KE JOLOBAK KE JOLOBO
TUAI PADI TIGA TANGKAI
MEMANG HEBAT ORANG JOLOBO
IDEALOJI TEPAT TERUS KEKAL
MENCARI
AISHAH
Talipon
berdering. Saheh – digagang talipon aku terdengar
suara lelaki yang
bukan dari Kota London. Aku menjawab dalam bahasa Inggeris. Kemudia
lelaki ini beralih ke bahasa Melayu. Kemudian beralih lagi ke lorat Negeri
Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya.
Ketika
panggilan ini sampai itu aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah
Brixton. Panggilan talipon ini datang pada tahun 1991. Ketika itu aku masih lagi anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu
minggu dalam usaha mencari adik Sang Abang. Sebenarnya adik yang dicari bukan nama yang asing dalam radar otak aku.
Dari
hari pertama – malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya pada Mei
1971 – aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis. Satelah Minggu Orientasi selesai aku
mendaftar sebagai anggota Kelab. Ketika aku mendaftar - aku masih dibawah umur
dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum banyak yang aku layari.
Ketika
itu aku bertukang masih belum berupaya mengunakan perkakas Marxis. Hujah aku
masih kelam dan kabut. Hujah yang aku
dirikan tidak teratur dan tidak
tuntas. Rumah yang ingin aku bina bocor
disana ini. Tetapi melalui pembacaan,
mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku
mula mengenal Marxisma sebagai alat
bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas.
Wajib
juga aku terangkan bahawa ketika aku
menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah. Trajedi Mei13 telah berlangsung. Perang Vietnam
sedang mengelora. Paris68 baru selesai. Di Amerika Malcolm X telah dibunuh.
Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger dan Mao sedang mengoncang dunia anak muda.
Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan.
ANTI-PERANG
Malah,
aku berupaya mengikuti Mei68 kota Paris dari akhbar
tempatan. Aku kurang faham tapi tahu dan
sedar apa yang sedang berlaku.
Tahun-tahun 1969/70 – aku telah mula terdengar
nama Daniel Cohn-Bandit, atau Danny The
Red, Tariq Ali, Jean Paul Sartre dan Che Geuvera. Aku juga melihat gambar-gambar
anak mahasiswa yang bangun berevolusi
di kota Paris 1968 melalui majalah Life.
Di
zaman inilah Siti Aisah binte Wahab berlepas ke kota London untuk menjadi anak
mahasiswa di LSE – London School of Economic – tempat John F Keneddy belajar.
Ini sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru. Ini sebelum adanya diskriminasi
positif terhadap yang bukan Melayu. Ini
sebelum wujudnya konsep Bumiputera.
Aku
sama saperti Aishah masuk belajar ke
universiti kerana keupayaan fikrah kami.
Kami masuk universiti BUKAN kerana kami
Melayu. Aishah memenangi biasiswa Colombo Plan kerana dia anak pelajar yang
pintar. Bukan kerana dia Melayu. Melayu dan Islam bukan hitungan.
BALING 1974
Aku wajib memberikan latar ini agar pembaca yang
budiman faham suasana ketika itu. Aku meminta para pembaca memahami ambience politik ke zaman itu. Mungkin para pembaca tidak dapat menghayati 100% suasana ketika itu
tetapi akan sedar akan latar politik ini. Tanpa memahami suasana latar ini maka
kita akan gagal untuk memahami kesah
Aishah. Dan tanpa latar ini kita tidak
berlaku adil terhadap Aishah. Ini
suasana 40 tahun dahulu ketika saya baru berumur 20 tahun.
Kembali
kepada panggilan talipon. Dalam masa
satu minggu yang dijanjikan – aku
pun saperti dialok filem Casablanca – menghubungi ‘the usual suspects’. Aku
menalipon Si Anu dan Si Anu – kawan-kawan aktivis dalam kota London. Bertanya
adalah sesipa yang mengenali Cik Siti
yang sedang dicari. Aku gagal.
Satu
minggu kemudian Sang Abang menalipon aku. Kali ini dengan maklumat bahawa
adiknya pernah tinggal di Brixton. Aduh! Wilayah Brixton adalah wilayah aku –
sama saperti aku mengenali Brickfield hari ini. Aku mengikuti kuliah Asas Seni
di Brixton College. Aku tinggal di
tingkat 7 Southwyck House, Coldhabour
Lane Brixton. Brixton adalah wilayah tempat tinggal aku terakhir sebelum pulang
ke Malaysia pada tahun 1995.
MANGSA PERANG
Kali
ini Sang Abang dengan lorat nogori membuat pengakuan ‘ kito sokampong’ – ertinya Sang Abang dan aku berasal dari Jelebu.
Sebenarnya tanpa menerangkan dirinya dari Jelebu aku sudah tahu siapa
yang dicari. Malah nama Aishah telah aku dengar ketika aku di Universiti Malaya
lagi. Gulungan kiri terutama perempuan
Melayu kiri agak ‘rare’ justeru aku terdengar nama Aishah dari para ‘senior’.
Digagang
talipon aku terangkan kepada Sang Abang - walau pun aku dan Aishah berseliseh di pintu stesen keretaapi bawah
tanah di Brixton – mustahil aku mengenali siapa si Aishah ini. Aku tidak pernah
melihat adik Sang Abang ini. Aku
mendengar kekecewaan digagang talipon. Aku juga kecewa kerana si gadis yang dicari dari kampong aku juga. Mencari
Aishah pada tahun 1991 gagal.
REVOLUSI BUDAYA
Tahun
kedua aku di UM aku mula kenal baik
dengan arwah Kakak Sabariah. Pernah Si Arwah ini bersurah - ketika bersama Syed Husin di
London mereka pernah menjadi tamu Chairman Ara.
Mengikut perawi saheh ini
Chairman Ara duduk di kerusi
‘Archie Bunker’ dan menyoal Syed Husin. Soalan ini bukan tentang kejantan Syed Husin
kah kah kah. Tetapi tentang garis politik kiri.
Dari
surah Kak Sabariah ini muncul nama Siti Aishah. Ketika surah ini
sampai aku tidak tahu apa itu Brixton. Tetapi apabila Kakak Sabariah
menggambarkan kerusi Archie Bunker ini
maka aku faham suasana pertemuan mereka. Malah aku tersenyum kerana Archie
Bunker ialah satu watak siri komidi tv yang menjadi ikutan dizaman itu.
Tahun
kedua di UM juga , aku telah diberi
kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) – persatuan ini telah diharamkan sama
saperti Kelab Sosialis sesudah Demo Baling 1974. Dari pejabat PMUM aku sering menerima banyak
akhbar dari luar negara. Satu hari aku
menerima majalah New Malayan Youth yang
dialamatkan secara rambang ke SU Agong PMUM. Ini bukan majalah cetak tapi di saikostyle.
Majalah ini keluaran anak mahasiswa
Malaya di United Kingdom.
KUALA LUMPUR 1974
Anak
mahasisawa ini memanggil diri mereka MASS MOVEMENT – Malayan and Singapore Students Movement.
Mazhab ini tidak mengiktiraf Malaysia yang mereka anggap sebagai projek koloni
British. Mereka menggunakan Malaya – ertinya termasuk Singapura. Ini garis politik kaum kiri. Ini juga garis politik
kaum progresif - justeru Dr Buhanuddin
Helmi menyokong garis ini. Hasilnya Presiden parti PAS ini ditangkap
dibawah ISA pada thun 1965 kerana
menentang projek penjajahan Sabah dan Sarawak.
Untuk
aku pada tahun 1973 - majalah New
Malayan Youth ini telah membawa pencerahan.
Penulis majalah ini bertukang dengan menggunakan Marxisma. Aku
menganggap majalah ini menjadi satu pembacaan wajib untuk pencerahan. Isu Perang Vietnam, isu
anti-kolonial, isu Malaya – semua
digarap dengan terang dan jelas. Ahli Kelab Sosialis tertunggu-tunggu akan kesampaian majalah ini. Aku yang ketika
itu tinggal di Blok C-206 Kolej Kelima akan menyebarkan majalah ini untuk
diperpanjangkan.
PARIS 1968
Memang
aku sedar mengikut ajaran Ghazali Shafie -
yang menjadi Zahid Hamidi ketika itu – New Malayan Youth ini satu majalah
bahaya. Ianya mengajukan garis revolusi. Majalah ini menyokong garis perang bersenjata Parti Komunis
Malaya. Ianya menyokong gerakan Naxalite
di India. Malah tanpa segan silu di
kulit majalah ini tertera : Long Live Malayan Communist Party. Long Live Charu
Mazumdar. Long Live Mao Zedong. Aku masih ingat lagi beberapa isi tulisan majalah
ini. Aku mula mengenal nama-nama yang muncul dalam majalah ini. Siapa mereka
satu kesah yang lain.
Satelah
membaca 4 atau 5 keluaran majalah New Malayan Youth aku pun menulis surat kepada New Malayan Youth c/o NUS –
Malet Street London. Aku menghantar aerogram – harganya pada ketika itu agak mahal
untul aku – 25sen. Isinya adalah satu pekara yang TIDAK pernah berganjak dari garis
perjuangan hidup aku.
Pekara
yang aku tulis kepada New Malayan Youth 40 tahun dahulu telah juga aku sampaikan
kepada Wong Tuck dari Himpunan Hijau, kepada Maria Chin dari Bersih, kepada Mas
Jaliza dari CiJ dan kepada banyak NGO di Malaysia. Aku pernah secara terbuka dalam forum menerangkan bahawa kegagalan perubahan berlaku di
Malaysia ini ialah kerana TIDAK menggunakan
Bahasa Melayu sebagai alat berhubung.
BRIXTON
Selagi
Bahasa Melayu/Malaysia tidak digunakan untuk
menyebar propaganda kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda maka TIDAK
akan berlaku apa-apa perubahan di Malaysia. Malah aku telah menulis dan menerangkan secara
teoritikal bahawa Bahasa Melayu ini BUKAN
bahasa kebangsaan tetapi bahasa stratejik untuk perubahan.
Mungkin
ada yang akan bertanya apakah semua yang
aku tulis ini betul. Disini aku berani
menyatakan bahawa semua ingatan ini
masih cerah dalam kepala aku. Ingatan dan
nama-nama inilah yang menjadi rujukan aku ketika
wartawan Dean Nelson dari akhbar Daily
Telegraph datang menemu bual pada malam Ahad 22 haribulan November
lalu.
Tanpa
ingatan dari kepala aku tidak mungkin wartawan akhbar London ini dapat
memecahkan misteri siapakah dia perempuan Malaysia – the Malaysia woman – yang
telah dikatakan menjadi ‘ hamba’ selama 30 dalam kota London. Polis Britain telah melarang nama perempuan
ini diumumkan. Ingtaan akulah yang memecahkan berita ini untuk pengetahun dunia. ( TT) ( bersambung )
NOTA
untuk memahami lagi tulisan ini
sila google semua nama-nama
yang telah ditulis
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul talipon:
03-92-21-1045
YANG INI FLET GUA DI LONDON
tempat terkencing lagi dikenang
ini kan pula tempat terpancut
-----------