Khamis, 11 April 2013

ROGOL PUN LEBIH DARI 10 MINIT


I CHANGE 
MY MODE




MENTERI ROGOL AMAH
Sepuluh minit waktu ke udara yang ditawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan manifesto mereka adalah untuk sekali siaran sahaja dan bukannya secara bersiri selama sepuluh minit bagi setiap sesi penerangan.

 Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menegaskan demikian, bertentangan dengan kenyataan SPR yang membayangkan Pakatan diberikan sepuluh minit untuk menerangkan setiap aspek manifesto menerusi saluran televisyen kerajaan. "Diberi (sepuluh minit) sekali sahaja bukan tiap-tiap hari berkempen (selama sepuluh minit).

 "Ini bukan berkempen ya, ini hanya menerangkan intisari manifesto masing-masing," katanya. Menurutnya, Pakatan boleh menrangkan lima halaman manifesto mereka jika sepuluh minit itu dimanfaatkan sepenuhnya. "Saya telah membuat ujian dalam sepuluh minit, kita boleh membaca sekurang-kurangnya lima muka surat A4 jarak langkau sebaris. "Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak mahu mengambil bahagian on CUKONG SUDAH MARAH
Anonymous
on 4/10/13



--------

RAKYAT WAJIB PANTAU - KERANA SPR MENIPU


KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai
rakyat wajib memantau
ini masa depan negara

ini masa depan anak semua bangsa

jabatan pendaftaran mendaftarkan pendatang haram

spr menerima pedatangharam  sebagai pengundi

mustahil rakyat nak senyap sahaja
mustahil rakyat nak jadi bodoh macam telo

rakyat ada hak untuk bertindak
kalau nampak mat bangla
kalau nampak mat indon
kalau nampak mat burma datang mengundi
rakyat wajib bertindak

pendatang haram ini sedang melakukan jenayah
kenapa jenayah ini dibiarkan?

negara ini bukan milik najib
negara ini bukan milik anak lelaki iskandar kutty
negara ini bukan milik rosmah
negara ini bukan milik spr
negara ini buan milik polis
negara inio bukan milik sultan
nagara ini bukan milik askar

negara ini milik kita semua
maka kita bertanggung jawab
untuk meamstikan kita TIDAK kena tipu

NOTA
sila pakai baju kuning
dihari mengundi

JANGAN BENARKAN
PENDATANG HARAM
MENGUNDI


PRU-13: Tindakan Tegas Terhadap Pihak Halang Pengundi
LAHAD DATU: Sesiapa yang cuba menghalang penduduk daripada mengundi pada pilihan raya umum ke-13, bakal berdepan tindakan tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selain itu, Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya agar tidak mengambil alih tugas suruhanjaya berkenaan serta polis pada hari pengundian.
"Kita ada dengar berita yang mengatakan ada parti politik menubuhkan pasukankononnya untuk menyemak pengundi yang mereka syaki bukan warga negara misalnya.


SILA SAMBUT
KEMPEN
ANTI PENDATANG HARAM INI
--------

BERITA BERGAMBAR YANG MENGEJUTKAN


KAH KAH KAH
SATU LAGI RUNTUH
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

Sham Gee
6 minutes ago 

Terengganu Darul Runtuh dibawah pemerintahan UMNO/BN
 

--------

SIAPA DIA CALON BTN DALAM PKR?



SIAPA CALON BTN

DALAM PKR?



FILEM DAN PROPAGANDA

Tarikh: Petang Jumaat 29 March 2013. Tit tit tit talipon berbunyi. Satu Pesanan Ringkas masuk: Opis aku jab lagi akan ada tayangan filem. Ada makan. Ada taklimat. 

Untuk menjelaskan kedudukan saya menjawab pesanan ringkas dengan bertanya. Pejabat apa?  Taklimat apa? Wayang apa?  Lalu diberitahu oleh  Si Polan ini bahawa dia bekerja di Jabatan Kerajaan bukan swasta. Lalu diberitahu bahawa taklimat ialah: Jati Diri Mengikut Perspektif Islam. Lalu diberi tahu wayang itu ialah Tanda Putra.

Saya belum menonton Tanda Putra. Kerana belum menonton maka adalah tidak adil untuk memberi pandangan tentang isi dan naratifnya. Ini sama saperti saperti saya akan mempertaikaikan kewarasan sesiapa sahaja yang menentang buku, filem atau kerja seni yang mereka TIDAK baca, lihat atau tonton – jauh sekali faham.

Tanda Putra ini heboh dan sengaja diheboh-hebohkan. Di katakan filem ini tentang Mei 13. Dikatakan ada imej Melayu bunuh China dan dan dan. Semua ini mungkin betul. Semua ini mungkin tidak tepat. Saya tidak dapat mengusik hal ini kerana belum melihat filem ini.

Tetapi apa yang jelas ialah cara pemasaran filem ini diselaputi oleh mistik. Kabinet  bermesyurat lalu mengambil  keputusan ‘tidak benarkan’ filem ini untuk umum.  Tidak diharamkan - hanya dilarang.  Saya perhatikan ada sesuatu ajenda tersorok disini. Saya  berpendapat  ‘ larangan’ ini adalah sebahagian dari strateji  pemasaran. Strateji pemasaran yang ingin  mewujudkan  keberahian untuk  menarik anak muda melihat ada ‘kepala bana’ apa dalam filem ini.

Sebagai metapora atau perbandingan saya sebutkan fakta pokok  ganja di Pakistan. Di Pakistan ganja hidup meliar dan membelukar di tepi bukit dan gunung. Pokok ganja di Pakistan menjadi belukar dibelakang rumah sama saperti pokok senduduk dikawasan kampong yang tidak berjaga. Justeru di  Pakistan tidak ada siapa yang ambil pot tentang pokok atau daun ganja.

 Di Malaysia pun satu ketika dahulu tidak ada siapa yang pedulikan daun ganja. Tetapi apabila Mick Jagger dari kugiran Rolling Stones dan  arwah John Lennon ditahan di lapangan terbang Haneda Tokyo pada tahun 60’an dahulu  kerana pernah memiliki ganja maka dengan serta merta ganja menjadi cool dan mistik. Anak-anak muda ingin tahu. Lagi dilarang lagi ingin dicuba.  Baginilah pemasaran Tanda Putra. Larangan ini adalah sebahagian dari pemasaran.

Membuat filem untuk tujuan propaganda bukan satu yang salah. Malah untuk  para pengkaji  bayang bergerak akan sepakat berpendapat  bahawa imej  atau bayang bergerak ini semuanya propaganda. Semua imej yang dibuat  ada tujuan dan ada tanda dan makna.

 Ada yang membuat filem untuk mendapat nama. Ada yang membuat filem untuk mengajukan satu pandangan hidup. Satu pandangan dunia. Ada membuat filem sebagai tempat cari makan. Ada juga yang membuat filem untuk mencari kekasih jantan dan betina. Hakikatnya membuat filem pasti ada tujuan. Mustahil membuat sesuatu  tanpa tujuan. Orang gila pun jika membuat filem  ada tujuan. Orang gila buat filem kerana untuk membuktikan yang  dia gila.

Contoh terbaik   kerja propaganda ialah pembuatan iklan  yang menggunakan bayang bergerak. Iklan ialah propaganda untuk mempromosi, untuk memperkenal atau pemasaran produk. Lebih halus, lebih licin iklan dibuat  maka lebih menerjah masuk ke sanubari penonton.  Propaganda yang baik lagi  berseni ialah propaganda yang tidak disedari yang ianya sebenarnya satu propaganda.

Sebuah filem propaganda yang akan terus dikaji dan  dibincangkan sehingga  dunia kiamat ialah filem Triumph des Willens atau Triumph of the Will atau Kejayaan Semangat. Filem ini dibuat oleh seorang gadis German bernama Leni Riesfenstahl pada tahun 1935. Filem dokumentri ini  ialah tentang perhimpunan  Nazi  di Kongres  Nuremberg German pada tahun 1934.

Penerbit Eksekutif filem ini ialah Hitler sendiri. Filem ini dibuat untuk Parti Nazi yang sudah mendapat kemenangan di German. Filem dokumentari ini memperlihatkan kekuatan 700,000 ahli parti yang datang berkongress.  Filem ini diselang seli dengan  ucapan para pemimpin parti. 

Apa yang menjadikan  Triumph of the Will ini satu perdebatan yang tidak kunjung padam  kerana sebagai satu kerja seni ianya tidak boleh dinafikan. Sudut kamera. Sudut subjek dan objek. Cahaya dan ambiance – semuanya digarap dengan seni  yang penuh teliti.  Malah hingga ke hari ini belum ada satu dokumentari yang mungkin  ada keupayaan untuk mempengaruhi ramai pembuat filem yang lalu dan yang akan datang.

Dokumentari ini memperlihtkan  keupayaan seorang  seniman untuk melaku kerja seni yang  amat cemerlang tetapi untuk tujuan paling jahat. Dokumentari ini ialah tentang rasisma. Tentang bangsa German Aryan yang berkulit puteh yang dinobatkan oleh Hitler  untuk menjadi pewaris dunia ini. Mengikut ajaran Nazi – sesiapa yang tidak berkulit puteh dan bukan Aryan maka mereka hanyalah  pekakas untuk dijadikan hamba.

Kerja seni Leni ini saya samakan dengan kerja  ahli saintis pisik Julius R Oppenheimer yang mengepalai Manhattan Project yang berjaya  meledakan  bom atom pertama didunia pada 16 Julai 1945  sebelum bom yang sama dijatuhkan ke Nagasaki dan Hiroshima.  Oppenheimer menggunakn fikrah terbaik manusia untuk melakukan perbuatan  manusia yang paling keji. Leni Riesfenstahl  dalam Triumph of the Will juga telah menggunakan fikrah terbaik seorang  seniman untuk melakukan kerja terhodoh dan terjahat.

Saya tidak akan menyamakan Tanda Putra dengan Triumph of the Wills. Juga adalah satu penghinaan terhadap Leni Riesfenstahl jika saya samakan dia dengan pengarah  Tanda Putra. Mustahil saya akan berbuat sademikian.

Apa yang ingin saya timbulkan disini ialah rasisma. Saya  mengkait Tanda Putra dengan kerja jahat Biro Tata Negara. Saya ingin memperlihatkan bagaimana BTN ini sedang bergerak ‘menyorok-nyorok ‘ merancang secara gelap untuk  mengapi-apikan  semangat rasisma Melayu. Ini bertujuan  untuk  menimbulkan kekacauan antara bangsa bangsa.


Pesanan ringkas  yang saya terima dari Si Polan itu itu menerangkan juga bagaimana para pegawai kerajaan telah diperangkap pada hari Jumaat itu dengan taklimat Jati Diri Mengikut Perspektif Islam. Sepulangnya pegawai kerajaan  dari berjumaat mereka telah didorong ke dewan kerana dikatakan satu taklimat akan diadakan.

Taklimat karut ini tidak wujud. Tidak ada siapa yang memberi taklimat. Dalam dewan telah   pegawai BTN sedang bersedia untuk menayangkan  Tanda Putra.

Apakah saya berani mengatakan Tanda Putra ini sebuah filem rasis? Untuk saya sesiapa sahaja yang  berkerjasama dengan BTN pastilah memiliki falsafah atau bersimpati dengan fahamkan rasis. Kalau tidak mustahil BTN  berusaha bagitu gigih sekali secara ‘gelap-gelap’ menayangkan filem ini kepada kaki tangan kerajaan  berbangsa Melayu.  Dari satu Kementeraian ke yang lain – dari kampus ke kampus -  pegawai BTN secara ‘rahsia’ telah mengatur penonton.

Jika pun  filem ini tidak mengandungi  fahaman rasis pasti ianya  tidak menyangkal atau menentang falsafah  Ketuanan Melayu yang menjadi panduan United Malays National Organisation. Jika filem ini  bertemakan  perjuangan menentang rasuah atau menentang ISA  atau menentang kezaliman pasti BTN tidak  segila ini  berkerja menyebarkan filem ini.


Apa sebenarnya  yang sedang dilakukan oleh BTN ini? Lembaga BTN yang bergerak dibawah Jabatan Perdana Menteri ini sedar bahawa anak-anak muda telah tidak ambil pot tentang Mei 13. Untuk anak-anak muda sekarang Mei 13 hanyalah satu  tarikh  kosong.

Sikap anak muda yang tidak ambil pot tentang Mei13 ini amat amat merungsingkan para  pemimpin United Malays National Organisation.  Mei 13 ini adalah raison d’etre   - oxygen  talian hayat  -  untuk penerusan hegemoni  dan kuasa Ketuanan Melayu. Justeru BTN telah tampil untuk menghidupkan kembali mitos Mei 13.

Saya tidak akan mempersoalkan apakah Tanda Putra ini tepat dengan  fakta sejarah atau tidak. Sama ada filem ini menunjukkan peranan  jahat Harun Idris , Razak Husin atau Mahathir Anak Lekaki Iskandar Kutty secara tepat  bukan satu yang penting.  Saya yang juga terlatih dalam ilmu filem sedar dan menghormati apa yang dipanggil  lesen kreatif untuk penulis dan pembuat filem. Mereka bebas  ketika mengadun naratif filem ini. Filem tidak pernah membawa  kebenaran. Filem  ialah  naratif  propaganda bayang bergerak.

Apa yang seharusnya dipertikai dan dipersoalkan oleh rakyat Malaysia yang waras ialah pembuatan Tanda Putra telah menggunakan duit orang ramai. Duit kita kita ini digunakan untuk mengembangkan pandangan rasis. Ini bezanya Hitler dengan Najib.  Ketika Leni Riesfenstahl membuat filem rasisnya dia mendapat  dana dari Parti Nazi.  Tetapi Tanda Putra ini  dibuat dengan dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional - FINAS.

Rakyat Malaysia wajib terus bangun dan bertanya kenapa kerajaan memberi dana untuk mengembangkan kejahatan. Kenapa dana diberi untuk membuat filem propaganda  yang mengadu domba antara  Melayu dengan China? Apakah pada ketika ini BTN  melalui Tanda Putra sedang merancang  untuk menaikkan semangat Melayu agar benci kepada China?

Atau ini sebahagian dari ajenda ‘gelap’ BTN untuk menakut-nakutkan orang ramai dari mengundi Pakatan Rakyat. Atau menakut-nakutkan China untuk  jangan bersama  Melayu atau bersama anak semua bangsa untuk mengtalkinkan United Malays National Organisation. (TT)
  
 SIAPA DIA CALON BTN
 
  NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talion 03- 22-72-40-45
NOTA
bermula dari minggu ini
SUARA KEADILAN
akan diterbitkan
dua kali seminggu




-------

ADA APA PADA 18 APRIL 2013



TONTON INI DULU
SEBELUM BELI BUKU
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH




SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

ADA APA PADA 18 APRIL 2013
ini bukan arab spring
ini malaysian durian
adalah buku rampaian tulisan hishamuddin rais
rampaian tulisan yang telah dikumpulkan
bersama  tulisan tulisan baru
yang tidak pernah ditemui  dimana mana

esei teoritikal
esei pencerahan
arab spring
politik jalan raya

buku setebal 400 muka surat ini
ditujukan kepada anak muda
yang telah
yang sedang
dan yang akan

buku ini sedang dicetak

dimaklumkan buku ini
akan siap pada 18 april 2013

pada 18 april 2013
ialah hari ulang tahun pertama
radio bangsar utama

sila tunggu makluman terkini


-------

BERITA BERGAMBAR DARI SELATAN




 BILOA GEROMBOLAN GADUH
KITA PANASKAN LAGI
KAH KAH KAH

berebut dan bergaduh sedang berlaku di DUN Gambir N9 Ledang Johor pada 10.04.2013 . Kelihatan tidak kurang 6 banner mendesak wakil rakyat DUN Gambir diwakili oleh united malaya national organisation.



sekarang BN meletakan calon india MIC selama 2 penggal di sini. Walaupin memang tetapi majoriti telah jatuh dan besar kemungkinan akan kalah kali ini jika tiada perubahan calon dilakukan oleh BN

selama ini tidak pernah ada gaduh spt ini di DUN Gambir  tetapi perkembangan terbaru ini menunjukan rakyat semakin matang dan memahami konsep demokrasi




--------

CINTA DAN KASEH SAYANG PADA KERUSI



DARI SEGI SEMIOTIK
JIKA GAMBAR INI
DIJADIKAN POSTER
OLEH GEROMBOLAN
MAKA KEDAH AKAN  JATUH


azizan kedah jatuh lagi sekali depan pejabat pkr? - Hak Malaysia

6 days ago – Angin takde ribut takde tiba-tiba jatuh pulak. Sebab terkejut nama-nama calon PAS Kedah bakal menjahamkan keputusan PRU Negeri Kedah ...



ustaz azizan tergeleceh depan pejabat pkr - merbok times

7 days ago – USTAZ AZIZAN TERGELECEH DEPAN PEJABAT PKR. Mungkin licin dan.... Bajet duit Azrul jatuh merudum ( menjunam) - Chenard lonyang ...

KOMENTAR TUKAR TIUB
kedah akan kalah
jika mb ini tidak di ganti

nampaknya mb ini cukup sayang
kepada kerusi
cukup cinta pada jawatan
sampai jatuh terpeleot
masih lagi berahi kepada kuasa

jelas agama ke
jelas ajaran islam ke
bukan latar untuk memahami apa yang berlaku di kedah

NOTA:
masyarakat china
di sebelah selatan
kini dalam dilema
inilah yang dipanggil
chinese  dilema


PRU-13: Kedah Tidak Isytihar Hari Mengundi Cuti Umum
Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, walaupun hari pengundian jatuh pada hari Ahad, iaitu bekerja bagi negeri berkenaan, beliau yakin ia tidak akan menjejaskan pengundi untuk keluar mengundi.
"Kita tak akan umum hari itu (hari mengundi) sebagai cuti umum.
"Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

JEMPUTAN
UNTUK WARGA 
DI KELANTAN


--------

SANG BARUA MULA BERFATWA





SPR: Kumpulan pengacau pada hari mengundi akan dikenakan tindakan undang-undang



KUALA LUMPUR, 11 April — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Abdul Aziz Mohd Yusof memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengacau proses pengundian pada pilihan raya umum ini.
Abdul Aziz berkata pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali ‘MATA’ dipercayai akan menghalang pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 5 Mei depan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... HANYA SATU SOALAN... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU PENGACAU DI KENAKAN TINDAKAN UNDANG UNDANG.... kah kah kah..

kah kah kah...BAGAIMANA MANA  PULA DENGAN PENIPU?.... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAK ADA HALANGAN UNTUK PENIPUI?.... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAK DI SEBUT PENIPU SEBAGAI PUNCA MASALAH...kah kah kah


---------

MARI KITA PERGI BERCUTI



WE ARE ALL GOING
FOR A
 SUMMER HOLIDAYS

KOMENTAR TUKAR TIUB
ibrahim ali mengundur
kerana hendakkan najib memberi laluan
di kawasan pasir mas
dengan bercuti diharapkan
kurang halangahn untuk ibrahim ali

PERANGKAP LALAT

Ibrahim Ali bercuti 

serta-merta jawatan Presiden Perkasa

KOTA BHARU 10 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  Ibrahim Ali hari ini mengumumkan untuk bercuti daripada jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan itu akan dipangku Timbalan Presiden pertubuhan itu,  Abdul Rahman Bakar bagi memimpin lebih 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Ibrahim memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau turut mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada sebagai calon Barisan Nasional (BN) atau Bebas.

"Sama ada saya kembali bertugas sebagai Presiden Perkasa atau tidak, bergantung pada keadaan semasa selepas PRU-13, buat masa sekarang, Abdul Rahman dan ahli majlis tertinggi lain akan meneruskan pentadbiran pertubuhan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini. - UTUSAN MELOYO


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KEMANA TOK HENG NAK BERCUTI.... kah kah kah..

kajh lkah kah ... KE KOLAM MANA HENDAK DI LAWATI.... kah kah kah..

kaa kah kah... ADAKAH BERCUTI KE TASEK CHINI?.... kah kah kah..

kah kah kah...ADAKAH  BERCUTI KE TASEK DAYANG BUNTING.... kah kah kah

kah kah kah... LOPAK SAWAH MANA HENDAK DI TEROKA?.... kah kah akh


INGATAN 
UNTUK SEMUA

--------

SIAPA AKAN KENA TENDANG



MALIKUL SEMBAB
SEDANG BERSEDIA


Orang Muhyiddin, Mahathir berebut jadi calon PRU – Johari

KUALA LUMPUR 10 Apr:  Perebutan kerusi antara kem  Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohammad antara punca Najib Razak lewat mengumumkan senarai calon pilihan raya umum, kata  Johari Abdul.
Beliau berkata, ia bermaksud Umno kini berpecah kepada tiga kumpulan  iaitu kem Mahathir,  Najib dan Muhyiddin.
Najib dalam taklimat tertutup kepada pimpinan komponen BN hari ini memberi ingatan kepada ahlinya yang tidak terpilih sebagai calon supaya mematuhi keputusan pimpinan dan ‘hanya merajuk’ dalam 24 jam sahaja.
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI MAKLUMAT TAK CUKUP...kah kiah kah

kah kah kah...ADA SATU LAGI SENARAI.... kah kah kah..

woit...JANGAN :LUPA.... kah kah kah..

kah kah kah... INI SENARAI ROSMAH MANSOR.... kah kah kah...

woit... ROSMAH MANSOR ADA PENENTU.... kah kah kah


--------