Ahad, 5 Januari 2014

CALON KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN




Tawar Diri Sebagai Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Menyedari pelbagai isu khususnya melibatkan kepentingan rakyat dan masa depan demokrasi negara muncul selepas Pilihan Raya Umum ke 13, maka gerakan kepemudaan perlu terus diperkukuh supaya lebih berdaya dan progresif.

Agenda membangun organisasi kepemudaan harus menjadi keutamaan untuk mendorong massa yang lebih progresif bertunjangkan asas pemikiran yang intelek serta prinsip perjuangan yang tercerna daripada nilai - nilai murni masyarakat.

Kesatuan pemikiran dan perjuangan generasi muda hari ini adalah harapan rakyat Malaysia yang tidak pernah surut semangat untuk bersama arus perubahan. Maka KEADILAN harus menerajui usaha ini untuk membangun suatu gerakan kepemudaan yang benar - benar mendepani masalah dan keperitan rakyat.

Oleh yang sedemikian, setelah mendapat kata sepakat dan dorongan teman - teman khususnya anggota Angkatan Muda KEADILAN daripada seluruh negara, saya dengan ini menyatakan hasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun ini.

Semoga hasrat ini terus mendorong cita - cita rakyat untuk melaksanakan agenda reformasi.

Amirudin Shari
Calon Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

-----------

8 ulasan:

  1. Macam ayat pemuda umno je...

    BalasPadam
  2. hahaha dua dua yang menawarkan diri tak bolih pakai, tak berprinsip and the best tak ada telor...kahkahkah...mampossss la PKR.

    BalasPadam
  3. owhh...patut la kebanyakan ahli nampak poyoo... nak pemilihan dah..kah kah kah...masing2 nak tunjuk A..

    BalasPadam
  4. Masih ada muka tak tahu malu dlm PR.. gua ingat ada cita2 nak bunuh diri.. tapi jgn bimbang, dlm PKR ada ramai ahli bongok2 nak undi jadi tok ketua..kahkahkah..

    BalasPadam
  5. ameno ......pkr........sama je.dua-dua species gila kuasa.

    BalasPadam
  6. Ketua amk perak kalah pru senyap terus. Sblm pru bukan main lobi nk kerusi, bila kalah cabut lari. Sama la ketua wanita. Kalah senyap terus. Ni dua dua ahli baru. Hbs org lama kena kick keluar

    BalasPadam
  7. Al Khaf berkata

    Budak ni lebih baik balik Benut , Johor urus Kelapa Saawit keluarga nya Kalau ahli hardcore PKR kat DUN Batu pun dia tak ambil peduli bila dah bergelar YB , ini kan pula nak jadi Ketua AMK - puui puui puui .

    Gua akan kempen supaya budak hingus ni tertiarap guling guluing bersama Azmin Ali dan kuncu kuncu nya di Gombak.

    BalasPadam
  8. Al Khaf berkata

    Budak ni lebih baik balik Benut , Johor urus Kelapa Saawit keluarga nya Kalau ahli hardcore PKR kat DUN Batu pun dia tak ambil peduli bila dah bergelar YB , ini kan pula nak jadi Ketua AMK - puui puui puui .

    Gua akan kempen supaya budak hingus ni tertiarap guling guluing bersama Azmin Ali dan kuncu kuncu nya di Gombak.

    BalasPadam