MELIHAT
KEMBALI PRU13
PRU13
telah selesai. Pakatan Rakyat telah menang dengan mendapat 52% jumlah undi
popular. Tetapi melalui penipuan, melalui
sistem pemilihan yang tidak adil
United Malays National Organisation telah merampas kuasa dari 52% rakyat
Malaysia. Dengan penipuan yang dirancang oleh SPR parti Ketuanan Melayu berjaya
mendapat 47% jumlah undi. Bayangkan jika tidak ada penipuan? Bayangkan jika PRU
dilakukan dengan bersih, telus dan adil.
Tanpa penipuan parti Ketuanan Melayu ini
pasti telah lama rahai.
Tetapi
persoalan yang terus muncul - dimana
penipuan berlaku? Mana bukti-bukti saheh? Tunjukkan bukti? Kenyataan dan ucapan pertanyaan saperti ini selalu kita
dengar dari penyokong United Malays
National Organisation. Malah penyokong dan simpatisan Pakatan Rakyat juga ada
yang sama bertanya.
Tulisan – melihat kembali - ini
akan cuba menerangkan bagaimana penipuan berlaku dan siapa yang
melakukannya. Adalah penting untuk kita semua memahami bagaimana secara licik penipuan telah berjalan. Silap
mata ini berlaku dihadapan mata kita. Kita wajib memahami bagaimana silap mata
ini dijalankan. Memang licik - memang dirancang justeru kita wajib mengumpul
pengalaman memahami silap mata ini untuk dijadikan ilmu agar kita dapat mara ke PRU14.
Saya
ingin membawa para pembaca mengingati kembali 1 minggu sebelum hari membuang undi. Berita dari laman-laman berita yang anti-kerajaan mula melaporkan tentang ‘orang-orang asing’ telah
mula diterbangkan dari Sabah ke Semenanjung. Ingat atau tidak berita ini? Kita sedang hangat-hangat berkempen tetiba
berita ini pecah.
Semuanya
bermula apabila laman-laman anti-United
Malays National Organisation mula menerima ‘maklumat dari dalam’ tetang
rancangan membawa masuk pengundi hantu. Pengundi hantu dikatakan akan
diterbangkan dari Sabah dan Sarawak. Laman-laman ini membocorkan number penerbangan
, dimana akan berlabuh dan nama-nama penumpang pun ada disenarikan sama.
Nama-nama bakal pengundi yang
pelik-pelik ini dapat kita baca dari laman-laman ini.
Malah Pejabat Empower di Petaling Jaya yang menjadi
pusat Bersih telah dilawati oleh seorang Pemandu Kapal Terbang yang mengaku
bersimpati dengan Pakatan. Si Pemandu ini dengan mengigil dan ketakutan ini telah membocorkan jumlah dan nama-nama penumpang dari Sabah. Tapi Si
Pemandu ini takut dan enggan mengenalkan nama dan diri. Malah enggan membuat
kenyataan secara terbuka.
Pada
3 Mei Borneo Post telah menafikan wujudkan penerbangn khas ini. Berita Boeing
747 mengambil pengundi hantu dari Kuching dan Kota Kinabalu untuk dihantar ke
Semenanjung telah dinafikan. Penafian ini muncul kerana Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya telah menimbulkan pekara
pengundi hantu ini. Anwar telah menghebohkan berita ini untuk pengetahuan umum.
Berita
ini ‘dibaca’ semakin saheh dan boleh
diyakini apabila Setiausha Agong United Malays National Organisation Tengku
Adnan pada 2 Mei telah membuat kenyatan bahawa
yang mengeluarkan belanja tiket kapal terbang itu adalah Si Polan dan Si
Polan yang bersimpati dengan parti Ketuanan
Melayu. Parti Ketuanan Melayu berbangga
kerana mendapat sokongan dari ‘penyokong yang kaya’. Kenyatan Tengku Adnan ini
disambut pula esoknya oleh SPR yang mengatakan bahawa bukan satu kesalahan
membelikan tiket untuk membawa bakal pengundi pulang mengundi. Sah ada Pengudi diterbangkan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.
Tidak
cukup dengan kenyataan Tengku Adnan, tidak memadai dengan kenytaan SPR - negara digemparkan dengan penangkapan tuan pengendali sebuah laman internet. Laman ini dikatan telah mengeluarkan
nama-nama penumpang dari Sabah yang
dikatakan bakal menjadi Pengundi Hantu di Semenanjung. Pengendali laman ini
masuk rumah pasong untuk ditahan. Lagi berita saheh tentang Pengundi Hantu.
Kenyataan
dan berita berita telah memaksa Bersih dan
beberapa Ngo untuk mengadakan mesyurat tergempar tentang isu ini. Satu perjumpaan
Ngo dan aktivis bersama Pemimpin Pakatan
telah diadakan pada minggu yang sama di Hotel Armada Petaling Jaya. Akhirnya satu pasukan motosikal NGO dan Aktivis Pas telah bersetuju untuk
mengawal ‘gerak geri ganjil’ dilapangan
terbang KLIA dan Subang dan LCCT.
Apa
sahaja gerak geri ganjil ini akan dilaporkan kepada Bersih. Dikatakan bahawa
‘pengundi hantu ‘ ini keluar dipintu ‘kargo’ bukan dipintu biasa. Maka pintu-pintu
keluar ini akan dijaga oleh aktivis PAS yang bermotosikal. Bas-bas yang keluar masuk dalam lapangan
terbang akan diekori.
Maka
munculkan berita bagaimana adanya bas membawa ‘pengundi hantu’ yang diekori
dari Subang. Tetapi bas ini terus keluar dan meluncur untuk menghilangkan
diri ke kawasan pendalaman. Malah muncul
juga berita bagaimana adanya kapalterbang yang mendarat dilapangan terbang
kecil.
Jumlah
40,000 Orang Pengundi Hantu telah diwar-warkan dan terus disebut-sebut. Berita
ini menjadi ombak dalam suasana PRU13
yang bagitu panas. Akhirnya Datuk Ambiga
Pengerusi Bersih telah membuat kenyataan. Datuk Ambiga telah
berkata - 40,000 ini boleh mengubah keputusan
pilihanraya.
Betul
kah semua ini? Apa yang saya tulis
diatas memang telah berlaku. Kali ini saya membawa para pembaca dan penyokong
Pakatan untuk melihat kembali kes 40,000 Pengundi Hantu. Ini penting untuk
Pakatan melihat apa yang telah berlaku
sebagai pengalaman untuk dijadikan ilmu pengetahuan.
Pada
masa sekarang saya amat bagitu yakin 40,000 Pengudi Hantu ini hanyalah
‘decoy’- Decoy ialah mengalih
pandangan. Justeru 40,000 Bangla ini hanyalah
umpan. Semua
ini adalah sebahagian dari satu perancangan licik SPR untuk mengabui mata orang ramai.
Pengundi Hantu Bangla ini dijadikan ajenda
besar. Malah disahehkan ianya wujud. Justeru berita 40,000 Bangla ini sengaja
diheboh heboh satu minggu sebelum pegundian berjalan. Berita ini menjadi ‘decoy’.
Ini adalah satu rancangan tipu helah untuk menutup penipuan yang lebih besar.
Apabila seluruh negara heboh dengan 40,000 Pengudi Hantu, SPR secara
senyap-senyap telah merancang bukan dengan 20,000 bukan dengan 100,000 tetapi
dengan 240,000 Pengundi Awal.
Pengundi
Awal inilah pengundi hantu yang sebenarnya dalam PRU13. Dengan perancangan licik - 240,000 Pengundi Awal telah dibenar mengundi
lebih awal kerana mereka dikatakan bekerja pada hari mengundi. Sistem Pengundi
Awal ini dimulakan dalam PRU13. Sistem Pengundi Awal ini diterima pakai kerana
adanya penggunaan dakwat kekal. Sistem dakwat kekal ini juga diperkenalkan kali pertama dalam PRU13.
Dengan
adanya dakwat kekal maka jari 240,000 Pengundi Awal akan dilihat hitam. Jari yang berdakwat akan dilarang mengundi. Bunyinya cukup selamat.
Sistem dakwat kekal ini amat menyakin. Tetapi
dibelakang sistem dakwat kekal ini wujud
satu lagi perancangan yang lebih licik.
Dakwat
kekal ini memang dirancang untuk TIDAK
kekal. Ini untuk membolehkan 240,000 Pengundi Awal berpelung untuk mengundi
sekali lagi. Sebenarnya Pengundi Awal inilah
yang memenangkan United Malays National Organisation. Pengundi Awal menjadi
tulang belakang untuk menipu dan membolehkan United Malays National
Organisation mendapat 47% undi. Seramai 240,000 Pengundi Awal ini adalah
pekerja SPR yang telah dilatih oleh SPR untuk menjalankan projek PRU13.
Apa
makna 40,000 Si Bangla Pengundi Hantu?
Pengundi
Hantu Bangla memang wujud. Kita melihat klip-klip dalam YouTube tentang
beberapa Orang Asing yang datang dengan Polis untuk mengundi. Mereka ini
dihalang. Ada yang ditangkap.
Lalu
persolaan timbul kenapa Pengundi asing ini datang dengan Polis? Jelas ini juga
sebahagian dari ‘decoy’. Pengudi Asing
ini sengaja datang dengan Polis agar orang ramai akan kelihatan ‘berjaya’
menghalang mereka. Pekerja dan penyokong Pakatan akan merasa puas hati jika
dapat menahan Pengundi Asing. Sayangnya Pengundi Asing yang datang dengan Polis
ini hanyalah ‘decoy’ untuk mengkaburi Pengundi Awal yang datang berkali-kali
mengundi.
Sila
ingatkan kembali negara mana yang pertama dilawati Najib sesudah PRU 13? Ingat
atau tidak? Najib telah melawat
Bangladesh. Apa tujuan melawat Bangladesh? Najib bukan makan sireh. Rosmah tidak dapat
bershopping di Dacca. Kenapa Najib
melawat Bangladesh? Jelas, tujuan Najib ialah untuk memperlekeh Pakatan Rakyat
terutama Anwar Ibrahim yang telah membuat kenyatan tentang 40,000 Pengundi
Hantu Bangla.
Kenyataan
menyelar Anwar telah dilakukan oleh Najib
di Dacca dalam sidang akhbar bersama
Sheikh Hasina Perdana Menteri Bangladesh. Menimbulkan isu 40,000 Pengundi
Hantu Bangla di Dacca bertujuan untuk mendapat impak maksimum. Ini dilakukan dengan niat
untuk mendapt laporan media antarabangsa yang meluas kerana hingga ke hari ini
Pakatan Rakyat secara resmi masih belum menerima kemenangan 47% United Malays National Organisation hasil dari
undi tipu.
Najib
bukan hanya membebel tentang 40,000 Bangla ini
di Dacca. Pekara ini telah telah dijadikan modal oleh Najib yang ke hulu
ke hilir membawa cerita 40,000 Bangla.
Kalau Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, Najib dengan 40,000 Bangla.
Melihat
kembali apa yang telah berlaku maka hari
ini kita sedar bagaimana Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, beberapa Ngo termasuk Bersih telah
diperangkap dengan ‘ decoy’ 40,000
Bangla. Hakikatnya United Malays
National Organisation bersama SPR telah berjaya mengkaburi mata orang ramai
dengan 40,000 Bangla. Kita heboh dengan 40,000 Bangla – SPR berjaya membawa
masuk 240,000 Pengundi Awal. Apa yang
telah berlaku ialah pukul tabuh dihulu tapi menyerang di hilir. Maka hendaknya
silap mata SPR ini akan dapat kita
jadikan ilmu. ( TT)
BERSEDIA
DARI SEKARANG
NOTA
tuilsan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN
-------------