KENAPA GIG DI MARANG
DI SERBU?
KENAPA METALLICA
TAK DI SERBU?
XPDC DAKWAH DI KONSERT METALLICA
(20 Ogos 2013)
Bantahan ini bukan bermakna DPPM menghalang hiburan. DPPM menyokong hiburan namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat di negara ini. Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?
Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu. Penganjuran sesuatu program hiburan bukan hanya memandang kepada tarikh-tarikh tertentu seperti bersamaan dengan tarikh kebesaran Islam, malah artis yang ingin diundang juga perlu dinilai sejauh pada latar belakang mereka, lagu-lagu serta konsep lagu yang mereka bawa serta adakah mereka mampu menjadi ikon yang boleh dicontohi pada masyarakat. Selain itu, sejauh mana artis yang diundang mampu mencerminkan budaya positif dan moral yang baik kepada masyarakat.
Sebaiknya dalam situasi dan urutan peristiwa dunia yang melanda seperti tragedi pembunuhan umat Islam di Mesir dan Syria, kerajaan mengambil langkah prihatin dengan mengelakkan program hiburan yang melalaikan masyarakat khususnya umat Islam. Masyarakat seharusnya disedarkan tentang isu-isu yang berlaku disamping menghulurkan sumbangan mahupun doa agar kesejahteraan ummah terjamin.
Sebagai usaha memberikan kesedaran kepada para penonton yang akan membanjiri Stadium Merdeka, DPPM akan mengadakan Ekspedisi Dakwah (XPDC Dakwah) semasa konsert ini dijalankan nanti.
XPDC ini dijangka akan bermula pada pukul 6 petang di perkarangan Stadium Merdeka. DPPM juga mempelawa anak-anak muda untuk bersama menyertai XPDC Dakwah ini.
Sekian, wassalam.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------