Jumaat, 31 Januari 2014

SELAMAT SAMBUT TAHUN BARU




SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN KUDA

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2014

Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak cina. Dalam kebudayaan cina, kuda adalah lambang ketangkasan dan ketekunan dalam hidup yang membawa kepada kebahagiaan.

Kenaikan harga barang, kos sara hidup serta keadaan ekonomi yang lembap amat membebankan rakyat secara keseluruhannya. Shio kuda membawa mesej kepada daya tahan yang kuat, kerja keras serta kesepaduan rakyat untuk terus mara dan menjana perubahan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat Malaysia.

Kesatuan hati dan kesepaduan rakyat ini perlu dijana sebagai Ren Quan atau kuasa rakyat bagi meneruskan agenda reformasi untuk Malaysia.

"In a country well governed, poverty is something to be ashamed of. In a country badly governed, wealth is something to be ashamed of." - Confucius

Justeru tahun baru ini harus menjadi tahun referendum rakyat menolak sistem ekonomi yang tempang dan amalan rasuah yang membarah serta jurang pendapatan yang kian melebar. Yakin lah bahawa kesatuan hati rakyat dalam shio kuda ini mampu untuk memastikan agenda reformasi kekal terlaksana.

Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.

Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

MOHAMED AZMIN ALI

Perutusan Tahun Baru Cina 2014 Daripada ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 30 Januari 2014:

Terus Berjuang Untuk Perubahan Dan Demokrasi

Walaupun kita berada dalam musim sambutan perayaan Tahun Baru Cina, tetapi tahun baru ini penuh dengan pelbagai cabaran. Rakyat perlu menanggung tekanan hidup yang menyeksakan akibat daripada rasuah, salahguna kuasa dan ketidak cekapan Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dalam mengurus ekonomi yang menyebabkan hutang negara bertambah banyak. Tambahan pula, dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan akan menyebabkan kenaikan harga barang yang lebih teruk dan menyebabkan rakyat merana.

Sejak kemerdekaan, hubungan etnik telah sentiasa menjadi mangsa dalam perbalahan politik. Politikus selalu memainkan isu-isu etnik dan agama untuk kepentingan kuasa politik mereka. Mereka gagal mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh rakyat malah menghalang proses demokrasi politik maju ke depan. Ini bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah sebenar rakyat, malah menyebabkan rakyat hilang keyakinan ke atas politik.

Menjejaki tahun 2014, kerajaan BN yang lemah tidak insaf dan belajar daripada kesilapan. Pimpinan kerajaan tidak mempunyai halatuju yang jelas, tiada dasar perubahan yang konkrit malah hanya memperguna pelbagai perhubungan awam dan propaganda untuk menutup kelemahan mereka.

Sebaliknya, pada saat-saat yang kritikal ini, Ketua Pembangkang Parlimen Dato' Seri Anwar Ibrahim telah  mencadangkan agar "menuju ke arah konsensus nasional", dengan harapan melalui kerjasama di antara kerajaan dengan pembangkang, pertikaian dan perbezaan boleh dikurangkan, dan semua anggota boleh bersama-sama memajukan negara.

Walau bagaimanapun, proses perubahan perlu diteruskan. Proses demokrasi sepatutnya bukan hanya terhadd pada mengundi setiap lima tahun sekali. Ia harus dijadikan suatu cara hidup. Hanya dengan penglibatan rakyat yang tinggi dalam proses ini dengan memberi input serta kritikan untuk membina komuniti yang berdaya dan aktif. Hanya dengan terus memantau kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk membuat dasar yang membawa kebaikan untuk masyarakat, masa depan kita baru cerah.

Rakyat tidak boleh hanya bergantung kepada ahli politik atau wakil rakyat untuk menggerakkan perubahan. Tanpa penyertaan rakyat yang aktif dalam politik, ekonomi atau sosial, perubahan tidak akan berlaku. Walaupun matlamat reformasi bukan sesuatu yang mudah dicapai, tetapi kita tidak perlu berasa kecewa, kerana perubahan sosial tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

Perubahan merupakan satu proses mara ke depan seperti larian marathon yang perlu dijalankan dengan ketabahan dan semangat berjuang untuk sampai ke garisan penamat. Mengimbas kembali, dalam perjalanan reformasi ini, masih terdapat ramai rakan seperjuangan yang bersama kita untuk menghadapi cabaran, mencari penyelesaian dan menuju ke arah Malaysia yang aman, adil dan demokrasi.

Dengan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Tionghua. Terus Berjuang Untuk Perubahan Dan Demokrasi


LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang




---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan