Jumaat, 3 Januari 2014

DEMO PETANG SABTU



BERHIMPUN JAM 2:00
SABTU 4 HARIBULAN
HADAPAN MAJLIS PEGUAM
BERGERAK KE DATARAN MERDEKA

PROTES PENSIL MERAH : KERAJAAN PERLU HENTI GUNA UNDANG-UNDANG UNTUK TUTUP KEPINCANGAN PENTADBIRAN

Susulan penggantungan akhbar The Heat baru-baru ini, sekumpulan pengamal media yang bergerak atas nama Gerakan Media Marah (GERAMM) telah mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman Protes Pensil Merah pada 4 Januari ini sebagai simbolik membantah tindakan kerajaan yang jelas mengekang kebebasan media.

Laporan muka depan The Heat yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan amalan berbelanja secara mewah ini bukan sekadar menyebabkan akhbar tersebut digantung tetapi turut menzahirkan realiti bahawa di saat rakyat sengsara berdepan dengan pelbagai beban kenaikan, pimpinan tertinggi negara masih tegar berbelanja secara mewah dan boros.

Di samping isu kekangan terhadap media yang kelihatan semakin ketara, isu pokok yang sebenarnya cuba ditutup oleh kerajaan adalah kemelut kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari. Tatkala rakyat dihimpit dan dibebankan dengan pelbagai kenaikan, kerajaan dilihat seolah-olah tidak mempedulikan rungutan massa, sebaliknya muncul beberapa anggota kabinet kerajaan yang mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan meremehkan kesengsaraan yang ditanggung rakyat.

Rentetan demonstrasi yang menyaksikan hampir 10 ribu rakyat turun ke jalan raya pada malam menyambut tahun baru 2014 kelmarin, kerajaan seharusnya bertanggungjawab dan menjawab segala persoalan yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya yang menyentuh isu penggunaan dana awam secara boros dan culas.

Pendedahan seumpama yang dilakukan oleh akhbar The Heat dan juga liputan-liputan media lain tentang kecenderungan kerajaan berbelanja secara boros ini perlu dibahas dan didedahkan ke pengetahuan khalayak. Isu ini bukan sekadar berkisar tentang kebebasan media bahkan turut melibatkan kepentingan rakyat terbanyak khususnya pada masa sekarang di mana akses kepada maklumat adalah hak asasi kepada setiap rakyat.

Justeru, saya juga menyokong sepenuhnya Protes Pensil Merah pada 4 Januari ini yang digerakkan oleh GERAMM dan akan turut serta menggerakkan khalayak khususnya anak-anak muda dalam menuntut kebebasan media dan membantah tindakan kerajaan menyalahgunakan undang-undang bertujuan untuk menutup kepincangan mereka dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.
  
AMIRUDIN SHARI
Setiausaha
Majlis Pimpinan KEADILAN
Negeri Selangor

WATAWAN BERDEMO SABTU INI
 


----------

2 ulasan:

  1. Pen merah pen biru...rakyat marah baru tahu....pen merah pen biru....najib rosmah tunggulah you...pen merah pen biru.....rafizi ramli p.m yang baru...pen merah pen biru.....pantang menyerah ayuh bersatu...pen merah pen biru...alang alang marah jom demo uuuuuuuu......habis idea dah...sambunglah kalau berani....hahhahahaha

    BalasPadam