Jumaat, 3 Januari 2014

JAIS BUKAN WAKIL ALLAH






Isu Rampasan Bible oleh JAIS

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyatakan rasa perihatin untuk melihat konflik yang timbul antara JAIS dengan Persatuan Bible Malaysia dapat diselesaikan dengan segera dalam suasana yang harmoni, adil dan jujur. Konflik dan ketegangan yang melanda negara masa kini menampakkan dengan jelas bahawa perhubungan dan persefahaman rakyat Malaysia yang majmuk – pelbagai agama dan etnik – masih berada ditahap meresahkan dan membimbangkan serta perlu kepada usaha penyelesaian yang segera. 

Justeru, KEADILAN menawarkan diri untuk mengambil inisiatif bagi mempertemukan semua pihak yang terlibat duduk dalam satu meja perundingan. Kami berpendapat salah faham, prejudis dalam kalangan sebahagian penganut-penganut agama Islam dan Kristian seperti yang telah berlaku kebelakangan ini boleh diselesaikan secara praktis dan harmoni meskipun terdapat beberapa halangan. 

Amalan tersebut bertepatan dengan perintah Allah (SWT) seperti yang termaktub di dalam al-Qur’an: 

“..Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan keduniaan. Kemudian apabila kamu telah berazam (sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah (SWT), Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” 
(Surah Ali ‘Imran: 159). 

"Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah (berdialog) dengan mereka dengan cara yang lebih baik." 
(Surah An-Nahl : 125)

KEADILAN yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu-isu keagamaan adalah cara yang terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut-penganut agama Islam dan Kristian di negara ini berterusan. Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi. 

Justeru, antara perjuangan utama KEADILAN adalah untuk menjamin kedamaian hidup beragama berasaskan nilai-nilai keadilan sejagat dan juga perlembagaan negara. Bagi mencapai tujuan di atas, KEADILAN sentiasa menganjurkan supaya disuburkan budaya interaktif untuk mewujudkan iklim yang kondusif  ke arah kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

KEADILAN berharap dialog dan perunding yang bakal dianjurkan nanti akan dapat:

Menyuburkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia yang majmuk ke arah Malaysia yang aman dan makmur.

Menyediakan medan sesuai yang bersifat interaktif untuk para peserta saling mengenali sebagai asas komunikasi positif dan bermanfaat untuk masyarakat pelbagai agama.

Mengumpul pandangan secara objektif berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk diusahakan jalan penyelesaian terbaik oleh semua pihak.

KEADILAN berharap semua pihak yang terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang mahu melihat hidup aman dan tolaransi beragama menjadi musnah. Masyarakat berbilang agama di Malaysia selama ini telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur. 

Dr Muhammad NurManuty
KetuaPenerangan PKR

-------------

4 ulasan:

  1. Ntahnya, kita yang tak alim ni pun tahu nak timbang tara milik siapakah Allah itu. Milik semualah bro!!

    Cubalah berlapang dada jangan dok cari salah orang tambah-tambah salah orang bukan Islam. Apalah salahnya nak masukkan dalam bible. Kurang-kurang dapat hidayah Islam paderi tu lebih alim dari pak lah.

    99 beautiful names of Allah. Hanya satu saja yang disimpan jadi rahsia. Takkan yang tu pun orang JAIS nak kena ajar.

    Kami yang kurang ajar ni pun tahu apa sebenarnya kerja orang JAIS kena buat.

    Jabatan Agama dah jadi jabatan politik. Medan melaga-lagakan bangsa dalam ugama. Pencetus kemarahan ayam pencen.

    Yang tidak kenal Allah akan meloncat riuh sekampung konon satu penghinaan pada ugama.

    Yang berlapang dada, jiwa merdeka hanya senyum dengan gelagat Jabatan Ugama yang menari ikut rentak rosmah.

    Banyak kerja lu lagi beb!! Ingat dengan hukum paderi ka apa bala ka, JAIS boleh settle ke dengan isu kalimah Allah ni semua.

    Dangdut macam cendawan tumbuh, kelab malam tak pernah siang, arak tungging terbalik...ada jabatan ugama nak kisah!!

    Kes cerai berai pun pejabat ugama hebat makan rasuah tup-tup sibuk dengan kalimah Allah.

    Kerja dengan kerajaan bukan dengan najib oooiii!! Kerajaan hak rakyat dan rakyat yang bayar gaji. UMNO tumbang pun tuan-tuan masih bekerja malah dibayar gaji sampai mampus..

    Patutnya, ada rasa sama yang najib n the gang wajib digulingkan.

    Kena tanya Allah dulu siapa yang bersalah. Selagi tak kenal diri mana mungkin kenal Allah. Alih-alih jumpa Allah, ada dalam bible. Menyinga JAIS tak tentu pasal.Mana tak marah, bible kenal Allah, dulu dari dia.

    Ater dah Isa pun turun awal dari Muhammad s.a.w.

    Bukankah kita kena mengajak cara hormat pada mereka yang belum dapat hidayah.

    Wajah paderi lebih tenang dari wajah orang-orang dalam JAIS.

    Apapun kita yang jahil ni wajib bersyukur mak dan bapa awal-awal sudah Islam dan melahirkan kita jadi orang melayu Islam.

    Tanda syukur sepatutnya kita bahagia ugama lain berminat mendekati Allah.

    BalasPadam
  2. Itu Gereja kalau sudah berani tunjuk "lancau" kat Melayu kenalah berani tanggung kena "lancau"....kah..kah..kah...

    BalasPadam
  3. Dia begini......kjn selangor tu ibarat sahabat para anbia....jais ni ibarat judas iskariot......dio tu lah amik upah dari rome sampai nabi isa mati di salib.....nama pun JAIS....kan sama tu....JudAs ISkariot......hehehehhehe...dan dan match....hahhaHHa

    BalasPadam
  4. kalau bukan wakil allah....kompom mereka wakil umno lah....kah.....kah.....kah.......tabiat puak ini macam tidak cukup hadis nabi untuk menghentikan penindasan....kah..kah...kah.....

    BalasPadam