGAHASIT DI MASJID TANAH MELAKA
MALAM KHAMIS INI

--------

SANDIWARA TELAH MASUK BABIK BARU PULAK



KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

 KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... LEPAS TUJUH HARI APA JADI?.... kah kah kah..

kah kah kah...TIAN CHUA JADI BATU KE?... kah kah kah..

kah kah kah..POOOORAH.... kah kah kah

Umno tuntut Tian Chua minta maaf dalam tempoh 7 hari

KUALA LUMPUR: Umno telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan di sini hari ini berkata tindakan itu diambil melalui Penasihat Undang-Undang parti iaitu Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Beliau berkata notis telah dihantar kepada Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.

"Selain itu, beliau juga diminta membuat permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah berkenaan atau kenyataan serupa terhadap Umno," katanya

NAJIB RAZAK
SEDANG BERSANDIWARA
DENGAN SULTAN SULU
kah kah kah
kah kah
kah



-------

AYAHANDA BONDA KEKANDA ADINDA TURUN KE JALAN


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH
BANNER LEBIH BANYAK DARI ORANG
banner senang buat
tapi orang tak ada datang
kah kah kah
kah kah
kah

220 NGO DESAK KERAJAAN SOASAT DALANG

KUALA LUMPUR 4 Mac - Kira-kira 220 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman di Taman Medan dekat sini bagi mendesak kerajaan menyiasat dalang utama yang menyebabkan berlakunya insiden berdarah di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusi Penganjur Himpunan Ayahanda dan NGO Negeri Selangor,  Mohamad Abdullah berkata, himpunan tersebut juga bertujuan meluahkan perasaan sedih, marah dan menyentuh jiwa terhadap pelbagai peristiwa yang telah melanda negara kebelakangan ini.

Menurut Mohamad, pihaknya kecewa dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang sering mempolitikkan sesuatu perkara termasuk keselamatan negara sekali gus menggugat kestabilan ekonomi, politik dan sosial.

"Kami pelbagai NGO mendesak pihak berkenaan agar tidak memutar-belit fakta yang boleh mengelirukan rakyat semata-mata untuk memancing undi.

"Kami turut mendesak agar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden berkenaan dan seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran kata-kata biadabnya dan tidak boleh diterima," katanya ketika ditemui.

Turut serta dalam perhimpunan berkenaan kira-kira 300 wakil NGO seluruh Selangor.

Selain Majlis Permuafakatan Ayahanda, antara yang turut menyertai perhimpunan berkenaan adalah Pertubuhan Kebajikan Keris Emas Malaysia, Pertubuhan Api Sejagat dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah.

Tidak ketinggalan, Gabungan Khalifah Baiah Semalaysia, Gagasan Pembela dan Kebajikan Ummah, Persatuan Veteran Tentera Melayu serta Pertubuhan Kebangsaan Melayu Islam Perdana.

Tambah Mohamad pihaknya juga akan menghantar memorandum berhubung perkara yang telah diperbincangkan pada perhimpunan berkenaan kepada  Najib  Razak sebagai tanda sokongan padu NGO terlibat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional. - MELOYA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...UMANG AAAI...RAMAINYA NGO.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAH BERSIH.... kah kah kah...

woit.... ADA PERHIMPUNAN AYAHANDA BONDA... kah kah kah..

kah kah kah...TAPI TAPI...kah kah kah

kah kah kah ...Y NO PIK.... kah kah kah..

kah kah kah...PIK LAAAA..... Y NO PIK.... kah kah kah..

kah kah kah...TOK EZI... WHAT IS THE BECAUSE... kah kah kah..

woit...APA PUNYA TUUUUR...kah kah kah..

kah kah kah...APA PUNYA MUNKEEE...PUNYA KELENTONG...kah kah kah

TEK PIK LIKE DIS
SHOW ALL


PROGRAM MENGHASUT DI MELAKA



-----------

BERITA KILAT BERITA TER KINI - BERITA TER NOW




BERITA KILAT

orang kampong tandou mula dengar letupan bom
pada pagi ini jam 7:30 pagi

ini wilayah tempat gerila berkampong

orang kampong bertempiaran lari

ORANG KAMPONG CAKAP

' kami nampak kapal terbang jet di udara
bom jatuh 4 kali' 


LAGI BUKTI UNDI TIPU DI SELANGOR




AKU NAK TENGOK
apa tindakan 
majlis syura ulamak
kenapa 

KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas ini satu lagi bukti penipuan
sedang dirancang oleh spr

selangor akan dirampas oleh
united malays national organisation
bukan melalui sokongan rakyat
tetapi melalui undi tipu

sekali lagi amaran diberi
jika tipu pilihan raya
maka orang ramai akan turun ke jalan raya


Ijok & Bestari Jaya ada lebih ramai pengundi berbanding penduduk

KUALA LUMPUR 4 MAC: Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihan raya akan datang.
MB


Semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.
Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar,  Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.. PENIPUAN ADALAH KERJA SPR.... kah kah kah..

kah kah lkah.. SPR MERANCANG  PENIPUAN... kah kah akjh..

kah kah kah... SPR AKAN PASTIKAN GEROMBOLAN AKAN  TERUS MENANG .... kah kah kah

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

-----------

ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY FRUS MENONGGENG



BANYAK BANNER
DARI ORANG
KAH KAH KAH

BUAT MACAM INI
ORANG ORANG DAN ORANG
MELAUT DAN MELIMPAH

 Bekas polis berhimpun bantah Tian Chua.

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Sekumpulan dari 100 bekas polis berhimpun di hadapan Tugu Negara membantah tuduhan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang.
Ini kerana Chua, yang dikenali sebagai Tian Chua menafikan beliau mendakwa ketegangan di Lahad Datu adalah “konspirasi terancang dari kerajaan Umno” untuk mengalih pandangan dan mengugut orang ramai.
Bekas polis tersebut membawa sepanduk berkata “Tian Chua pengkhianat negara”, “Tian Chua manusia tak berhati perut”, dan “Tian Chua perlu minta maaf”.
“Mereka adalah orang-orang yang gembira melihat rakan seperjuangan kami mati,” kata bekas timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Samsuri Arshad, mengenai kematian lapan anggota polis sejak kejadian tembak menembak pada Jumaat lalu.
“Semua manusia (akhirnya) akan mati, tapi untuk berkata ini hanyalah drama, tidak dapat diterima.
“(Chua) ini tidak ada perikemanusiaan. Tahap perikemanusiaannya sangat rendah,” kata bekas ketua polis negara Tan Sri Norian Mai.
Mereka terdiri daripada pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari anggota VAT69, Skuad 69, pegawai Cawangan Khas dan pelbagai cabang dalam organisasi tersebut.
Mereka akan ke balai polis Dang Wangi tengah hari ini untuk membuat aduan polis ke atas Chua yang didakwa sebagai “hasutan”.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PADAN MUKA.... kah kah kah....

kah kah kah...DULU ANTI DEMO.... kah kah kah...

kah kah kah... SEKARANG DAH PANDAI BERDEMO.... kah kah kah...

kah kah kah... DEMO TELAH JADI BUDAYA KITA.... kah kah kah...

kah kah kah...FRUS MENONGGENG MADEY.... kah kah kah


ATAU BUAT DEMO
MACAM INI
---------