KE JELOBAK KE JOLOBU
TUAI PADI TIGO TANGKAI
MEMANG HEBAT POMPUAN JOLOBO
IDEALOJI TAK AKAN DI SALAI
DARI JELEBU KE MANCHESTER
Pagi
Khamis 28 November 2013 kota London sedang dibalut musim sejuk. Dari tingkap
hotel aku ternampak ibu, ayah dan kakak sedang menghantar anak-anak ke sekolah.
Mereka semua berbalut gebu. Semua berjalan dengan cepat. Semua dalam kesejukan.
Selesai sarapan aku ingin ke internet.
Cik
Gu Kamar telah menunggu aku di ruang tamu. Dia terus bertanya apakah ada
jawapan dari Tuan Pegawai Polis tentang suratnya. Aku mati akal kerana si Wartawan Martin Evans telah memberi tahu bahawa
dari petang kelmarin hingga ke sebelah malam
tidak ada jawapan dari pihak polis.
“
Kalau tak dapat jumpa... saya akan tunggu... di London...” Kata-kata ini
terhambur dari seorang Kakak yang sedang mencari Adiknya. Bila aku dengar ayat
ini dari mulut Cik Gu Kamar aku menjadi kecut. Dengan segera aku memegang bahu
Cik Gu Kamar dan merayu agar dia bersabar. Sebenarnya aku tak sanggup lagi
duduk dalam kota London yang amat sejuk. Dalam kepala aku ialah Brickfield bukan Victoria Station.
Aku
memujuk Cik Gu Kamar untuk berehat dibilik. Dan aku berjanji jika ada berita
aku akan mengetok pintu bilik. Dia bersetuju. Suasana ini memberikan aku masa untuk melayari internet. Aku menyewa internet hotel
kerana aku kurang arif tentang cara untuk menggunakan internet dibilik. Sewanya
3 pound atau 15 ringgit untuk satu jam.
Sedang
aku berinternet Martin muncul. “ I have
good news...” Inilah bunyi ayat yang aku
tunggu-tunggu. Aku mengetuk pintu bilik Cik Gu Kamar dan memberitahu bahawa
Adiknya Siti Aishah telah bersetuju untuk berjumpa. Cik Gu Kamar macam tak percaya apa yang aku suarakan. Aku
terangkan bahawa berita ini datang dari Pegawai Polis yang telah menalipon
Martin. Aku melihat wajah Cik Gu Kamar masih dalam kesangsian kini bertukar menjadi ceria dan gumbira. Akhirnya dapat juga Sang Kakak bertemu dengan Sang Adik yang telah berpuluh puluh
tahun menghilangkan diri.
Tetiba
aku dapat panggilan talipon dari
Pegawai Diplomat Kedutaan
Malaysia. Mereka meminta Cik Gu Kamar bersedia dalam masa 20 minit. Aku paling gumbira kerana aku rasa apa yang ‘tertangguh’ semenjak
tahun 1991 kini telah selesai. Hutang panggilan talipon dari Abang Siti
Aishah ketika aku menjadi warga Brixton pada tahun 1991 kini langsai. Aku ke internet dan terus
memecah berita di TukarTiub.
Cik
Gu Kamar sudah bersedia. Ditangan Cik Gu Kamar terjenjeng sebuah beg kecil yang dibawa khas dari Jelebu. Aku tahu apa
isi dalam beg itu. Beg ini untuk Siti Aishah. Kereta DC dari Keduataan menjalar
di tepi hotel. Dua Diplomat yang aku kenali
semenjak kelmarin keluar. Kami berjabat tangan. Aku memimpin Cik Gu
Kamar ke pintu kereta.
‘
Cik Hishamuddin tak perlu bersama.... tunggu kami di Pejabat Duta...’ Ayat
akhir dari Nik Aziz Nik Razak Pegawai
Kounselor Kedutaan sebelum mereka beredar membawa Cik Gu Kamar pergi entah ke
mana.
Martin
menalipon dari pejabat Daily Telegraph meminta aku datang ke Pejabat Duta sesudah makan tengan hari. Bila aku
sampai ke Pejabat Duta – Martin telah sedia menunggu. Sebagai wartawan Martin ingin menjadi
pemberita pertama bersoal jawab dengan Cik Gu Kamar. Diplomat
Murid Tua dari MCKK melayan kami dengan Nasi Lemak dan Teh Tarik. Si
Diplomat ini membawa kami melihat-lihat
ruang pejabat. Semua untuk membunuh masa. Martin dan aku menunggu dengan
harapan Cik Gu Kamar akan sampai kembali ke Pejabat Duta sesudah bertemu dengan
Adiknya.
Tunggu
punya tunggu – Si Diplomat menasehatkan agar kami menunggu di hotel. Kami bersetuju. Martin pulang ke pejabat dan
aku terus mengambil keretapi bawah tanah ke Oxford Street. Jalan ini adalah tempat membeli belah paling
ulung di London. Memang sibuk. Memang berasak-asak. Tetapi aku bukan datang
‘bershopping’. Aku ingin the Riding House Street - tempat aku bersekolah - yang tidak jauh dari
Oxford Street. Aku ingin melihat kembali fakulti filem tempat aku belajar dahulu.
Ketika
Cik Gu Kamar dalam kereta dibawa entah
dimana aku menapak jejak jejak lama aku.
Tempat aku belajar. Tempat aku berkerja
sebagai pelayan di Soho. Panggung-panggung
yang selalu aku lawati. Aku juga ke
Piccadilly untuk merasakan aroma sambutan Hari Kelahiran Nabi Isa.
Akhirnya aku ke
China Town untuk mencari Nasi Itik.
Kota
London masih kota London tetapi kini penuh dengan warga dari Eropah Timur. Aku yakin jelas tentang ini kerana hampir kesemua pekerja di
hotel aku menumpang berasal dari
Bulgaria, Rumania atau Poland. Dua puluh
tahun dahulu mereka ini ‘rare’ – kalau dapat kekasih dari Poland – untuk anak muda
pada zaman itu adalah tanda kejayaan. Tetapi bukan ini naratif yang ingin aku kesahkan
Pulang
dari Oxford Street aku merasa amat letih. Tetiba aku mendapat pesan ringkas
dari Nik Aziz. Si Nik ini ada bersama mengiringi Gu Kamar untuk pergi ke tempat yang masih rahsia. SMS dari Nik: Saudara tak perlu tunggu kami.
Kami berjalan jauh. Mungkin pulang jam
2:00 pagi.
Wow!
Kemana agaknya Cik Gu Kamar telah di bawa. Mereka meninggalkan hotel sebelum tengah hari. Kini belum jam 9 malam. Tempat rahsia dimana pertemuan ini berjalan.
Diwilayah mana agaknya Sang Kakak sedang bertemu dengan Si Adik. Aku cuba
berfikir tetapi aku merasa letih dan terus tidor awal.
Esoknya
aku bersendirian di sarapan pagi. Sedang aku menikmati English Breakfast tetiba Cik Gu
Kamar muncul. Aku gumbira kerana inilah masa yang aku aku tunggu-tunggu. Aku
mahu mendengar apa yang telah berlaku kelmarin. Bagaimana Siti Aishah? Dimana
mereka bertemu? Akulah yang menjadi perawai saheh orang pertama mendengar kesah
ini. Lebih awal dari Dean dan Martin.
‘
I regret...maybe I made a mistake..’ Inillah kata-kata yang pertama keluar dari
mulut Cik Gu Kamar pada pagi itu. Aku membesarkan mata. Tidak faham hujung
pangkal.
Sambil
menghirup teh Cik Gu Kamar bersurah tentang apa yang telah berlaku. Dia telah
bertemu dengan adiknya Siti Aishah di satu tempat rahsia. Disatu bangunan memerlukan naik bertangga. Di luar kota
London. Pertemuan disaksikan oleh 10 orang pegawai polis - 8 polis lelaki dan 2
polis perempuan.
Aku
terus bertanya dimana? Cik Gu Kamar - orang Jelebu ini amat cekap. Walau pun
tidak diberitahu tetapi dari tingkap kereta dia ternampak tulisan MANCHESTER di
diarah jalan. Apakah pertemuan berjalan di wilayah Manchester. Aku sendiri tidak
pasti.Tempat pertemuan hingga hari ini masih rahsia. Hah hah.. Dari Jelebu ke
Manchester.
Aku
bertanya apakah ada gambar yang diambil dalamn pertemuan itu? Jawabnya hanya
satu sahaja dari talipon bimbit polis perempuan. Itu pun gambar yang
membelakangi Si Aishah. Ini gambar
bersejarah. Aku rasa Daily Telegraph dan media kota London hingga ke hari masih lagi tercari-cari akan gambar
ini.
Aku
bertanya bagaimana Aishah? Pertanyaan ini seolah-olah aku juga telah mengenali sosok Marxist yang bernama Siti Aishah ini. Kenapa Sang
Kakak menyesal? Apa kesilapan Sang Kakak? Cik Gu Kamar memberitahu bahawa
Adik ‘tidak menayangkan emosi’.
‘I
cried when I met her... she just hold on to me .. maybe just to make me happy..’ Ini kata-kata Cik Gu
Kamar yang tak berani aku terjemahkan kerana aku takut ianya akan membawa
pengertian yang lain. Biarkan ayat-ayat ori ini dirakam untuk sejarah.
Esoknya
Sabtu - pagi kami berangkat pulang. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada
Martin dan kota London. Di Heathrow wartawan Malaysia telah sedia menunggu. Nik
Aziz dari kedutaan juga hadir sama. Dia membantu kami. Kami juga disambut oleh Pegawai MAS dan kami dijemput
diruang tamu untuk sarapan pagi sekali
lagi.
‘ Dia.. agak aggresive..’ ini kata-kata dari
Nik Aziz ketika kami sedang sarapan. Sebenarnya menurut Nik Aziz perjalanan
hampir 6 jam ke tempat yang dituju. Mereka bertukar kereta dua kali untuk tidak
diekori wartawan. Bapak Duta datang sama tapi setengah jalan pusing kembali ke
London. Tempat dituju terlalu jauh. Pak
Duta ada temu janji jam 8:malam.
‘ Cik Gu Kamar agak agresif terhadap Aishah...
saya ada memerhatikan sama dari tempat tersorok...mereka bertemu bukan 40 minit
tapi hampir dua jam...’ Nik membetulkan fakta. Ertinya ada dua orang Diplomat
Malaysia ini telah sama melihat Siti Aishah yang telah tidak menghubungi kaum
keluarga semenjak tahun 1970. Aku mendengar surah dari Nik. Aku juga mendengar
surah dari Cik Gu Kamar. Banyak pekara berligar-ligar dalam kepala aku.
Akhirnya
aku berterima kaseh kepada Nik Aziz dan Pegawai MAS dan terus masuk ke pesawat.
Dalam kepala aku tidak ada apa lagi yang
aku fikirkan. Aku hanya ingin sampai ke Brickfield sekali lagi.
Hari
ini masih ramai yang bertanya: Apakah Siti Aishah ini akan pulang ke Malaysia?
Apakah Aishah ini masih Melayu? Aku tidak dapat memberi jawapan. Aku hanya
mengeluarkan kembali apa yang Cik Gu Kamar katakan kepada aku. Bukan tugas aku untuk menjawab. Buatlah
rumusan sendiri satelah membaca perenggan akhir ini.
Bila
Cik Gu Kamar bertanya tentang Islam
Aishah menjawab ‘ I have lots of Muslim friends in London. There are also
mosques in London...’ Bila ditanya ‘ Do you love me and the family..’. Aishah
menjawab: ‘ Why do you love me... there are many people in the world that you could also love..” (TT)
KE JELOBAK KE JOLOBU
TUAI PADI TIGO TANGKAI
MEMANG HEBAT POMPUAN JOLOBO
IDEALOJI TAK AKAN DI SALAI
NOTA
tulisan ini telag disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45.
-----------
Syabas, ana puas dengan 'drama' ini. Khalas...
BalasPadamni pompuan sudah masuk 'angin' bala ni....kah..kah..kah.
BalasPadamBerpatah arang,berkerat rotan....?
BalasPadamNapelah aisyah ni.. bruntunglah ada org yg kasih pada nya.. tak kiralah berideoloji komunis atau berideoloji kurafat mcm hisham rais ni, jgn la dihancurkan kaseh orang..
BalasPadamDia ni aisyah gani versi haluan kiri......unsong heroin....sham sorang je tau melodi dia......
BalasPadamPenamat yang amat rare... Berbahagialah dikau wahai Aishah...
BalasPadamstraight to hell...the hell is coming...and its yours anal lieser...hahahahaha kahakahakahakakikikiki die mufkrs...die....
BalasPadam