Mahasiswa sokong usaha reformasi pentadbiran Kerajaan Negeri
Kuala Lumpur, 29 JANUARI
2014 Peletakan jawatan Ahli Dewan Undang
Negeri Kajang, Lee Chin Cheh dan pencalonan
Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi DUN Kajang mengundang reaksi yang
pelbagai daripada masyarakat awam.
Mahasiswa KEADILAN
berpendapat bahawa pencalonan Anwar Ibrahim adalah langkah yang signifikan
untuk meneruskan usaha reformasi di Negeri Selangor.
Mahasiswa KEADILAN berkongsi
sentimen rakyat Negeri Selangor yang mahu usaha reformasi Kerajaan Negeri
dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah rakyat dibawah. Pentadbiran yang
terbeban dengan birokrasi melampau sehingga menyukarkan urusan rakyat dengan
agensi-agensi Kerajaan Negeri perlu diubah segera supaya pada masa hadapan,
ianya lebih efisien dan cepat.
Kecekapan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) harus terus ditingkatkan untuk menyelesai masalah rakyat seperti
kutipan sampah pukal, lesen perniagaan dan lain-lain. Dasar Kerajaan Negeri
harus lebih prihatin kepada keperluan dan kepentingan rakyat.
Wang simpanan kerajaan negeri
harus diagih sehingga sampai ke rakyat bahawan supaya hasil kekayaan kerajaan
negeri boleh dinikmati oleh semua rakyat Selangor.
Kehadiran Anwar Ibrahim di
Dewan Undangan Negeri Selangor sudah pasti akan merancakkan lagi usaha
reformasi. Sememangnya reformasi sistem adalah agenda utama Parti Keadilan
Rakyat sejak penubuhannya lagi.
Haziq Abdul Aziz
Presiden Mahasiswa Keadilan
Malaysia
-----------
kenyataan mahasiswa? ya ya kenyataan mahasiswa keadilan sahaja, bukan mewakili seluruh mahasiswa. cuba jelaskan kenapa perlu ada anwar dalam selangor baru boleh reform? habis selama pentadbiran kerajaan selangor memang teruk la ke?
BalasPadamsemuanya nk kena ada anwar ke.. bila la nk maju. biar la khalid ibrahim tunjuk bakat dia.. lg pn xder masalahpn kt selangor ni klu azmin tak gila nk jd mb..
BalasPadam