Isnin, 14 Oktober 2013

LEBAI AL-MONGOLI MULA BERSABDA


Kedaulatan Islam terus jadi keutamaan, kata Najib

Malaysia, sebagai negara yang memaktubkan Islam sebagai agama negara, tetap istiqamah dalam mendaulatkan kedudukan... SE

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BILA MAT MONGOL CAKAP HAL ISLAM... kah kah kah..

kah kah kah... VINCENT TAN AKAN BACA TAHLIL... kah kah kah..

kah kah kah... BILA MAT MONGOL CAKAP HAL ISLAM... kah kah kah...

kah kah kah...ANAK LIM GOH TONG NAIK HAJI... kah kah kah


--------

SELAMAT HARI RAYA HAJI



UCAPAN DARI
TIM TUKAR TIUB

TIM TUKAR TIUB
ucapkan selamat hari raya haji
jangan makan daging terlalu banyak
jangan minum air tapai banyak sangat

SELAMAT PULANG KE KAMPONG
pandu hati hati

------

BACA SURAH INI DULU












THE  EMPIRE OF UNITES STATES of AMERICA

The US army has extended its military might to every continent except Antarctica. A Pentagon report in 2007 said there that while thirty-nine countries host only one military base, one hundred and forty countries contain more than one.. According to another report prepared by the Congress, the total number of the overseas bases is eight hundred and fifty. Including the bases within the US, the total number of military bases reaches 5300. ( dipetik dari World Bulletin)

Saya telah menulis tentang kekuatan bala tentera Amerika Syarikat. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Amerika Syarikat kini adalah satu Empire yang memiliki koloni atau tanah jajahan diserata pelusuk dunia. Amerika hari ini telah   menjadi kuasa dunia yang mutlak. Berakhirnya Perang Dingin – Amerika muncul sebagai satu kuasa dunia – dunia tidak lagi terbagi kepada dua. Hanya satu untuk Amerika.

Pada hari ini terdapat 850 pengkalan tentera Amerika di 140 buah negara dalam dunia ini. Jika dicampurkan dengan pengkalan dalam negeri maka hari ini  Empire Amerika memiliki 5300 pengkalan tentera – udara, laut dan darat. Waspada,  ini belum termasuk  pengkalan-pengkalan senjata nuklear yang masih dirahsiakan kedudukannya.

Bala tentera ini dipasang berselirat diserata pelusuk dunia hanya dengan satu tujuan. Soldadu dan pengkalan tentera ini akan memastikan kepentingan ekonomi Amerika akan dijaga. Kepentingan ekonomi Amerika TIDAK akan diganggu gugat. Bala tentera ini  akan mengawal keselamatan bahan-bahan mentah dari serata dunia untuk masuk ke Amerika.

Bala tentera ini akan memastikan telaga minyak, telaga gas dan  segala macam lombong logam akan terus beroperasi untuk perjalanan sistem ekonomi kapitalis bukan sahaja di Amerika tetapi untuk seluruh dunia.  Tentera dan soldadu ini juga memastikan pelaburan Amerika – bank, syarikat insuran, Koka Kola,  Mek Dogal,  Kentuki Fried Fak dan  juga  saham-saham pemodal Amerika di bursa saham  diseluruh dunia akan selamat membawa keuntungan.

Satu lagi tugas bala tentera Amerika ini – samalah saperti peranan penjajah British di Tanah Melayu dahulu – untuk memastikan ‘ running dogs atau budak suruhan’ mereka akan selamat dari dihumbankan  oleh gerakan rakyat. Rejim tempatan yang berkiblat ke Rumah Puteh akan dipupuk dan  dibajai.

Rejim tempatan amat jarang mendapat sokongan majoriti rakyat saperti rejim Najib Razak yang hanya mendapat 47% sokongan rakyat. Rejim saperti ini akan dibela dan  beri kelengkapan senjata terbaru. Pakistan ,  Kuwait, Turkey, Saudi, Israel, Indonesia, Mesir semua mendapat bantuan senjata dari Amerika. Rejim-rejim ini pula akan memasti kepentingan ekonomi kaum pemodal Amerika dan antarabangsa   selamat dikawal rapi.

Tanah-tanah jajahan ini akan  menjadi sumber galian dan bahan mentah yang amat-amat diperlukan untuk menjana sistem ekonomi kapitalis.  Warga di tanah jajahan akan menjadi sumber buruh. Dalam masa  yang sama  tenaga buruh dan  rakyat ditahan jajahan ini juga akan menjadi pasaran dimana barang konsumer buatan Amerika dan syarikat multinasional  akan dijual. Justeru kita melihat Giant, Tesco, Apple, Shell, Levis dan dan  sedang giat membuat untung dalam negara kita.

Dalam Empire  Amerika jika ada pemimpin sesebuah negara  tidak menunjukkan kesetiaan, atau berani melawan towkay, atau  degil  tidak mengikut arahan atau menggangu pengaliran  keuntungan kaum kapitalis maka Si Polan ini akan dijatuhkan. Patrice Lumumba  nasionalis dari  Congo dibunuh pada tahun 1961. Pada tahun 1965 CIA melakukan rampasan kuasa di Jakarta dan Bung Karno ditangkap. Pekara yang sama  terjadi kepada Salvador Allende dari Chile yang dibunuh pada tahun 1973. Yang berlaku  kepada Saddam Hussein dan Muammar Gaddafy hanyalah pengulangan sejarah.

Mana-mana negara yang cuba bangun merdeka dan tidak mahu mengikut terlunjuk Amerikas akan diserang.  Cuba, Nicaragua, Panama, Afghanistan, Iraq hanyalah contoh-contoh dimana bala tentera dan senjata Amerika telah digunakan untuk mendirikan rejim yang pro-Amerika.

Manakala di Syria dan di Iran – projek untuk menjatuhkan rejim sedang berjalan.  Empire Amerika sedang berkomplot dengan ‘ running dogs’  mereka saperti  negara Saudi dan Qatar  dalam usaha  mendirikan sebuah kerajaan pro-Amerika di Syria dan  di Iran. Semua ini adalah ciri, pola dan perangai sebuah empire – The Empire of United States of America.

Inilah lojik Empire. Lojik ini juga telah dilakukan oleh Empire yang terdahulu dari Empire Amerika. Iskandar Zulkarnain telah merentas Eropah , Afrika hingga ke Asia.  Iskandar telah menawah Selatan Eropah, Mesir, India, Parsi dan Turkey. Akhirnya Empire Greece ini hancur. Kublai Khan  dari Mongolia telah menawan China  hingga ke Eropah. Hakikatnya Kublai Khan telah menakloki  hampir satengah muka bumi ini.   Napoleon dan Hitler juga telah  berjaya menaklok  satengah wilayah dunia.  Ottoman Empire dan British Empire adalah contoh dimana dalam masa kurang lebih  200 tahun empire  bangun dan  gah berdiri – liked the sun never set on the British Empire.

Tetapi sesudah 200 tahun berkuasa  semua Empire ini dari zaman Rome ke Ottoman hingga  ke Empire British – semuanya wafat. Satu demi satu Empire  ini runtuh terkambus dalam sejarah.  Hari ini Empire ini telah meninggalkan bahan sejarah, kitab-kitab kuno, artifek-artifek  untuk jadi bahan kajian sejarah  tamadun dan keilmuan umat manusia.

Pemikir dari Amerika hari ini mendabik dada dengan konsep ‘ American Exceptionalism’ – atau Kelainan Amerika. Para pemikir dan  intelektual kanan  yang menyokong sistem ekonomi kapitalis ini mengajukan satu teori bahawa Empire Amerika  ini berlainan dari Empire Kublai Khan, dari Empire Rome, dari Empire Ottoman atau pun dari British Empire.

“ We are different – kami berlainan  dari  Empire yang terdahulu”. Lalu persoalan timbul:  Betulkah Empire Amerika ini lain dari yang terdahulu? 

Para pemikir Amerika mengajukan kelainan ini berasaskan bahawa  sejarah dan negara Amerika lahir dari revolusi angkat senjata. Amerika menyokong  dan menyebarkan demokrasi, menyokong kebebasan, menyokong hak individu, menyokong kesamaan dan Amerika ialah sebuah Empire yang popular. Berlandaskan asas ini  Empire Amerika pula menyokong dan mengajukan perdaganan bebas - free trade. Inilah asas teori  Americam Exceptionalism atau Kelainan Amerika.

Jika kita membaca teori ini sepintas lalu, atau membacanya sambil lewa mungkin kita akan mengangguk kepala. Tetapi jika dikaji rapi  jelas teori ini samalah saperti hujah:  Mencari Prester John - yang hilang di Asia Afrika.  Mencari  Padri  Mat Salleh yang mistik ini dijadikan alasan oleh para penjajah Kulit Puteh untuk menghalalkan mereka  masuk ke dalam benua Afrika dan Asia  untuk menjarah dan merompak. Atau para kolonialis  datang ke Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membawa pencerahan dan tamadun kepada ‘ orang-orang liar’ yang  telanjang bogel yang sedang berkeliaran tanpa tamadun.

Apa pun tujuan yang cuba dinobatkan. Sama ada untuk mengIslamkan, untuk mengKristiankan, untuk membawa pencerahan, untuk membawa tamadun, untuk menyebar ajaran Tuhan – dibelakang hujah ini ialah mencari harta kekayaan dan keuntungan. Di belakang semua ini  semua pendatang asing datang untuk berniaga.

Tidak ada perbezaan diantara Empire Iskandar Zulkarnain dengan Empire Kublai Khan dari Mongolia. Tidak ada perbezaan antara Empire British dengan Ottoman dengan Empire Amerika yang kita lihat hari ini. Asas dan ciri-ciri yang sama dapat dilihat dari  Istana Nero di Rome ke Istana Baginda Queen hingga ke  Rumah Puteh  di Washington DC.

Semua  Empire memiliki persamaan. Tetapi dalam masa yang sama Empire Amerika ini memang ada satu kelainan.  Di zaman Iskandar Zulkarnain cara dan teknik perhubung  agak sulit. Surat di hantar berbulan-bulan baru dijawab. Bagitu juga di zaman Empire Rome – kesampaian Ceaser ke Iskandariah hanya diketahui di Rome berbulan kemudian.

Alfonso de Albuquerque  datang  menaklok Melaka  6 bulan kemudian satelah mendengar apa yang berlaku keatas  Diogo Lopes de Sequeira. Alfonso wajib menunggu perubahan angin untuk kapal perangmya datang berlayar.

Hari ini  semua ini sepontan. Ketika  Barack Hussein Obama  membuat kenyataan membatalkan lawatannya ke Kuala Lumpur jam 4: 30 petang.  Pada jam 5:00 petang  - satengah jam kemudian -  blok Tukar Tiub telah melaporkan berita ini  untuk bacaan seluruh dunia. 

Apa yang ingin dilakar disini ialah pada ketika ini teknoloji tercanggih telah membantu Empire Amerika untuk menjajah seluruh  dunia.  Teknoloji inilah satu  kelainan  yang amat besar berbanding dengan empire yang terdahulu.  Dengan bantuan teknoloji – pemikir terbaik Amerika telah merancang untuk melakukan pekara yang terjahat. Senjata pemusnah alam telah direka.   Dalam sejarah dunia tidak pernah ada satu kuasa yang  memiliki kekuatan sama saperti yang dimiliki oleh  kekuatan tentera Amerika sekarang.

Jusateru, lawatan Obama  ke Kuala Lumpur itu samalah saperti lawatan Baginda Queen Elizebeth setiap kali adanya Persidangan Komonwealth.  Barack Hussein Obama datang ke Bali dengan tujuan untuk menayangkan diri kepada ‘budak-budak suruhan’  bahawa Empire Amerika akan terus mengambil tahu apa yang sedang berlaku di Asia Tenggra. Dan jangan risau.

Saperti Ceaser di Rome yang datang melawat Iskandariah,  Barack  Obama juga ingin sesekali ingin  melihat tanah jajahan dan mengenal siapakah budak suruhan  yang sedang bertugas di Kuala Lumpur, di Jakarta atau di Bangkok. Sabenarnya semua ini hanyalah untuk media dalam usaha mengolah persetujuan orang ramai  untuk menerima teori  Kelainan Amerika ini membawa kemakmoran kepada  umat manusia.

Empire Rome runtuh, Empire Arab di Sepanyol runtuh, Empire  Napoleon runtuh. Empire Baginda Queen juga runtuh.  Lalu timbul persoalan – Apakah Empire Amerika ini juga akan runtuh?  Sila tunggu minggu hadapan untuk jawapan.  (TT) 

 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03- 92-21-10-45 

----------

MAKAN ADALAH UNTUK SEMUA




PROJEK
 DAPUR JALANAN

PETANG AHAD KELAMRIN
lebih dari 100 warga tanpa tempat tinggal 
datang ke dapur jalanan
di jalan panggung

JAM 6:00 PETANG
makanan percuma mula diberi jam 6:00
sebelum 6:00 petang lagi  ramai
warga tanpa tempat tinggal telah datang beratur

 TERIMA KASEH
petang kelmarin
tim syed shahir bawa nasi goreng
tim anak muda dari ampang bawa nasi goreng daging
tim kill the bill bawa kuah mee kari
pyan habib bawa roti bertelor
tim dari melawatio bawa karipap dan cekodok

DARI BANGSAR
mee rebus
dan karip dri jeff dan yati
juga buah limau
dari minah cun yang malu

TERIMA KASEH
pada semua yang datang membantu

KALAU NAK DERMA MAKANAN
dapur jalanan di jalan panggung
bermula pada jam 6:00 petang
sesiapa yang ingin besedekah makanan
sila hubungi lebih awal
012-664-88-73
TERIMA KASEH PADA PENDERMA
dapur jalanan telah menerima sumbangan
dari ramai hamba allah
yang tidak diketahui
mereka hanya memasukan duit
 ke akoun
dapur jalanan spkl collective
ke bank cimb
14-79-00-00-917-05-1
kepada mereka kami pantunkan
ada upeh ada ragi
kalau boleh nak lagi
kah kah kah
--------



TERNOW - IKUTI TWEET TUKAR TIUB






@ishamrais
sila  ikuti tweet tukar tiub:
@ishamrais

--------

SAEKOR LAGI NAK JADI FREE LOADER




DARI FACE BOOK

Follow · Yesterday · Edited · 

ketika mencemar duli untuk merasmikan majlis Asean Golden Phoenix Award 2013
(Anugerah Tokoh Tokoh Korparat & Usahawan terkemuka peringkat negara negara asia yang dihadhiri wartawan wartawan media dalam negara dan luar negara negara asia) bertempat di Putrajaya International Convention Centre

YA  AMPOOOON
 YA MAULANA 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... YA AMPOOON.... kah kah kah..

kah kah kah..NAMPAK SANGAT RAJA INI KARUT MARUT.... kah kah kah..

kah kah kah..NI SAEKOR LAGI NAK JADI FREE LOADER... kah kah kah..

kah kah kah...TAPI YANG INI OK... kah kah kah..

kah kah kah... NAK JADI RAJA JADI LAAH.,.. TAK HAL... kah kah kah..

kah kah kah.... DIA CARI MAKAN SENDIRI... JUAL MEE REBUS... kah kah kah..

kah kah kah...RAJA  MACAM INI YANG KITA MAHU.... kah kah kah..

kah kah...CARI MAKAN SENDIRI... BUKAN JADI FREE LOADER... kah kah

KAH KAH KAH
mencemar duli
kepala bana apa


----------


AGAMA BANI MELAYU





AGAMA COOL
Di indonesia ada satu agama baru.....namanya church of satan.....konsep nya sama seperti kristien....tapi opposite...yang berbeza hanyalah roti dan darah rohul kudusnya kalau di persembahkan....kristien....roti dengan wine/air anggur....lambang tubuh dan darah nabi isa mati disalib......church of satan tidak menyembah satan tapi mengutuk nabi isa.......sabar....bacalah lagi.....

bila persembahan jamuan suci gereja satan ini berlangsung...tahu apa hidangan nya.......daging bayi dan darah bayi yang mati keguguran.......tahu tak...di indonesia...di kawasan mana kes penguguran bayi yang mencatatkan angka tertinggi seluruh indonesia............PULAU SEWELASI UTARA.....OPPPSS .....SILAP...MAAPPP....PULAU SULAWESI UTARA.......HEHhebehehe...benaran dong bukan dusta.......eh eh...rupanya supply janin ke kerajaan satan orang sewelasi ni ruponyerrr iyerrrr......baru tahuuuuuuu....... on SATU PENCERAHAN DARI PEMBACA
DDKB
on 10/13/13

PERANGAI BANI MELAYU
Org melayu india cina, kalo sebut nama Allah saja sudah cukup untuk membodohkan mereka. Dulu gua ingat melayu jer jadi bodoh piang bila sebut nama Allah ni. La ni tetiba india dgn cina pun sama. Harga minyak naik, ketentuan Allah! Taik palat dia la... kat pejabat2 dan ofis gomen, ketua2 jabatan dan manager2 sumer sibuk memeras tenaga dan membuli pekerja2 bawahan dgn menggunakan nama Allah ini.. 

asal silap cakap dan apa2 tenaga pekerja bawahan diperlukan, mulalah dia masuk jarum dgn bismillah dan apa toya lagi.. padahal pekerja bawahan dah tahu yg mamat pengurus ni hanyalah mandor balaci cukong yg dihantar untuk memeras tenaga pekerja dgn upah paling minimum bagi memaksimakan untung cukong dan perasuah menteri..

 Ada kes gua jumpa, cukong sendiri yg memesan supaya mandor2 menggunakan nama Allah semaksima mungkin jika pekerja bawahan melawan atau menyusahkan kerja2 mandor dan mengganggu keuntungan maksima yang dinikmati mandor dan cukong sendiri!!! Demi Tuhan, gua terkejut beruk bilamana on SHAHRIZAT LEMBU DENGAN LEMBUNYA
Anonymous
on 10/13/13
 KENAPA MELAYU TAK ADA NABI
24 Nabi adalah dari keturunan Yahudi, cuma Nabi Muhamad dari keturunan Arab. Kenapa Tuhan memilih Nabi dari kalangan orang Yahudi aje? Kan Dunia ini setidak-tidaknya lebih dari 6 bilion orang terdiri daripada orang Cina, India, Indonesia dan orang Afrika dan ramai lagi dari orang asal yang berselerak di seantero planet ini, tidakkah terlintas Tuhan mahu melatik Nabi dari kalangan ini bagi mewakili umat sejagat.

Pada peringkat sekular pula lihat PBB ada lima negara mewakili Majlis Keselamatan(MK) dari Cina, AS, Rusia, Peranchis dan Jerman, tiada wakil dari India atau Dunia Arab, Afrika atau Latin Amerika, pun MK tidak mewakili semua negara atau manusia sejagat. Jadi pada peringkat agama pun tiada Nabi yang mewakili semua bangsa dunia, macam dah ada perancangan yang Tuhan tu memilih-milih Nabi dari bangsa tertentu saja untuk mewakili semua bangas di dunia. Adilkah ni? Atau kita tak boleh menyoal perkara ini kerana Allah itu maha mengetahui dan Allah itu lebih memaafkan. on KURSUS TIDAK ILMIAH
Anonymous

on 10/13/13
--------

CEKAI - BAYARLAH



WOIT 
KALAU NAK JADI GENGSTER  BAYARLAH

INI PERANGAI GENGSTER CIPUT
lepas bunuh altantuya - tak nak bayar 
lepas arah bala tarik kenyatan  - tak nak bayar
lepas arah deepak buat kerja - tak nak bayar
kalau bayar duit teksi yang altantuya naik
sampai hari ini kes altantuya tak akan sampai ke paris

WOIT
nak jadi mafia
buat cara mafia
ini perangai  kontrektor bumiputera kelas f
mat bangla dah siap buat kerja
kontrektor cabut lari 
tak nak bayar

KLIP INI 
satu lagi bukti gengster ciput
kalau dah beli undi
bayarlaaa
kah kah kah
--------------

INI PILIHAN APA NAMA NYA?


HINA PEMIMPIN MELAYU
Kemenangan KJ dan Shahrizat bukan kerana “undi popular”, kata blogger Umno
Kemenangan yang diraih oleh Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali (gambar).

INI KEPUTUSAN PEMUDA
    
Ketua Pemuda:

1. Khairy Jamaluddin                                   : 97 undi (115)
2. Syed Rosli Syed Harman                          : 0 undi
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi     : 0 undi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar                        : 0 undi
5. Abd Karim Ali                                          : 0 undi
    
Naib Ketua Pemuda:
1. Khairul Azwan Harun          : 14 undi (64)
2. Mohamad Iruan Zulkefli      : 6 undi (10)
3. Jamawi Jaafar                    : 8 undi (22)
4. Lokman Noor Adam            : 3 undi (4)

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. ADA RIBU RIBU MENGUNDI.... kah kah kah..

kah kah kah..TAPI AKRAMSYAH LANSUNG TAK ADA UNDI... kah ..

kah kah kah..KATA RIBU RIBU MENGUNDI... kah kah kah..

 kah...MUSTAHIL... TAK SEORANG PUN YANG SOKONG... kah..

woit... MUSTAHIL LOKMAN ADAM DAPAT 3 UNDI.... kah kah kah..


Keputusan Naib Ketua Pemuda diumum lepas Aidiladha
KUALA LUMPUR - Keputusan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno akan diketahui selepas Aidiladha berikutan dua calon mendapat keputusan seri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013,  Tajol Rosli Ghazali berkata, susulan itu pihaknya akan membuat kiraan dengan menggunakan kaedah undi popular untuk tentukan kedudukan dua calon tersebut.

"Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, calonnya Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing mendapat 73 undi.

"Jadi kaedah untuk tentukan kedudukan jawatan itu akan ditentukan dengan pengiraan semula jumlah undi berdasarlan undi popular yang diterima mereka," katanya ketika sidang media di bangunan Umno di sini, sebentar tadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...YANG INI LAGI PELIK.... kah kahk kah...

 kah...KENPA NAK KIRA SEKALI LAGI KENA TUNNGU LEPAS RAYA.... kah

kah kah kah...NI MACAM TRIK SPR SAJE... kah kah kah..

kah kah kah...NAK TAMBAH KERTAS UNDI... kah kah kah..

kah kah kah... ATAU NAK KURANGKAN KERTAS UNDI... kah kah kah


        

----------