HINGGA KINI KESAHNYA BAGINI
ramai kawan bertanya
dimana aku
ramai yang bertanya
ke mana aku
kalau aku katakan aku
di biara
ramai tak puas hati
tapi itulah yang aku lakukan
aku detox
aku memerlukan detoxfikasi
dunia moden ini telah menjadikan aku pemadat
pemadat teknoloji
saban pagi – saperti pagi ini – aku menyembah komputer
aku menjadi pemadat
kemodenan moden
aku diikat dengan talipon bimbit
aku diikat oleh blog dan face book
aku diikat dengan online
lalu aku ingin meninggalkan semua itu
di biara menghadap gunung
aku mahu menjadi aku sekali lagi
aku mahu menemui dari aku
pernah kau fikir apa kau sebelum internet
pernah kau fikir apa diri kau sebelum talipon bimbit
pernah kau fikir rupa gimana diri kau sebelum online
pernah kau fikir diri kau sebelum i pad
pernah kau fikir diri kau sebelum face book
kita kini semua menjadi pemadat
sultan hussein di singapura menjadi pemadat candu
hasilnya singapura terjual
aku menjadi pemadat modeniti
maka terjual diri aku sendiri
apa yang aku lakukan di biara
aku membaca
aku membaca
iqrak.... iqrak... iqrak...
nah aku hampir terlupa nikmat membaca kitab
yang aku baca hanyalah ribuan tulisan diinternet
yang aku lihat ribuan bayang bergerak di you tube
kali ini aku beriqrak
lalu aku berkenal dengan reza azlan
anak iran amerika dengan kitabnya:
no god but god, the origin, evolution and future of islam
lalu aku melihat kembali the history of god kitab karen
armstrong
lalu aku semak kembali : bacaan
aku mengulang kembali
merchant of venice
aku mengulang kembali macbeth
aku mengulang kembali the winter tale
dan dan dan
ketika mengulangi maka aku semakin mengenali hamlet
lalu aku berkenalan kembali dengan jalaludin muhamad rumi
lalu aku ingin mengetahui siapa kah dia shamsuddin dari tabrizi
lalu aku memasang niat
jikalah jika
aku disampaikan ke makam rumi
maka aku aku tulis sebuah shaer cinta
cinta yang yang masih
belum aku temui
cinta aku kepada diriku
ketika aku bersuluk
aku bertemu kembali dengan awang sulung merah muda
aduh!
saperti rumi yang jatuh cinta dengan shamsuddin tabrizi
aku juga jatuh cinta dengan awang sulung merah muda
betapa indahnya bahasa melayu
betapa sufinya
gurindam pepatah petitih pantun melayu
inilah bahasa sebelum bahasa
inilah bunyi sebelum
bunyi
inilah rasa sebelum
rasa
inilah melayu sebelum melayu
indah ghairah
suci memberahi
untuk kau yang tidak mengenal awang sulung merah muda
ertinya kau tak mengenal
dom peringon dari epernay
ertinya kau tak mengenal hashih dari mazari sharif
ertinya kau tak mengenal ganja dari dataran korat
ertinya kau tak tahu pelokan rasa panas badan kekasih
ertinya kau tak merasa cinta anjing sepanjang hayat
ertunya kau tak tahu setia kura kura kepada tuanya
ertinya kau tak tahu keroh kucing di subuh pagi
cari kembali kitab ini
tinggalkan ipad
tinggalkan ipod
lupakan face book
lupakan blog
nikmatilah keindahan rentak irama
gurindam seloka patun bidalan
kias berkias indahnya
bahasa
aku temui juga kesah kesah dari kraton
aku temui kesah jawa kuno
aku temui juga islam
dan plurisma dari jogja
aku kagum dengan keintelektuan sang indon
kapada teman
kepada kawan
yang bertanya dimana aku
biar aku katakan aku
telah di bawa oleh haruki murakami
masuk ke dalam dunia baru yang belum aku teroka
the elephant vanishes kitab jepun ini membawa aku
untuk melihat dunia awang sulung telah menjadi absurd
kepada yang bertanya dimana aku merantau
maka biar aku berkata benar
aku telah dibawa ke dalam dunia hantu dan jembalang
aku telah masuk ke dalam dunia mistik sang yahudi
lalu aku menyelinap ke new york dan ke warsaw
bersama isaac bashevis singer
aku telah berkenal dengan orang tua ini
tok selampit tukang
cerita sang yahudi
yang telah aku
kenali dikota london
sesudah orang tua ini
mendapat anugerah nobel
kepada teman dan kawan
yang bertanya dimana aku
aku bersama issac melihat kembali
dunia ini sebelum kita online
kawan kawan
aku kembali menulis
kerana aku berjanji
aku juga mahu berkesah
saperti murakami
aku juga mahu berkesah
saperti issac
lalu aku akhiri :
hai encek baru lepas kawin
andam terpampang dikepala
dahi bagi sehari bulan
kening bagai bentuk taji
pipi bagai pauh dilayang
hidung kuntum bunga serayu
telinga telepok layu
leher jinjang buyong Petani
lengan saperti baur panah
jari halus tumbuk serai
pinggang sacekak jari manis
betis bagai bunting padi
tumit bagai telor burung
ibu kaki bongkal setahil
NOTA:
aduh!
jika sesiapa berjumpa minah ini
tolong katakan bahawa tukar tiub masih bujang
kah kah kah
----------