KOMENTAR TUKAR TIUB
satu lagi projek kroni
satu lagi projek naikkan kemarahan rakyat
satu lagi projek untuk turun berdemo
tak caya
sila tunggu
jamin warga tempatan akan marah
bau busuk
asap bertoksik
asap gelap
penuh racun
ASAP TOKSID
Insinerator Bakal Dibina Di Taman Beringin, Kepong Tahun Depan
KUALA LUMPUR: Insinerator berteknologi tinggi dengan kapasiti membakar 1,000 tan sampah bakal dibina di kawasan pinggiran ibu negara tahun depan untuk menampung keperluan pelupusan sisa pepejal.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan berkata sebuah kawasan berkeluasan 1.6 hektar, bersebelahan stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong di sini, dicadangkan sebagai tapak insinerator itu.
Tender untuk pembinaan insinerator itu akan dibuat secara terbuka kepada kontraktor dalam dan luar negara dan permohonannya akan dibuka selewat-lewatnya September ini, katanya.
"Penilaian akan mengambil sedikit masa. Selepas terpilih pemaju juga perlu mendapatkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu yang kita jangka akan mengambil masa dalam sembilan bulan.
"Selepas itu baru pembinaan secara fizikal dapat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas meninjau rutin harian pekerja Alam Flora Sdn Bhd mengutip sisa pepejal di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Alor, Bukit Bintang, di sini Selasa.
BERSAMA
MEMBUAT SEJARAH
---------