Isnin, 27 Mei 2013

SUARA MAJORITI AKAN TERUS MELAWAN



INI SUARA
52% RAKYAT MALAYSIA
YANG MENOLAK 
PENIPUAN

KOMENTAR TUKAR TIUB
dari awal tukar tiub
telah menerangkan bahawa
united malays national organisation
hanya akan menang dengan menipu

justeru:

1 - jangan terima keputusan pru 13
2 - tubuhkan spr baru
3 - ada pemilihan semula di tempat yang ada penipuan

selagi ini tidak dilakukan
selagi itu 52% warga malaysia tidak puas hati

52% adalah majoroti


PKR dedah laporan polis black-out masa kira undi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR:“Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti menunjukkan Datuk Wan Ahmad tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas,” ujar Rafizi.


Pembelian undi besar-besaran dikesan di Pulau Pinang »

Sim
(Oleh: Rusnizam Mahat) BAYAN BARU 13 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau…
May 13 2013 /  / Read More »


------

APA ITU BANCUUUUUT?



KOMENTAR TUKAR TIUB
najib tanya mana dia mat bangla

sila bawa mat bangla ini ke muka najib
suruh mat bangla ini buka zip
dan kencingkan muka najib
*bancuuuut!

Warga Pakistan dakwa pernah mengundi dua kali
 
Seorang warga Pakitstan yang memperolehi kad pengenalan Malaysia dengan cara yang diragui mendakwa beliau pernah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum dan namanya masih kekal dalam daftar pemilih.
Abdul Latif Jumaani, yang menerima kad pengenalan pada 1992 di sebuah restoran di Kota Kinabalu, mendakwa beliau pernah mengundi pada kali pertama di Ampang, Selangor dan kemudiannya di Bahau, Negeri Sembilan.

“Saya mahu mengundi sekali lagi dalam pilihan raya umum (ke-13) memandangkan nama saya masih wujud dalam daftar pemilih, namun saya tiada dokumen untuk pergi ke semenanjung,” katanya dalam siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendatang asing Sabah.

Katanya, beliau dimaklumkan “empat atau lima bulan lalu” oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa kad pengenalannya telah dibatalkan.

Najib: Mana mat Bangla yang jadi pengundi?
 
BN tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.


* nak tahu apa bancuuuut
tanya rosmah mansor

INI TARIKH
YANG DI TUNGGU
--------

TUBUHKAN SPR BARU



SEDIA 
MENUNGGU
Kenyataan Media
Suara Rakyat 505
27 Mei 2013

SEDIA KE JALANRAYA JIKA SPR MASIH TIDAK DIPECAT / LETAK JAWATAN

Sekalung tahniah sebagai ucapan penghargaan daripada Gabungan lebih 60 NGO Suara Rakyat 505 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang telah bersolidariti membanjiri Dataran Petaling Jaya pada Sabtu lalu. Semua hadir dengan matlamat yang cukup jelas iaitu membantah penipuan dan kecurangan yang berlaku sepanjang pilihanraya umum ke-13.

Himpunan #SuaraRakyat505 mencapai objektif yang telah disasarkan. Perhimpunan aman berjaya dihadiri hampir seratus ribu rakyat Malaysia walaupun telah diugut dengan pelbagai ancaman oleh pihak berkuasa yang diketuai oleh Zahid Hamidi. Beberapa aktivis ditangkap sebelumnya dengan lebih banyak senarai tangkapan bagi melemahkan gerakan.

Menteri KDN itu turut menyelar bahawa himpunan #SuaraRakyat505 kononnya satu “tindakan provokasi” dan akan mengambil sekeras tindakan kepada mereka yang hadir. Namun rakyat telah buktikan tahap disiplin dan komitmen yang tinggi bagi untuk memastikan himpunan berlangsung aman walaupun dengan amarah yang membara ekoran penafian demokrasi melampau.

Himpunan #SuaraRakyat505 bergema dengan tiga tuntutan utama iaitu SPR perlu letak jawatan, pilihanraya semula bagi kawasan yang terbukti berlaku penipuan dan penubuhan Tribunal Rakyat yang dikelola oleh BERSIH untuk siasat penipuan PRU.

Gabungan 'Suara Rakyat 505' juga turut berkongsi pendirian isu terbesar yang telah berjaya dibuktikan secara jelas berlaku penipuan dalam pilihanraya 5 Mei lalu adalah isu dakwat kekal yang tidak kekal. Rakyat telah melalui pengalaman penipuan tersebut secara langsung. 

Hadirin #SuaraRakyat505 telah bersetuju membuat puluhan ribu laporan polis berhubung isu tersebut apabila Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri mengulangi pendirian bersama dalam isu pembohongan SPR dan menegaskan bahawa SPR perlu letak jawatan “Sekarang, sekarang dan sekarang”. 

Sebelumnya,  Ambiga Pengerusi BERSIH juga menyatakan, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.

Suara Rakyat 505 sehingga ke hari ini menganggap SPR masih tidak bersikap telus dan mahu menutup pekung di dada apabila mereka masih berdolak dalik dalam menjawab setiap bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi penipuan pilihanraya termasuk isu 'blackout' sewaktu pengiraan undi yang jelas mempunyai bukti bergambar. Bahkan rakyat telah di alih perhatian daripada isu penipuan pilihanraya dengan menahan beberapa aktivis termasuk Adam Adli, YB Tian Chua, Dato Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948, juga menabur sentimen perkauman melampau pada awalnya. 

Isyarat penting juga telah dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin utama NGO dan Pakatan Rakyat dalam setiap ucapan bagi meneruskan agenda melawan penipuan pilihanraya termasuk menyeru rakyat untuk bersedia ke Dataran Merdeka bila-bila masa selepas ini sekiranya tuntutan rakyat masih tidak dipenuhi dalam masa terdekat. 

Kemuncak ini adalah himpunan terakhir yang berbentuk statik adalah satu permulaan kepada gerakan #SuaraRakyat505. Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalanraya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.

Gabungan 'Suara Rakyat 505' tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung. 

Akhir sekali, Gabungan memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, atau ke mana jua asalkan ia menepati saranan SPR meletak jawatan. Pendaftaran boleh dilakukan di pautan berikut: http://bit.ly/SuaraRakyat505. Pendaftaran juga merupakan sebuah menifestasi orang ramai mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

Disediakan oleh ;
Gabungan 'Suara Rakyat 505'


------

BERITA DUA KALI SEDIH


SATU LAGI
PROJEK GAGAL
KAH KAH KAH
Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas kenyataan Mahathir ...
Harakahdaily27 Mei 2013
KUALA LUMPUR:Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BERITA SEDIH.... kah kah kah..

kah kah kah... ANAK LELAKI KUTTY KATA ... TAK ADA ALTERNATIF.... kah kah kah..

kah kah kah... INI DUA KALI SEDIH.... kah kah kah...

kah kah kah... MALIKUL SEDIH KERANA DILIHAT BANGANG UNTUK JADI ALTERNATIF.... kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT MALAYSIA SEDIH KERANA ... DISEKSA OLEH NAJIB YANG JUGA BANGANG.... kah kah kah

TAK TUNGGU MUHYIDDIN
TUNGGU YANG INI

--------

PISANG SESIKAT - GULAI SEBELANGA



NOTA

perlukan dikomen
pada berita yang jelas

awang sulung merah muda berkata:
lagi terang lagi bersuluh
lagi bulat lagi mufakat

pisang sesikat 
masak sebelanga
kita berpakat
turun bersama

IMEJ SEJARAH
UNTUK SEPANJANG ZAMANOrang ramai memegang lilin sempena Himpunan Rakyat 505 di Padang Timur Amcorp Mall, Petaling Jaya, 25 Mei, 2013. — Gambar oleh Saw Siow Feng

Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan, kata Mat Sabu


TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.

KALAU WAYANG
akan di tulis
COMING SOON

--------

KAMI BERSAMA KAMU DALAM KESEDIHAN ITU



AL -FATIHAH







47 minutes ago via mobile 

Adam Azfar, anak kawan kami Jimadie ke pangkuan Illahi sebentar tadi. Al fatihah.


-----------

MENJAWAB SOALAN DAN PERTANYAAN




HINGGA KINI KESAHNYA BAGINI
ramai kawan bertanya
dimana aku
ramai yang bertanya
ke mana  aku

kalau aku  katakan aku di biara
ramai  tak puas hati

Molana.jpgtapi itulah yang aku lakukan
aku detox
aku memerlukan detoxfikasi
dunia moden ini telah menjadikan aku pemadat
pemadat teknoloji
saban pagi – saperti pagi ini – aku menyembah komputer

aku menjadi pemadat  kemodenan  moden
aku diikat dengan talipon bimbit
aku diikat oleh blog dan face book
aku diikat dengan online

lalu aku ingin meninggalkan semua itu
di biara menghadap gunung
aku mahu menjadi aku sekali lagi
aku mahu menemui dari aku

pernah kau fikir apa kau sebelum internet
pernah kau fikir apa diri kau sebelum talipon bimbit
pernah kau fikir rupa gimana diri kau sebelum online
pernah kau fikir diri kau sebelum i pad
pernah kau fikir diri kau sebelum face book

kita kini semua menjadi pemadat
sultan hussein di singapura menjadi pemadat candu
hasilnya singapura terjual

aku menjadi pemadat modeniti
maka terjual diri aku sendiri

apa yang aku lakukan di biara
aku membaca
aku membaca
iqrak.... iqrak... iqrak...

nah aku hampir terlupa nikmat membaca kitab
yang aku baca hanyalah ribuan tulisan diinternet
yang  aku  lihat  ribuan bayang bergerak di you tube
kali ini aku beriqrak


lalu aku berkenal dengan reza azlan
anak iran amerika dengan kitabnya:
no god but god, the origin, evolution and  future of islam
lalu aku melihat kembali the history of god kitab karen armstrong
lalu aku semak kembali : bacaan

aku mengulang kembali  merchant of venice
aku mengulang kembali macbeth
aku mengulang kembali the winter tale
dan dan dan
ketika mengulangi maka aku semakin mengenali hamlet

lalu aku berkenalan kembali dengan jalaludin muhamad rumi
lalu aku ingin mengetahui siapa  kah dia shamsuddin dari tabrizi
lalu aku memasang niat
jikalah jika
aku disampaikan ke makam rumi
maka aku aku tulis sebuah  shaer cinta
cinta  yang yang masih belum aku temui
cinta aku kepada diriku

ketika aku bersuluk
aku bertemu kembali dengan awang sulung merah muda
aduh!

saperti rumi yang jatuh cinta dengan shamsuddin tabrizi
aku juga jatuh cinta dengan awang sulung merah muda
betapa indahnya bahasa melayu
betapa sufinya  gurindam pepatah petitih pantun melayu
inilah bahasa sebelum bahasa
inilah bunyi  sebelum bunyi
inilah  rasa sebelum rasa
inilah melayu sebelum melayu
indah  ghairah
suci memberahi

untuk kau yang tidak mengenal awang sulung merah muda
ertinya kau tak mengenal  dom peringon dari epernay
ertinya kau tak mengenal hashih dari mazari sharif
ertinya kau tak mengenal ganja dari dataran korat
ertinya kau tak tahu pelokan rasa panas badan kekasih
ertinya kau tak merasa cinta anjing sepanjang hayat
ertunya kau tak tahu setia kura kura kepada tuanya
ertinya kau tak tahu keroh kucing di subuh pagi

cari kembali kitab ini
tinggalkan ipad 
tinggalkan ipod
lupakan face book
lupakan blog
nikmatilah keindahan rentak irama  
gurindam seloka patun bidalan
kias berkias  indahnya  bahasa

aku temui juga kesah kesah dari kraton
aku temui kesah jawa kuno

aku temui juga  islam dan plurisma dari jogja
aku kagum dengan keintelektuan sang indon


kapada teman
kepada kawan
yang bertanya dimana aku
biar  aku katakan aku telah di bawa oleh haruki  murakami
masuk ke dalam dunia baru yang belum aku teroka
the  elephant  vanishes kitab  jepun ini membawa aku
untuk melihat dunia awang sulung telah menjadi absurd

kepada yang bertanya dimana aku merantau
maka biar aku berkata benar
aku telah dibawa ke dalam dunia hantu dan jembalang
aku telah masuk ke dalam dunia mistik  sang yahudi
lalu aku menyelinap ke new york dan ke  warsaw
bersama isaac bashevis singer

aku telah berkenal dengan orang tua ini
tok selampit  tukang cerita sang yahudi
yang telah  aku kenali  dikota london
sesudah  orang tua ini mendapat  anugerah nobel

kepada teman dan kawan
yang bertanya dimana aku
aku bersama issac melihat kembali
dunia ini sebelum kita online

kawan kawan
aku kembali menulis
kerana aku berjanji
aku juga mahu berkesah
saperti  murakami
aku juga mahu berkesah
saperti  issac

 

lalu aku akhiri :

hai encek baru lepas kawin
andam terpampang dikepala
dahi bagi sehari bulan
kening bagai bentuk taji
pipi bagai pauh dilayang
hidung kuntum bunga serayu
telinga telepok layu
leher jinjang buyong Petani
lengan saperti baur panah
jari halus tumbuk serai
pinggang sacekak jari manis
betis bagai bunting padi
tumit bagai telor burung
ibu kaki bongkal setahil

NOTA:

aduh!
jika sesiapa berjumpa minah ini
tolong katakan bahawa tukar tiub masih bujang

kah kah kah

----------

TIPU TIPU DAN KENA TIPU



BERSEDIA!

Undi Melebihi Kertas Undi Dikeluarkan Di Dalam Peti Undi, Kesalahan Membeli Undi Yang Berleluasa





Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN.

KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223).

Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku:

UNDI MELEBIHI KERTAS UNDI DIKELUARKAN
Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya.

Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan.

Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), keputusan bagi saluran 2, SRJK(C) Yu Chye menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi, iaitu 138 undi melebihi dari jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan.

Lebih teruk lagi, keputusan rasmi seperti yang tertera di Borang 14 bagi Parlimen Balik Pulau telah diisytiharkan sebagai keputusan bagi DUN Telok Bahang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Balik Pulau. Helaian mata (scoresheet) bagi N40 Telok Bahang seperti Borang SPR760 mukasurat 2/2 menunjukkan bahawa keputusan saluran 2 (jumlah kertas undi 562, undi PKR 369) adalah bersamaan dengan keputusan Borang 14 bagi keputusan Parlimen.

Ketiga-tiga borang rasmi yang mengandungi keputusan yang salah dan mencurigakan, terutamanya undi di dalam peti yang lebih telah menyelewengkan keputusan bagi parlimen dan DUN diantara 138 hingga 318 undi. Dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 ini sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan di peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang.

Ketiga-tiga borang ini tetap dikeluarkan oleh Ketua Tempat Mengundi, Muhamad Shukri bin Din walaupun dibantah oleh ejen calon yang hadir ditempat pengundian. Oleh kerana Ketua Tempat Mengundi berkeras tidak akan memberikan salinan borang-borang jika tidak ditandatangani (yang membolehkan lebih banyak manipulasi berlaku), ejen calon akhirnya menandatangani untuk mendapatkan salinan.

Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi dari kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat-tempat lain, walaupun semua laporan tidak mungkin boleh dikumpul oleh #siasatpru13.

Ia juga mempersoalkan ketelusan dan kecekapan SPR mengendalikan pilihanraya apabila masalah kecil seperti kesilapan tertukar keputusan di antara calon parlimen dan DUN masih boleh berlaku.

KESALAHAN MEMBELI UNDI YANG BERLELUASA
Seperti yang telah dilaporkan seperti ini, kesalahan membeli undi berlaku dengan berleluasa terutamanya di Pulau Pinang sepanjang PRU13. Parlimen Balik Pulau juga tidak terkecuali dan beberapa rakaman telah dibuat menunjukkan orang ramai beratur untuk menukar baucer yang diberikan dengan wang tunai di sebuah kedai di DUN Pulau Betong (rujuk 2 video yang disertakan).

Perkara yang sama juga telah berlaku di DUN Bayan Lepas, satu lagi DUN di bawah Parlimen Balik Pulau bertempat di premis bernombor Lot 25, Lorong Helang 3, Sungai Dua. Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Abdul Halim Hussain mengenai perkara ini pada 10 Mei 2013, iaitu hari kejadiaan (laporan polis disertakan bersama).

Kedua-dua contoh yang disertakan menunjukkan bahawa penyelewengan dan penipuan yang melanggar akta-akta bersabit pilihanraya telah berlaku dan mengukuhkan lagi pandangan umum bahawa penipuan berleluasa telah berlaku dalam PRU13 yang lepas.
Sementara bukti-bukti ini akan dipertimbangkan di dalam petisyen pilihanraya, KEADILAN akan terus mendedahkannya kepada pihak media dan awam untuk membuktikan bahawa penipuan memang berlaku dalam PRU13.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN



----------

BERSEDIA BERSIH 4



BERSEDIA!


KEMPEN LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA MENGENAI DAKWAT TIDAK KEKAL

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali.

Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH.

Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban.

#siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut:

1.      Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut:
“Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.”

2.      Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN)

3.      Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat

#siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih.

Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN


muka mat lanchow

---------