Rabu, 10 Julai 2013

SENYUM SESUDAH BERBUKA



TALIPON CAP AYAM
alhamdulilah. sehari dah lepas, bos! 29 hari lagi nak lalu. slow2 kayuh. dah arwah phone lu, kena ganti baru la yang smart bukan dumb. kasi upgrade sket, baru awek tertawan melihat! kahkahkah awek hari ni materialistik, bos. 

mana awek nak rapat kalau lu masih guna dumb phone walaupun dorang sendiri banyak yang bimbo pun.... (sexist giler!) sorry awek peminat TT. kahkahkah.... on MERAYAKAN HARI PERTAMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

at 8:04 PM

-------

MERAYAKAN HARI PERTAMA




SELAMAT BERBUKA PUASA





aku berbuka hari pertama
dengan buah manggis
kopi o kosong

udang masak lemak
tidak pedas 
tidak bersantan
gulai udang dengan susu




NOTA
talipon aku tidak berbunyi satu hari
bila aku rapati
baru aku sedar
talipon aku sudah mati
aku cuba hidupkan  
tapi gagal

dalam perut talipn ini
ada number kawan dan kenalan
maka terputuslah hubungan

bila talipon mati
semua terputus
sebelum teknoloji ini
semua number aku tulis

teknoloji ini baik
tapi teknoloji ini lemah


PETANG INI HARI PERTAMA
petang pertama aku lalui dengan  damai 
terik pun tidak
redup pun tidak

awan puteh memagar langit biru 


angin bertiup
tidak kencang
tidak malas

di padang rumput aku nampak
ratusan burung pipit uban
mamagut biji rumput
kemudian terbang mengikut angin
lenyap dari mata

betapa nikmatnya jika hidup ini
dipupus angin
belayar dari padang ke padang
meragut  rumput
menyebar benih

oh alam yang indah ini
oh alam yang aku lihat ini
hari demi hari
sedang terbakar

apakah burung burung ini sedar
bahawa bumi semakin panas

apakah burung burung ini sedar
air laut semakin muntah

apakah burung burung ini sedar
salju di khutub utara semakin cair

dua minggu dahulu
aku tak nampak burung burung ini
aku tak terdengar kicipan suara si pipit uban
kemana si pipit uban menghilang
apakah mereka sedar tentang jerebu

ketika jerebu melanggar
dimanakan mereka bermalam
ketika jerebu melanggar
bahang yang panas
dan angin mati
di mana burung burung ini mencari air
di mana burung burung ini berpesta makan petang

aku tidak ada jawapan
aku hanya tahu bertanya


-------

MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR







TAMAROD 
GARIS POLITIK ANAK MUDA
 KUTUK RAMPASAN KUASA - RAYAKAN TAMAROD

Revolusi masih lagi berjalan di Mesir. Anak muda masih lagi turun ke jalan raya. Dataran Tahrir masih lagi  dipenuhi oleh ribuan anak muda. Morsi telah disingkir oleh tentera. Penyokong Morsi telah keluar ke jalan raya. Lebih dari 30 warga Mesir telah gugur tewas. Revolusi belum mencapai tujuan.

Dalam suasana inilah saya  yang telah  menerima banyak pesanan ringkas, saya telah menerima e-mail – menerima desakan untuk menerangkan dan membuka wacana pencerahan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir pada ketika ini.

Untuk pencerahan bersama – pertamanya kita semua wajib menolak campur tangan tentera yang telah menyingkirkan Presiden Morsi.  Rakyat dunia dan warga demokratik tidak akan menerima tindakan tentera yang bercanggah dengan garis dan cita-cita demokrasi. Rampasan kuasa tentera  atas apa sahaja tujuan wajib ditolak dan dilawan.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang kita wajib memahami apa yang berlaku dua tahun dahulu. Amat jelas bahawa Revolusi Mesir  Pertama dua tahun dahulu telah dibajak.  Ada pembajakan yang dilakukan dengan jelas. Dan ada pembajakan yang kabur dan mungkin tidak terlihat dimata kasar.
Revolusi Pertama memperlihatkan gerakan spontan anak-anak muda yang bangun menentang 30 tahun rejim zalim Husni Mubarak. Revolusi Pertama ini memiliki sejarahnya sendiri. Revolusi ini adalah hasil rentetan dari babak babak sejarah penindasan  dan pengumpulan 30 tahun kemarahan rakyat.

 Revolusi Pertama ini muncul satelah 30 tahun warga Mesir diinjak-injak oleh rejim Mubarak yang disokong oleh imperialis Anglo-Amerika dan Zionis Israel. Rejim Mubarak naik tahtha pada tahun 1975 satelah Presiden Anwar Sadat mati dibunuh. Sadat dibunuh kerana belot. Sadat  membuat perjanjian damai – Camp David – dengan Zionis Israel.

Perjanjian Camp David ini dilihat sebagai pembelotan yang menusuk ke jantung hati  warga Mesir dan bangsa Arab. Mesir negara terbesar Arab telah dimandulkan melalui Camp David. Beberapa tahun sesudah Camp David satu demi satu gerakan Pembebasan Palestin membelot sama.  Pertama belot ialah Al-Fatah dibawah pimpinan Arafat yang meninggalkan ‘garis berjuang angkat senjata’ mereka. Sesudah Perjanjian Camp David kelihatan pembelotan  dan bekerjasama dengan Zionis Israel dilakukan secara terbuka tanpa segan silu.

Pada tahun 2005 Hosni Mubarak dengan licik telah menipu pilihan raya Presiden. Mubarak dengan licik telah menggunakan SPR Mesir untuk memastikan pilihan raya akan dimenangi oleh partinya – National Demokratik Party. Sama saperti SPR di Malaysia, SPR Mesir juga merancang dan menggunakan pelbgai taktik untuk memastikan National Demokratik Parti akan menang. Ancaman telah digunakan. Duit dan dinar telah membeli sokongan. Ramai  politikus yang dibeli. Paling menonjol ialah memasukan kertas undi ke dalam peti undi. Penipuan  pilihan raya ini telah mendapat bantahan tetapi tentera telah mematahkan segala bentuk bantahan.

Tetapi, pada 2011 semuanya berubah. Anak muda Mesir – malah anak muda seluruh dunia -   telah melihat kejayaan  anak-anak muda Tunisia menjatuhkan  Presiden Zainalabidin Ben Ali. Anak anak muda Tunisia telah menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Politik jalan raya telah berjaya menumbangkan rejim yang zalim. Politik jalan raya ini telah disambut dan diambil  oleh  anak-anak muda Mesir. Mereka juga meraih kejayaan melalui jalan raya.

Tetapi jelas Revolusi Pertama ini telah dibajak. Untuk memahami pembajakan mari kita melihat  apa yang telah berlaku.

Parti Ikhwan Muslimin dalah  parti politik yang besar di Mesir.  Ketika anak muda dijalan raya parti ini telah  mengambil garis untuk TIDAK bersama anak anak muda. Sebagai contoh, mari kita ingati kembali tarikh 18 Disember 2011 dimana dunia terperanjat melihat imej seorang anak gadis  yang sedang dibelash oleh tentera Mubarak. Anak gadis ini dipukul dan diheret diatas jalan raya  sehingga dunia melihat  melihat perut dan colinya berwarna biru.

Dunia gempar dan marah atas keganasan soldadu Mesir ini. Tetapi Ihkawan Muslimin TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tidak mengutuk dan tidak bersuara. Ikhwan buat deek.  Ini kerana parti ini tidak mahu dilihat ‘ bertelagah atau berkonfrontasi’ dengan  tentera. Ini  juga dilakukan  kerana parti ini tidak bagitu yakin akan gerakan jalan raya anak muda. Maka parti ini mengambil sikap -  tunggu dan lihat  - sebelum turun ke jalan raya.

Dua minggu sebelum Mubarak dijatuhkan anak-anak muda telah merancang gerakan jalan raya yang paling besar. Ketika ini Parti Ikhwan Muslimin juga tidak memberi arahan secara resmi  agar ahli-ahlinya turun. Walau pun dalam satu juta yang berhimpun di Dataran Tahrir pasti ada puluhan ribu ahli Parti Abang Muslim ini.
Sesudah Mubarak tumbang maka Parti Ikhwan telah masuk secara sedar ke dalam kancah politik Mesir. Parti ini telah mencalonkan Morsi walau pun pada awalnya ada beberapa nama yang telah muncul. Anak-anak muda ketika itu memberi sokongan yang penuh kepada pemilihan Presiden malah rakyat Mesir bergumbira dengan jatuhnya Mubarak.

Pilihanraya Presiden telah diadalakn pada 16/17 June 2012. Muhamad Morsi dari Freedom and Justice Party telah menang tipis mengalahkan Ahamed Shafik. Morsi hanya mendapat 51.7% dari jumlah undi manakala Shafik mendapat 48.3%. Seawal ini  telah jelas dapat dilihat  bahawa satengah dari warga  Mesir  TIDAK bersama  Morsi.

Walau apa pun peratusnya,  Morsi secara sah telah dipilih oleh warga Mesir untuk dinobatkan sebagai Presiden. Ini hakikat. Morsi adalah Presiden yang saheh.  Sesudah Morsi dinobatkan sebagai Presiden -  jelas  politik Mesir telah diletakan dilandasan demokratik. Pemilihan Morsi adalah pemilian yang demokratik. Ini satu kerjayaan Revolusi Pertama.

Harus diakui bahawa aparachik ,  elit politik dan elit ekonomi dari rejim lama masih berselirat.  Masih kukuh ditangga kuasa. Harus diakui bahawa selama 30 tahun Mubarak berkuasa tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan yang tersusun dan memiliki kepentingan ekonomi.  Tentera di Mesir telah dirasuah untuk mendapatkan  kesetiaan dan sokongan mereka. Tentera Mesir, bukan saperti tentera lain dalam dunia ini -  tentera Mesir  telah mencampuri dunia perniagaan.

Hampir 30% ekonomi Mesir dimiliki oleh Tentera.  Tentera Mesir memiliki  syarikat pemaju. Memiliiki 16 buah kilang yang besar. Kilang ini bukan hanya membuat senjata ianya membuat mesin basuh,  kain baju dan barangan rumah. Tentera juga menjadi  pemaju utama – contohnya  Bandar Nasr itu didirikan oleh syarikat tentera. Tentera juga membina lebuh raya, hotel, jambatan, sekolah dan dan dan.  

Justeru disini kita wajib memahami bahawa tentera Mesir ini bukan saperti tentera profesional lagi. Tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan bersenjata  yang bukan hanya memiliki kepentingan ekonomi malah mereka sendiri menjalankan aktiviti ekonomi.

Bayangkan sebuah hotel yang dibangunkan oleh tentera ditepi Laut Tengah. Para buruhnya bukan diambil dari luar tetapi para soldadu itulah yang mengetuk dan dan menukul membina bangunan. Para soldadu ini dibayar dengan duit gaji tentera. Banyangkan mana mungkin syarikat pembinaan bersaing dengan syarikat tentera.

Apa yang saya ingin paparkan disini ialah elit tentera Mesir adalah juga elit politik dan elit ekonomi. Kita akan gagal memahami politik Mesir jika kita tidak mengambil  kira  dan memahami hakikat bahawa tentera Mesir itiu sendiri bergerak sebagai satu parti politik yang tersusun. Tentera di Mesir  bukan hanya jentera daullah tetapi telah menjadi daulah.  Ini hakikat.

Kedatangan Morsi sebagai Presiden Mesir pada awalnya melahirakan hu ha hu ha yang hebat. Tetapi Morsi tidak  dapat memecahkan tembok-tembok elit yang berkepentingan. Dalam masa yang sama elit politik, elit ekonomi, dan elit tentera terus bekerja rapat dengan  kuasa imperial  Anglo-Amerika. Morsi juga dilihat mengikut rentak yang sama untuk memastikan kuasanya berterusan.

Dalam strateji kuasa imperial,  Mesir adalah negara Arab terbesar dan terpenting. Jika Mesir berjaya  dimandulkan maka keseluruhan bumi  Arab akan mandul sama. Kuasa imperialis  sedar bagaimana mereka telah ditentang hebat – diseluruh bumi Arab -  oleh garis nasionalisma Presiden Nasser. Dalam negara Nasser telah membawa arus ekonomi progresif- hinggakan Nasser berjaya memilik negarakan Terusan Suez.

 Diluar pula  Naseer bersama Sukarno , Tito dan Chau En Lai telah melahirkan blok Negara Berkecuali.  Ini adalah gerakan anti-imperialis ini telah memberi dorongan kepada banyak negara  tanah jajahan untuk bangun melawan menuntut kemerdekaan termasuk Tanah Melayu.

Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah dirinya  gagal untuk menjadi Presiden Mesir. Morsi  menjadikan dirinya bukan Presiden Mesir tetapi Presiden Ikhwan Muslimin.  Morsi tidak menjalankan dasar keterbukaan untuk mengakui bahawa  bukan semua warga Mesir bersetuju denmgan dasar Ikhwan. Morsi gagal untuk memahami apa makna 48.3% yang tidak bersama.

Untuk memahami apa yang saya maksudkan ‘ bukan  Presiden Mesir ‘ samalah saperti apabila Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terangganu atau Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, atau Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang atau  Khalid menjadi MB  Selangor  – mereka  wajib TIDAK dilihat sebagai MB parti mereka sahaja.  Mereka seharusnya  dirayakan untuk menjadi MB  atau Ketua Menteri untuk seluruh warga – yang menyokong dan tidak menyokong.

Morsi tidak dilihat sebagai Presiden Mesir. Semakin dikritik semakin membebal. Sama saperti apa yang telah berlaku di Kedah di bawah Azizan. Ketidak puasan orang ramai makin terkumpul. Anak-anak muda dari Dataran Tahrir semakin tidak puas hati

Paling memeranjat dunia ialah pada 14 Jun yang lalu  Morsi memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Morsi meminta agar negara imperialis  dan Nato membuat sekatan udara keatas Syria.

Dalam masa yang sama Morsi tidak pula mengusik Perjanjian Camp David. Morsi tidak pula memutuskan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel.  Dasar ini  bukan hanya memeranjat dunia malah  anak-anak muda    Mesir melihat bahawa Revolusi Pertama mereka telah dibajak. Lalu mereka menubuhkan gerakan anak muda yang dipanggil Tamarrod. (TT) - bersambung



 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
daalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon: 03-92-21-1045

-----------

PENCERAHAN TAMAROD



TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA


 TAMAROD DAN TENTERA
TT, lu baca petikan rencana di bawah. Lu masih percaya ka yang Tamarod ini bukan gerakan yang dirancang oleh Tentera Mesir sendiri? Soalannya: Kenapa Tamarod menjemput tentera untuk masuk campur, malahan menganggap bahawa campurtangan tentera adalah suatu "kejayaan"?

 Baca petikan ini: "In the lead up to the protests, one Tamarod organizer, Hazem el-Zohery, said in an interview that he would consider it a “success” if the Army intervened". Baca pula petikan ini di mana terdapat keraguan di kalangan aktivis muda dengan "roadmap" yang diajukan oleh tentera di mana pemerintahan transisisi dipenuhi oleh pegawai-pegawai tentera (a council made up largely of military men) 

"In private, some of the activists working alongside Tamarod have whispered about the military’s potential connection to their new movement. When Tamarod’s leaders held a meeting with a newly formed “June 30” opposition front to unveil their road map for Egypt’s future—which included a transitional government with on BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI
Anonymous
on 7/9/13

PUTAR BELIT MACAM AUTA
TT sebagai bekas tahanan tanpa bicara ISA pun nampaknya menyokong Tamarod yang menyokong tentera yang menahan Mursi dan pemimpin2 Ikhwan tanpa bicara! Nampak sangat yang analisa TT dah semakin bercelaru dan berbelit-belit macam auta UMNO! 

Kalau Tamarod ni betul2 jujur, sepatutnya Tamarod tuntut tentera untuk bebaskan Mursi dan pemimpin kanan Ikhwan daripada tahanan! Kenapa Mursi dan pemimpin2 Ikhwan masih ditahan tanpa sebarang perbicaraan? Inikah Tamarod yang disokong oleh TT? 

Memperjuangkan revolusi konon! Kalau betol2 revolusioner, tuntut tentera bebaskan Mursi dan pemimpin2 kanan Ikhwan! Kenapa tak ada seorang pun pemimpin Tamarod menuntut pembebasan tahanan tanpa bicara yang dilakukan oleh Tentera Mesir ini? on BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI
Anonymous
on 7/9/13

PILIHANRAYA YANG ADIL
TT ni dah buat perangai UMNO. banyak AUTA dan MENIPU. Tamarod ni gerakan yang telah disusup masuk oleh agen-agen tentera mesir untuk gulingkan kerajaan ikhwan yang telah DIPILIH secara DEMOKRATIK melalui PILIHANRAYA YANG ADIL. Jangan kelentong la TT. Apa bajak-bajak? 

Siapa yang bajak? Yang sebenarnya dibajak adalah demokrasi bila Tamarod menyokong tentera dan menjemput tentera kembali ke pentas politik! Baca wawancara ini TT. Tengok apa leader Tamarod cakap. Ini petikan sebahagiannya:

 Q. Does that exclude the military or those affiliated to the Islamist parties from the next government? A. As I said, the main criterion will be competence. Whoever this prime minister was, if he is competent, then that is fine. 

Nampak TT? Tamarod ni tak kisah walaupun Tentera Mesir yg merupakan talibarut Amerika dan Israel memimpin Mesir! Baca penuh wawancara di sini TT: http://www.aawsat.net/2013/07/article55308770 Analisa TT dah tumpul dan banyak salah! Malaysian Durian tak jadi-jadi. on BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI
Anonymous

on 7/9/13



---------

JANGAN BUAT TAK FAHAM



NGO  JAKARTA
TUNGGU PELUANG

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - PR mempersoalkan tindakan kerajaan melantik beberapa bekas menteri sebagai penasihat kepada kementerian dan juga diserapkan semula sebagai anggota Kabinet.


Penasihat kementerian: Apa rasional lantik bekas menteri

Salmiyah Harun09 Jul 2013
KUALA LUMPUR:Pakatan Rakyat mempertikaikan pelantikan beberapa bekas menteri sebagai penasihat di kementerian yang diberi jawatan sama taraf dengan menteri.



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK KAN TAK FAHAM....kah kah kah..

kah kah kah...TAK KAN TAK SEDAR.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU RAIS YATIM TAK DI LANTIK....ROBENAH AKAN SAMPAI.... kah kah kah..

kah  kah kah...PERLANTIKAN ITU UNTUK SELAMAT DARI KES ROGOL.... kah kahj kah

NOTA
jawatan ini 
sampai rais yatim mati
kalau tidak
 ngo di jakarta akan bertindak
kah kah kah



------------

UCAPAN SELAMAT BERPUASA


KENYATAAN MEDIA
10 JULAI 2013


Alhamdulillah, dengan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini. Saya dan Azizah mengambil kesempatan ini mewakili keluarga dan seluruh kepimpinan KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem 1434H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Ramadhan adalah bulan pembersihan dan penyucian jiwa dan Allah memberi ruang secukupnya untuk kita memanfaatkannya. Justeru wajarlah digunakan segenap masa sebaiknya agar Ramadhan benar-benar memberi makna kepada kita semua.

Akhir sekali, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kuatkan iltizam, istiqamah dalam perjuangan, lipatgandakan amalan dan teruskan berdoa untuk keselamatan saudara-saudara Islam kita di Palestin, Syria dan Mesir.


 ANWAR IBRAHIM

 AZIZAH WAN ISMAIL

----------



SELAMAT BERPUASA - HARI PERTAMA


BERSAHUR
DI RESTORAN TIKUS
JAM 3:00 PAGI

IKAN GORENG
SAYUR BAYAM
UBI KENTANG
IKAN GORENG
SAMBAL TERONG
dan dan
PETAI
RESTORAN TIKUS
sila cari dimana agaknya
satu ketika dahulu jika makan
dalam restoran ini
pasti akan nampak tikus mundar mandir
pasti nampak tikus berlari lari

sekarang telah tidak ada
tetapi namanya masih lagi
restoran tikus

------

SHAHRIZAT JADI LEMBU




KERAJAAN BERADA DALAM KEADAAN SUKAR UNTUK MENGUTIP RM250 JUTA DARI NFC

Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC.

Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini. Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya telah dirampas setakat ini. Beliau juga menerangkan bahawa operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas.

Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini adalah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas). Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah pun diserahkan kepada NFC seperti jawapan Menteri Kewangan di dalam Dewan pada sidang yang lepas, bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan.

Saya tidak menimbulkan isu ini sebelum ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarah-pengarahnya.

 
Jawapan menteri bahawa hanya sekitar RM18 juta aset yang telah dirampas setakat ini dan keputusan untuk menganugerahkan projek ini kepada satu operator baru tanpa pertanggungjawaban terhadap hutang RM250 juta mengesahkan bahawa kerajaan bakal menghadapi kesukaran untuk mengutip baki dana yang dianggarkan sebanyak RM163 juta[1].

Ini adalah kerana sebab-sebab berikut:

1.      NFC sudah tidak lagi beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan going concern. Oleh itu, ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutangnya dan bakal melalui proses muflis
2.      Sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset, termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset
3.      Kerajaan tidak mengenakan jaminan peribadi (personal guarantee) ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu

Saya kesal kerana walaupun kesemua perkara ini telah dibawa ke pengetahuan umum lebih awal, tiada tindakan susulan diambil mengikut desakan yang telah dibuat.

Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan bahawa dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

9 JULAI 2013

-------