Rabu, 19 Jun 2013

KALI INI DEMO JANGAN PULANG :PULANG



NOTA
anak anak muda bising
demo dah jadi ceramah
demo dalam stadium

kali ini demo kembali ori

mana mamat yang selalu heboh
mana  mamat yang selalu bising
mana mamat kaki komplain

sila turun
bukan turun seorang diri
turun dengan 100 orang kawan kawan

bukan bawa seorang diri
bawa khemah

berdemolah puas puas
hinngga hari raya7

PAK SAMAD: BERSIH KE JALAN RAYA

Pengerusi bersama Bersih 2.0 itu juga turut menyarankan kepada penyokong-penyokong mereka agar beramai-ramai menghadiri perhimpunan #Black505 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun.
“Kita menyarankan, ataupun merayu supaya ahli-ahli lebih banyak untuk menyertainyalah.
“Kalau Ambiga sendiri sudah kata turun ke jalan raya, jadi kita turun ke jalan rayalah,” kata beliau merujuk kepada seorang lagi pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.


----------

RAKYAT TIDAK ADA PILIHAN




RAKYAT TIDAK ADA PILIHAN
PILIHAN RAYA TIPU
RAKYAT PILIH
JALAN RAYA

KOMENTAR TUKAR TIUB

semua siap sedia
semua siap siaga
semua menunngu detik dan masa
semua mahu mebuat sejarah

Ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU

KUALA LUMPUR 18 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.

Rakyat Sarawak, Sabah diseru hadir Himpunan 22 Jun »

KUALA LUMPUR 19 JUN: Rakyat Sarawak dan Sabah yang menetap di Lembah Kelang diseru hadir beramai-ramai bagi membantah penipuan Suruhanjaya…

Wakil rakyat menang wajib turun – Pengerusi Sekretariat Black 505

Saya bertemu dengan ramai orang dan mereka berkata mahu melihat wakil rakyat Pakatan yang menang mengetuai penentangan penipuan pilihan raya. Wakil rakyat yang menang tidak boleh berdiam diri. Kalau mereka…
Jun 19 2013 /  / Read More »

Pakatan: Himpunan Black 505 tetap di Padang Merbok »

Johari
“Setelah saya tinjau Padang Merbok, tidak ada sebarang kerja-kerja lapangan (naik taraf) seperti kata DBKL sebelum ini. Jadi tidak ada



1,500 AMK Wilayah jadi sukarelawan Black 505 »

logo-amk
"Kami menyeru semua Pacaba (Ejen Undi, Kiraan & Barong) dan sukarelawan Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan sama-sama hadir ke Padang…
Jun 19 2013 /  / Read More »

SEKALI LAGI 
KITA TURUN
KALI INI SAMPAI SPR  LETAK JAWATAN

--------

SATU PERMINTAAN




PERMINTAAN KEPADA PEMBACA
sila lihat gambar di bawah ini
perhatikan betul betul gambar ini

betul atau tidak
benar atau slah
bahawa kanak kanak
dalam gambar ini sedang didera?

kah kah kah
kah kah kah  
kah kah kah





NOTA
sila hentikan
penderaan kanak kanak
jenis ini
suhakam wajib ambil perhatian
kah kah kah


--------

FAHAMI KENAPA TURUN KE JALAN RAYA





DEMO SAMPAI
PAGI RAYA
 
 

KENAPA PERLU KE JALAN RAYA
Pada jam 2:00 petang hari Sabtu  22 Jun 2013 ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkan perasaaan di Dataran Padang Merbok – Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.

Saperti biasa kita akan terbaca kenyatan PDRM melarang himpunan ini kerana  dikatakan tidak ‘bersunat dan tidak bersembelih ‘ – haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpura menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak  tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata  nista dan cerca tentang demo ini dari kaca tv.

Ngo Melayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru Silat dengan Ilmu Ghaib berjanji akan datang untuk membuat  demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akan menggoyangkan buntut membatah Perhimpun Satu Juta Rakyat di Dataran Padang Merbok. Akan ada temubual dengan Mamat Pemandu Teksi  dan Mat Tuan Punya Warong yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian.

Semua ‘heboh-heboh’ diatas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh Abang Polis ini tidak menjawab soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya : Ratusan  ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi  oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU13. Orang ramai  marah maka mereka ke jalan raya berdemo.

Kenapa perlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut 7  orang Pesuruhjaya SPR meletak jawataan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi  projek  tipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat.

Masih tidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?  

Biar saya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan  diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini saheh atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?

Biar saya surahkan sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan.   Untuk anak anak muda, untuk jenerasi yang lahir  sesudah tahun 70’an pasti   tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada pemilihan – ada pengundian – untuk memilih Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipileh melalui undi orang ramai. Bagitu juga Ahli-ahli Majlis Tempatan – semua dipilih melalui  pengundian.

Sejarah membuktikan bagaimana disetiap kali pemilihan Kerajaan Tempatan ini dijalankan   yang menang ialah Parti Rakyat, Parti Buruh atau kumpulan Front Sosialis. Ini sebelum Parti Buruh menjadi arwah. Kota Pulau Pinang, kota  Melaka, bandar Seremban atau bandar Johor Bahru – semuanya dikendalikan oleh Ahli Majlis yang dipileh oleh warga kota. Kota Ipoh pula dimenangi oleh PPP – sebelum parti ini menjadi mandul.

United Malays National Organisation  tidak dapat bernafas. Parti Ketuanan Melayu  tidak pernah dapat menguasai Kerajaan Tempatan melalui pilihan raya. Maka pada tahun 1964 Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diharamkan hingga ke hari ini. Pada hari ini  ini semua Ahli Majlis – DBKL, MBPJ, MBS dan dan dan... semuanya dilantik.
Surah ini membuktikan dengan saheh  bahawa pilihanraya di Malaysia ini  jika dapat mengubah apa-apa maka pilihan raya itu  akan diharamkan.

Lalu timbul soalan sampingan. Apakah demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Jawabnya: Menggulingkan kerajaan  yang zalim itu satu kewajipan. Bukan satu yang pelik jika ada sesiapa yang turun berdemo dengan niat  mahu menggulingkan kerajaan. Ini bukan satu niat yang salah.

Biar saya terangkan disini bahawa Nik Aziz juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaaan Barisan Nasional. YB Nurul Izzah juga memiliki niat yang sama. Timbalan Presiden Pas Mat Sabu juga bercita-cita untuk mengulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Lim Kit Siang anak beranak pun mahu menggulingkan kerajaan hari ini.
 
Malah Najib Razak sendiri secara terbuka  berniat untuk menggulingkan kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor. Datuk Mustapa Muhamed telah merancang dengan licik dan lama untuk menggulingkan kerajan Pas di Kelantan. Justeru menggulingkan kerajaan bukan satu jahat.

Lalu ditimbulkan hujjah bahawa Nik Aziz, Mat Sabu, Lim Kit Sing atau Nurul Izzah mahu menggulingkan kerajaan United Malays melalui pilihan raya.  Tetapi  seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa mustahil United Malays National Organisation akan dapat digulingkan melalui pilihan raya.  

Dari sinilah muncul wacana hakiki tentang kemustahilan kerajaan  zalim ini digulingkan melalui pilihan raya.  Mustahil  kezaliman ini dapat  ditamatkan  melalui pilihan raya. Tidak mungkin United Malays National Organisation akan kalah dalam pilihan raya. Ini kerana sistem pengundian – sistem pilihan raya itu – telah direka dan  dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang.

Menuntut pilihanraya bersih dan adil – perjuangan  Bersih -  adalah satu kerja yang baik. Tetapi mustahil United Malays National Organisation akan melunaskan 8 Tuntutan Bersih. Mustahil Parti Ketuanan Melayu ini mahu menjalankan satu pilihan raya yang bebas dan adil. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil Pakatan Rakyat akan menang manakala United Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah.

Kerana itu United Malays National Organisation telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan dalam pilihan raya. Telah dibuktikan bagaimana  dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat telah ditipu. Pengundi Pakatan Rakyat telah ditipu.  Kemenangan rakyat telah dicuri. Kerana ini rakyat marah. Inilah sebab orang ramai turun ke jalan raya.

Lalu timbul lagi persoalan – Apakah dengan tunjuk perasaan ini akan berlaku perubahan.  Jawabnya: Boleh berlaku perubahan. Dalam satu demo yang besar ianya akan memberi tekanan yang kuat terhadap Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malaya National  Organistaion. Kalau satu juta rakyat turun ke jalan raya. Kalau ratus ribu rakyat turun ke Dataran Padang Merbok dan mereka TIDAK berganjak dari menuntut 3 Tuntut #TIPU505  maka elit politik akan  retak dan pecah.

Lihat sekarang bagaimana Pengerusi SPR telah membuat kenyaataan bahawa dia telah menjalankan tugas dengan baik maka tidak perlu letak jawatan. Kenyataan ini  bukan ditujukan kepada penyokong demo jalan raya. Kenyatan ini ditujukan kepada  tuanya bernama Najib Razak. Den dah  buat kojo jahat apo pulak kao nak buang  den – inilah isi hati si penjenayah yang semakin sedar tali gantung telah  semakin hampir.

Kenyataan terbaru dari Pengerusi SPR  ini lagi lawak dan lagi seram.  Si Mamat ini kini merasa sedih dan kecewa  kerana dakwat kekal TIDAK kekal. Lihat bagaimana berapa hari sesudah PRU13 dijalankan  Si Mamat ini amat anggkuh dan kurang ajar. Mamat ini telah menolakk wujudnya penipuan dakwat kekal. Lampu padam tidak wujud. Gambar lampu padam ditempat pengiraan undi  sengaja diada-adakan.  Semua hujah Pakatan Rakyat dianggap fitnah..

Kenapa hari ini sedih dan menyesal? Jawabnya:  Si Mamat ini merasa sedih dan kecewa kerana Si Mamat ini tahu pada 22 haribulan ini ratusan ribu rakyat akan turun ke jalan raya. Ratusan ribu rakyat ini TIDAK akan pulang sehingga  Si Mamat ini bersama 6 lagi Pesuruhjaya SPR meletakan jawatan.  Tali gantung semakin hampir kerana itu si Mamat ini sedih dan kecewa.

Perubahan bunyi suara Pengerusi SPR ini membuktikan bahawa politik jalan raya telah  membawa hasil. Kini rakyat Malaysia juga sedar bahawa elit politik dalam United Malays National Organisation sedang retak. Mereka sedang bergaduh – tuduh menuduh – menyalahkan  satu sama lain. Kini telah ada ura-ura untuk menendang Najib. Ada rancangan untuk menobatkan Tengku Razaleigh sebagai ganti.

Perubahan politik ini TIDAK akan berlaku jika rakyat TIDAK turun  ke jalan raya. Kalau  orang ramai tidak turun ke jalan raya menolak penipuan maka gerombolan United Malya National Organisation akan terus berkenduri kendara merompak  harta negara kita.

Jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya maka dunia luar tidak sedar tentang penipuan yang telah berlaku dalam PRU13. Masyarakat dunia juga tidak sedar bahawa rakyat Malaysia telah menolak keputusan PRU13. Semua ini akan berubah pada Sabtu 22 Jun ini. Pada  petang Sabtu ini ratusan ribu rakyat di jalan raya adalah  papan poster rakyat Malaysia kepada rakyat dunia. Papan ini tertulis :Bahawa  rakyat  Malaysia  menolak keputusan PRU13.

Inilah  kejayaan politik jalan raya. Imej-imej orang ramai dijalan raya akan tersebar  luas ke seluruih dunia. Gambar-gambar anak muda di Dataran Padang Merbok  akan manaikkan taraf anak muda Malaysia sebaris dengan anak muda di Dataran Tahrir. Imej-imej berdemo akan menobatkan anak muda Malaysia  setaraf dengan anak- anak muda di Dataran Taksim.

Kita  bukan Arab Spring, kita bukan meniru Dataran Tahrir , kita bukan mengikut anak muda Turki adalah cakap cakap kosong. Yakinlah bahawa ramai rakyat  Malaysia ini mahu melihat Najib di tangkap saperti Husni Mubarak. Yakinlah majoriti rakyat Malaysi – 52% - mahu menghancurkan United Malays National  Organisation. Yakinlah bahawa ramai anak muda pada Sabtu ini ingin membuat sejarah sama saperti di Dataran Tahrir  atau di Dataran Taksim. Ini kerana  dunia ini akhirnya adalah milik anak muda. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45


----------

PROGRAM MENGAHASUT DI SANA SINI



 DEMO SAMPAI BERJAYA
 


JELAJAH #SuaraRakyat505 COUNTDOWN MENUJU #KL22JUN

JUN 18 | SELANGOR | SG BESAR | PIDATO PERDANA | DATARAN TONGGAK 10
TIAN CHUA | CHE'GUBARD | AZIZ BARI | ISHAM RAIS | HARIS IBRAHIM | ARUL PSM | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG | KHAIRUL ANWAR
JUN 19 | KUALA LUMPUR | JALAN TUN PERAK / PUDURAYA | AKSI 'FLASH MOB' FASA 2 | 2PM
SAMM | ABU | SMM | JERIT | KILL THE BILL | RADIO BANGSAR | UBU | 
JUN 20 | PAHANG | TEMERLOH | PIDATO PERDANA | TAMAN SAGA (DEPAN PEJABAT PKR TEMERLOH)
CHE'GUBARD | TIAN CHUA | ISHAM RAIS | HARIS IBRAHIM | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG |

JUN 21 | KUALA LUMPUR | DEWAN KLSCAH | MALAM KEMUNCAK KIRA DETIK | TAKLIMAT AKHIR
MAT SABU | TIAN CHUA | CHE'GUBARD | ISHAM RAIS | HARIS IBRAHIM |ARUL PSM | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG |

------

DEMO SAMPAI SPR LETAK JAWATAN


DUNIA
SEDANG MENUNGGU
 Tian Chua: Demo sampai bos SPR letak jawatan
 
Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara yang bermula selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu akan diteruskan dan tidak akan tamat selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berundur.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata demikian dalam wawancara semalam.
NOTA
kepada anak muda muda yang bising
kepada yang selalu komplain demo dah jadi ceramah
kepada yang tak puas hati himpunan dalam stadium

kali ini tunjuklaaa hebat
duduk berdemo sampai hari raya
kah kah kah
kah kah
kah


-----------

PENGUMUMAM RESMI UNTUK PROGRAM 22 JUN



#PdgMerbok622
 
Tuntutan 3 Perkara:

1.      Mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 anggota panel SPR meletak jawatan.
2.      Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihanraya semula.
3.      Menuntut agar dihentikan sebarang proses persempadanan semula dan apa-apa juga proses lain sehingga anggota SPR yg baru dibentuk semula melibatkan kesemua pihak.


DIMINTA IKUTI ATURAN INI
untuk melicinkan pejalanan kita
sila jangan bawa masuk ke kereta ke dalam kota

sila pilih tempat permulaan yang sesuai
mula bergerak ke dataran padang merbok jam 2:00


TEMPAT TEMPAT PERMULAAN

1) WARGA DARI KLANG,   PETALING JAYA BERMULA DARI BRICKFEILDS

- YBNurul Izzah
- Maria Chin (BERSIH)
- Sdr Arul (PSM)
-  Rajaratnam - Warga Aman 
                 
              
2) WARGA DARI UTARA BERMULA DARI
 MASJID NEGARA

- YB Azmin Ali
- YB Khalid Samad
- Dato’ Hj. Taslim (NIAT)


3)  WARGA DARI  SELATAN BERMULA DARI JALAN PUDU

- YB Tan Kok Wai
- YB Anthony Loke
- Wong Tuck (LYNAS)
- Chegu Bard (SAMM)

              
4)  WARGA KOTA KUALA LUMPUR BERMULA DI IBU PEJABAT PAS JALAN RAJA LAUT

- YB TG Hj Abd Hadi Awang
- Tuan Hj Mat Sabu
- Sdr Nazri Deraman (ROYALTI)
- Kolonel Nazri (KERABAT)

 
5) ANAK MUDA, PELAJAR DAN MAHASISWA BERMULKA DARI UNIVERSITI MALAYA

- YB Shamsul Iskandar
- YB Nasruddin Tantawi
- Safwan Anang (SMM)
- Adam Adli (SMM)

              
6) WARGA  GOMBAK CHERAS  PANDA BERMULA DI SOGO

- YB Tian Chua
- Hj. Asri (PAHLAWAN)

 
7) WARGA DARI PANTAI TIMUR DI STESEN PEKELILING

- YB Salahuddin Ayub
- Sdr Mazlan Aliman (ANAK)
- Sdr Suhaizan Kayat (TANAH)

Kesemua kumpulan yang berada di tempat permulaan ini  akan bergerak menuju ke  Dataran Padang Merbok bermula jam 2.00ptg.

 
ACARA 

Bermula jam 3.00pm
1.     Lagu Negaraku dan Bacaan Doa
2.     Ucapan Pimpinan Pakatan Rakyat


Semua diminta berpakaian HITAM

 

MENIAGA KAFE SIBER 2 RINGGIT SATU JAM



 ANAK MUDA 
BERSEDIA!
KOMENTAR TUKAR TIUB
tahukah para pembaca apa makna berita ini

ini maknanya sekali air bah
sekali pasir berubah

apa maknanya?

bukankah ini  berira arahan baru
yang melarang tumbuhnya kafe siber?

jangan silap faham
meniaga kafe siber ini bukan buat duit
perniagaan internet tidak lumayan
2 ringgit satu jam amat ciput
mustahil dapat bayar sewa dan gaji pekerja

kafe siber ini buat duit dengan judi
judi lebih menguntungkan
judi lebih lumayan
ada casino
ada kuda
semua buat duit

apa sangkut paut dengan arahan baru?

arahan baru ini
untuk membolehkan menteri baru ini pungut tol
kafe siber lama bayar tol pada menteri lama
ini menteri baru 
jadi wajib  bayar tol pada menteri baru

lagi banyak hukan hakam
lagi banyak peraturan
lari banyak larangan 
lagi besar lukah di pasang

NOTA
takkan tak faham faham
mustahil pembaca tt
ini bodoh macam najib
kah kah kah


DBKL diarah beku lesen kafe siber

Kuala Lumpur: Pengeluaran lesen untuk perniagaan kafe siber di Wilayah Persekutuan dibekukan dalam usaha membendung penyalahgunaan premis itu sebagai tempat perjudian. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau sudah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan sementara pengeluaran lesen baru untuk perniagaan pusat siber atau kafe siber. 
Katanya, ramai pengendali kafe siber tidak mematuhi peraturan perniagaan kafe siber hingga ada antaranya menjadi ia pusat perjudian. 

-------

BERITA SEDIH YANG MENGGUGAT



Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
KUANTAN 18 Jun - Tindakan sebuah hospital di sini yang didakwa hanya bersetuju mengambil jururawat tidak bertudung dianggap serius kerana perkara itu membabitkan sensitiviti agama. Pengerusi Jawatankuasa...




KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit ... SATU LAGI AKAN MENGGUGAT.... kah kah kah...

kah kah kah... NEGARA INI CUKUP LEMBIK.... kah kah kah...

kah kah kah...SIKIT SIKIT TERGUGAT.... kah kah kah...

kah kah kah...AKIDAH SENANG TERGUGAT...kah kah kah..

kah kah kah...AGAMA SENANG  TERGUGAT... kah kah kah...

kah kah kah... TENGOK RAMBUT PEREMPUAN PUN TERGUGAT...kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS TERGUGAT  TERUS TERPANCUT...kah kah kah...

kah kah kah...APA PUNYA TUUUUUUR.... kah kah kah



----------

PEMODAL ANTARABANGSA AKAN TIPU RAKYAT MALAYSIA




PERBINCANGAN DENGAN MITI BERMULA DENGAN JANJI PENDEDAHAN TERHAD

Jumaat 14 Jun 2013 yang lalu, kami telah bertemu dengan wakil-wakil MITI yang diketuai oleh Dato’ Rebecca Sta Maria, KSU Kementerian serta salah seorang perunding utama bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Encik J. Jaya Siri.

Mesyuarat ini dilakukan bertetapan dengan waktu, hanya sehari selepas dialog gagal antara MITI dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Walaupun kami menghargai rundingan yang dianjurkan oleh MITI yang melibatkan pihak yang berkepentingan, terutamanya ahli-ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat, kami masih tidak berpuas hati bahawa pada hakikatnya TPPA itu tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan kekangan dalam memastikan hak-hak sosio-ekonomi dan kedaulatan negara dihormati dan dilindungi. Rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan.

Banyak isu-isu telah diusul semasa perbincangan, yang terdiri daripada isu kawalan kerajaan ke atas pasaran kewangan, penyelesaian pertikaian antara pelabur-kerajaan (ISDS), harga farmaseutikal dan perubatan, serta kebimbangan umum terhadap kurangnya ketelusan dan maklumat tentang teks rundingan TPPA. Semasa dialog itu yang berlangsung selama sejam, perkara khusus yang telah dibangkitkan adalah:

1) Analisa Kos-Faedah (CBA) pada TPPA

MITI mengakui kewujudan kertas CBA dibentangkan kepada Kabinet pada tahun 2010, iaitu laporan 2010 United Nations Development Programme (UNDP) yang atas arahan Kerajaan Malaysia. Dalam perkembangan yang sedikit positif, kami telah dijanjikan sesalinan laporan tersebut dalam masa dua minggu tanpa disertakan maklumat rundingan.

2) Kawalan Kewangan dan Kebebasan

MITI memberi jaminan lisan bahawa tiada kerugian atau terhakisnya hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan kawalan modal dengan menandatangani TPPA. Walau bagaimanapun, pendedahan teks rundingan Australia baru-baru ini yang menyentuh kawalan modal, dan kewujudan peruntukan sebegini dalam lain-lain perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telah ditandatangani bersama Amerika Syarikat, memaksa kita untuk kekal bersiap sedia demi memastikan hak-hak tersebut tidak hilang.

Selain itu, tiada sebarang maklumat mengenai rangka kerja pengurusan eksploitasi, penerokaan dan pembangunan sumber hidrokarbon dan mineral negara masing-masing. Ia sesuatu yang penting untuk meredakan kebimbangan dan tidak membenarkan syarikat asing untuk mendesak hak mengekstrak sumber semula jadi negara kita berdasarkan terma-terma TPPA itu.

3) Kos Kesihatan

Berhubung dengan hak harta intelek untuk farmaseutikal, kami diberitahu oleh MITI dan Kementerian Kesihatan bahawa mereka berusaha untuk mencari keseimbangan antara menggalak inovasi dan memastikan harga ubat-ubatan adalah berpatutan. Kami juga diberitahu bahawa perbincangan masih berterusan dan tiada peruntukan yang berkaitan telah mencapai fasa berasaskan pernyataan.

Isu berganda mengenai data empunya (proprietary data) dan lanjutan tempoh eksklusif adalah amat penting bagi Malaysia - kita tidak boleh kehilangan akses tatkala membincangkan harga berbanding akses.

Malah, masa semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada bulan Julai 2013 dan pernyataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013. Walaupun kami sedar bahawa kerahsiaan amat diperlukan dalam semua rundingan perdagangan, namun kami bimbang kurangnya usaha untuk melibatkan orang awam terutamanya berkait prinsip-prinsip asas kedaulatan negara dan kesan sosio-ekonomi TPPA tersebut.

Kami memuji MITI kerana menganjurkan mesyuarat ini dan kerana berjanji memberikan salinan laporan UNDP yang ditapis dalam masa dua minggu lagi. Walau bagaimanapun, kami tetap komited untuk memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi semua aspek TPPA tersebut. Demi kepentingan umum masyarakat , kami akan menggesa agar sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen dwi-partisan mengenai TPPA ditubuhkan dengan segera. Kami amat prihatin mengenai keperluan untuk berahsia seiring dengan rangka kerja dwi-partisan sebegini, dan akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai penjaga amanah rakyat. Kami juga mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa amanah rakyat adalah tertumpu pada pendedahan yang telus dan bertanggungjawab.

NURUL IZZAH ANWAR, Ahli Parlimen Lembah Pantai
CHARLES SANTIAGO, Ahli Parlimen Klang
DR DZULKEFLY AHMAD, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS
WONG CHEN, Ahli Parlimen Kelana Jaya
AZRUL AZWAR, Institut Rakyat


----------