PERANG GERILA SIBER
GERILA POLITIK SIBER
Ramai pembaca kurang faham atau tidak bagitu jelas bahawa kita – dunia yang kita diamai ini – telah
memasuki apa yang dipanggil zaman pasca moden.
Zaman Pascamoden ini memberi makna bahawa kita telah melintasi Zaman
Moden. Ribuan tahun dahulu umat manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Besi,
Zaman Gangsa – kemudian masuk ke Zaman
Moden. Kini kita beralih dari Zaman Moden ke
Zaman Pascamoden.
Apa itu pascamoden? Pasca ertinya sesudah. Ertinya kita sekarang sudah selesai dengan
zaman moden. Kalau dulu kita moden. Kini kita semua telah melintasi moden dan meninggalkan moden.
Untuk memahami apa itu pascamoden kita wajib melihat apa
pola-pola dan apa ciri-ciri dalam pasca moden. Contohnya: kita kenal kueh
gulung melalui tepong yang bergulung
dengan inti kelapanya yang manis. Kita
kenal kueh karipap dengan bentuk, isi dan rasanya. Bagitu juga dengan
pascamoden. Untuk mengenal pascamoden kita
wajib mengenal bentuk, isi dan rasanya.
Salah satu tanda moden ialah media. Dizaman batu tak ada
radio, akhbar dan tv. Kemajuan teknoloji
moden melahirkan radio, talipon dan tv. Dizaman moden kita mula berhubung
antara satu sama lain dengan membaca
akhbar dan buku atau mendengar radio.
Semua ini alat berhubungan moden. Dalam zaman pascamoden alat berhubung
semakin canggih mara ke hadapan.
Dalam zaman pascamoden kita ada sistem internet. Kalau dulu hanya
polis sahaja yang ada alat ‘ wireless’
untuk berhubung jarak jauh. Kini
kita semua - setiap sosok - boleh memiliki talipon bimbit tanpa
dawai.
Salah satu isi pascamoden ialah kemunculan imej sebagai unsur
yang amat penting. Imej ini boleh berkahwin dengan alat komunikasi yang canggih – kamera, kamera video atau alat
rakaman pandang dengar. Ini dibantu oleh sistem komputer dengan talian internet
yang membolehkan kita mencari imej, menyimpan imej dan membuat imej. Semua imej
dari zaman berzaman membawa tanda dan makna. Dalam zaman
pascamoden imej menjadi tanda wujudiah yang
utama.
Salah satu lagi tanda penting untuk zaman pascamoden ialah
berakhirnya monopoli daulah terhadap media. Monopoli daulah mengkontrol media berakhir bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia
– dimana ada internet - maka disitu akan
muncul media baru.
Untuk senang cakap: di Malaysia ini tandanya bahawa kita telah memasuki zaman pascamoden ialah
apabila orang ramai – rakyat Malaysia -
tidak lagi ambil pot dengan RTM, Tv3, Utusan atau New Straits Time. Media baru yang lahir dalam zaman pascamoden tidak
mungkin lagi dikongkong. Media dan imej dari media tidak hanya dibuat,
dimunculkan atau dimiliki secara monopoli oleh United Malays National
Organisation.
Ini bermakna - zaman pascamoden telah membebaskan kita dari
dijajah oleh RTM, Tv3, Astro atau kumpulan Utusan atau kumpulan Media Prima. United Malays National Organisation tidak
lagi memiliki monopoli dalam hal
pemberitaan. Kita tidak lagi dipaksa
untuk mendengar berita dari RTM sahaja.
Zaman RTM, Tv3 atau Astro telah
berakhir.
Pascamoden memastikan parti
Ketuanan Melayu ini tidak mungkin dapat mengawal isi berita. Parti Ketuanan
Melayu tidak mungkin dapat kontrol cara
orang ramai berkomunikasi. Internet
telah membunuh monopoli maklumat yang selama dikawal oleh United Malays
National Organisation.
Kalau dulu ahli falsafah Peranchis Rene Descartes ( 1596-1650) berkata : Aku berfikir
justeru aku wujud. Hari ini saya berkata
: Aku berinternet maka aku wujud.
Saya menulis tentang pascamoden dan internet ini untuk
menerangkan kepada para pembaca bahawa pertempuran politik untuk merebut kuasa dalam PRU13 ini sedang
berlaku hebat dialam maya. Pertempuaran
panas dan membara dalam alam maya ini ialah untuk mencari pengaruh. Untuk mendapatkan sokongan.
Semua bertujuan untuk mencapai kemenangan
dalam pilihanraya.
PRU13 ialah pertempuaran alam maya yang maha hebat. Saya
ulangi sekali lagi bahawa perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebut
kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca
harta harta kekayaan negara.
Politik dan kuasa tidak akan lari dari punca harta kekayaan.
Parti mana yang akan memiliki kuasa – maka parti itu – akan
memiliki kunci untuk menjaga dan mengawal
punca dan sumber harta kekayan dalam negara kita ini. Asas politik ialah
ekonomi. Ekonomi ialah harta kekayaan. Yang selainnya – yang selalu
diheboh-hebohkan – hanyalah kempen dan
propaganda mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan orang ramai.
United Malaya National Organisation mengolah persetujuan
untuk mendapat sokongan orang ramai melalui ajenda Ketuanan Melayu. Parti Pas
mengolah persetujun dengan agama Islam. DAP
mengolah persetujuan dengan hak masyarakat China. PKR mengolah persetujuan dengan
cita-cita untuk menubuhkan pentabiran baru
yang bersih dari rasuah. Perkasa dan BTN mengolah persetujuan dengan menjadikan China musuh orang Melayu. Di belakang semua ini ialah keinginan semua
parti-parti politik untuk memiliki kuasa.
Justeru, saya yakin para pembaca telah faham apa itu pascamoden.
Pembaca telah tahu apa tujuan politik.
Pembaca telah sedar bahawa United Malays National Organisation tidak
lagi boleh memonopoli apa yang kita baca, apa yang kita lihat dan apa yang yang
kita dengar. Maka mari kita lihat bagaimana dalam pascamoden imej sedang bertempur untuk mengolah persetujuan orang ramai . Imej sedang
dibentuk dan sedang direka untuk mengolah persetujuan.
Askar dan tentera
siber milik United Malays National Organisation telah ditubuhkan. Dari segi
jumlah, dari segi kelengkapan, dari segi dana, dari segi sokongan media tradisional
– askar siber parti Ketuanan Melayu ini cukup
besar. Berpuluh kali ganda besarnya jika
dibandingkan dengan pejuang siber yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.
Tetapi dalam perang siber
yang amat sengit ini amat jelas
kelihatan bahawa pejuang siber yang
menyokong garis kasar politik Pakataan
Rakyat lebih kuat, lebih ampoh dan lebih berjaya. Mereka sedang berjaya mengkemudikan garis dan
arah politik terkini. Bila mereka bergendang maka United Malays National
Organisation terpaksa menari. Kenapa agaknya berlaku bagini?
Perang adalah penyambungan perbincangan yang tidak dapat
diselesaikan. Perang berlaku apabila berbincang gagal. Perang siber juga tidak
lari dari falsafah ini. Strateji
perang siber tidak jauh bezanya dengan strateji perang anti kolonial di
Vietnam, di Angola atau di Afghanistan.
Tentera Amerika – yang terkuat dalam dunia – kalah di Vietnam
pada thun 1974. Tentera Portugal kalah di Angola pada tahun 1975. Tentera
penjajah Sepanyol dikalahkan oleh Fidel
Castro dan Che Geuvera pada tahun 1959. Apakah dia rahsia kekuatan yang berjaya mengalahkan bala tentera yang
lebih besar, lebih lengkap dengan senjata dan memiliki dana yang lumayan?
Jawabnya cukup senang. Semua kuasa bala tentera kolonialis
dan imperialis ini dikalahkan oleh gerila.
Hanya perang gerila sahaja yang dapat mengalahkan kuasa imperialis
Amerika di Vietnam. Apa sangkut pautnya pekara ini dengan PRU13 kita?
Dalam PRU13 ini pejuang siber Pakatan Rakyat sedang bergerak sebagai gerila. Bergerak tanpa
tersusun. Mereka adalah organisasi tanpa
bentuk. Mereka adalah kesatuan tanpa bersatu.
Mereka menyerang apabila dilihat
ada peluang. Dalam straterji gerila:
Serang apabila musuh undur – undur apabila musuh menyerang.
Gerila siber Pakatan Rakyat tidak memerlukan Pemimpin Pusat,
tidak memerlukan pejabat, tidak memerlukan ‘command control’. Tidak ada
sturuktur. Mereka adalah gerila siber yang
autonom. Setiap gerila adalah jeneral. Setiap gerila ada komander.
Setiap gerila adalah pribet. Setiap
gerila berinisiatif sendiri. Menyerang tanpa di suruh. Berehat tanpa meminta.
Paling mustahak kekuatan gerila Vietnam yang mengalahkan
kuasa imperial Amerika pada tahun 1975 ialah akidah. Gerila Vietnam berjuang dengan
akidah memerdekkan Vietnam – tanah air
mereka. Gerila Vietcong bukan makan
gaji. Bukan bergerila kerana diupah. Gerila Vietnam memiliki idealoji dan pandangan
dunia untuk mewujudkan negara Vietnam yang merdeka. Manakala tentera Amerika
dipaksa datang berperang. Mereka makan upah.
Justeru, idealoji dan pandangan dunia ialah kekuatan induk yang tidak dapat dikalah oleh
bala tentera Amerika.
Falsafah gerila Vietnam ini sedang diambil pakai oleh para pejuang gerila siber Pakatan. Mereka
tidak diketahui nama dan rupa. Tidak ada pejabat. Mereka tidak dibayar gaji bulanan. Mereka
menyerang dengan pegangan idealoji untuk mendirikan Malaysia yang bebas dan merdeka
dari United Malays National Organistion.
Ditahap ini ada
kersatuan dan pemusatan cita-cita dan akidah. Mereka menjadi gerila siber untuk
menjatuhkan United Malays National Organisation. Dalam satu barisan yang ampoh – dalam satu
barisan bersatu yang di galang – gerila ini sedang menyerang United Malays
National Organisation.
Apakah yang saya lakar ini betul? Atau saya melebong? Dalam zaman pacamoden ini
kesahehan apa yang saya katakan ini hanya boleh dibuktikan dengan memahami imej
dalam dunia siber yang terkini.
Imej porno terkini yang ditaja oleh United Malays National
Organisation seminggu dahulu kini sedang meleset. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk
menjadikan imej ini ‘hot dan viral’. PDRM telah membantu mewar-war imej porno ini. Ketua polis telah
mengeluarkan amaran agar klip ini jangan disebar. Sebenarnya ini bertujuan
untuk mengiklankan klip ini.
Suku sakat dan kaum kerabat
Kumpulan Utusan dan Media Prima juga telah tunggang terbalik cuba
mempromo dan berkempen tentang klip ini. Semuanya meleset. Klip itu TIDAK
viral. Dalam dunia siber, dalam perang siber jika TIDAK viral maka ertinya TIDAK
ada siapa ambil pot tentang klip itu.
Saya juga wajib memberi tahu bahawa dalam zaman pasca moden
jika imej itu tidak cool dan tidak counter culture atau tidak punk besar kemungkinan imej itu akan lenyap dalam
alam maya. Dizaman pascamoden klip porno bukan satu yang memeranjatkan. Dalam
zaman pascamoden TIDAK ada lagi yang memeranjatkan.
Justeru ditahap ini gerila siber yang autonom, organisasi tanpa
bentuk sedang menjalar dan menunggu masa
untuk TERKAM United Malays National Organisation jika
parti Ketuanan Melayu ini menipu dalam pilihan raya. (TT)
NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam
SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan
pandai pandai lah cari
jangan jadi bangang
-------