MELIHAT
KEMBALI
Saya
tidak suka menggunakan istilah post-mortem. Ramai kurang sedar istilah ini ini digunakan untuk mayat. Post ertinya sesudah. Mortem ertinya mati.
Apabila dicantumkan menjadi : sesudah mati.
Post-mortem ialah kerja membedah mayat yang telah mati untuk ditemui
sebab musabab kematian. Menemui sebab kematian tetapi TIDAK dapat mayat itu
dihidupkan kembali. Justeru saya menolak konsep ini.
Untuk
saya lebih tepat digunakan istilah: melihat kembali. Istilah melihat kembali dengan penilaian baru. Melihat kembali apa
yang telah berlaku. Memahami apa yang
telah berlalu. Dalam kerja politik melihat kembali amat penting. Dalam kerja
usaha politik melihat kembali memerlukan
sikap berani menggkritik dan telus mengkritik diri. Melihat kekuatan dan memahami kelemahan untuk mara
ke hadapan.
Dalam
membuat kerja politik adalah wajib mengakui kesilapan dalam masa yang sama
menerima kritikan. Aktivis kiri dan kaum
progresif sedunia telah menggunakan pendekatan
melihat kembali dengan kritik dan kritik
diri sebagai alat untuk memperbaiki
taktik dan stratreji. Tidak ada pembaikkan diri tanpa kritikan diri.
Mungkin
ada yang kurang sedar tentang asal usul ilmu pengetahuan. Mungkin ada yang akan melopong bila mendengar
si Anu dan si Anu itu dikatakan berijazah dan berilmu. Suasana ini muncul kerana ramai yang dikatakan ‘ berilmu dan berpengetahuan’ ini sengaja
memperlihatkan angkuh diri dan berlagak
sombong. Angkuh dan sombong ini
dilakukan untuk menyatakan bahawa mereka berilmu. Lagak sombong untuk memberi tahu kepada orang
ramai bahawa bukan senang untuk mendapat
tauliah atau ijazah. Sebenarnya ini
sikap hampeh.
Ilmu
pengetahuan ini sebenarnya ialah
pengumpulan pengalaman. Tidak lebih dari
itu. Semua manusia ini memilki pelbagai
macam jenis ilmu. Kepakaran dalam apa
ilmu bukan kerana telah menerima tauliah dari Agong Kiri
atau Agong Kanan. Sila ambil
pencerahan ini : semua ilmu pengetahuan dalam dunia ini adalah hasil dari
perbuatan manusia. Ilmu ialah pengumpulan pengalaman manusia ketika dalam
membuat kerja.
Ilmu
juga muncul dari bilik makmal. Kajian dan percubaan dalam bilik makmal juga melahirkan
ilmu pengetahuan. Hakikatnya percubaan dalam
makmal itu juga adalah pengumpulan kajian pengalaman manusia.
Bagaimana
pula dengan buku? Bukankah dengan membaca buku kita mendapat ilmu pengetahuan?
Betul.
Tetapi sedarlah, bahawa apa yang tertulis dalam apa sahaja jenis buku
ialah pengumpulan pengalaman manusia. Si
Penulis buku ini secara tersusun dan atau secara ilmiah telah menulis dan merakamkan
pengalaman manusia yang menjadi isi kajian buku tersebut. Ini mungkin
pengalaman pribadi, pengalaman kelompok atau pengalaman satu gerakan parti politik atau pengumpulan kajian
dalam bilik makmal.
Saya
membuat mukadimah ini dengan tujuan agar satu proses melihat kembali PRU13
dilakukan. Melihat kembali ini bukan
hanya oleh pemimpin parti tetapi oleh
para pekerja parti dan aktivis sendiri. Dalam PRU13 saya terlibat – justeru
kini saya akan menuliskan secara sedar
untuk melihat kembali apa yang telah berlaku agar ianya dapat dijadikan ilmu
pengetahuan. Melihat dan mengumpul
kembali pengalaman PRU13 sebagai ilmu pengetahuan untuk PRU14.
Apa
yang telah saya dengar berlaku ketika
PRU13 berjalan bukan semuanya fakta.
Banyak juga cerita bohong dan desas
desus. Saheh atau desas desus tidak
penting. Dalam kerja politik yang berdesas desus juga akan mempengaruhi bakal
pengundi. Justeru, mendengar desas desus
juga adalah mengumpul pengalaman dalam proses melihat kembali PRU13. Mengumpulkan
pengalaman ini bertujuan untuk dijadikan ilmu.
Pekara
yang amat menonjol dalam PRU13 ialah gagalnya pemimpin politik dalam Pakatan
Rakyat untuk memahami tentang asas ekonomi.
Huh hah huh hah berceramah memang satu kerja politik tetapi jika tidak memahami
asas ekonomi maka kerja berceramah itu hanya berpeluh dan membuang masa.
Mengetahui ekonomi ini adalah asas yang paling asas. Kita tidak perlu membaca kitab ekonomi yang tebal-tebal
atau mencari nama yang ejaanya susah musah. Tak perlu rujuk Adam Smith, Karl
Marx atau Paul Krugman.
Asas
politik ialah ekonomi. Berpolitik ialah berjuang untuk mengambil kuasa. Kuasa
diambil untuk dapat memiliki ekonomi. Contoh
yang jelas - Rosmah ada kuasa maka Rosmah berupaya memberikan 110 juta ringgit
kepada anaknya untuk membeli sebuah
kondo – NOTA: sebuah kondo bukan satu blok kondo. Ismail Sabri berkuasa maka
dia boleh melakukan kenduri kedara 3 hari tiga malam kerana dia ada kekuasan
ekonomi yang dimilikinya. Kuasa ekonomi
yang dimiliki oleh Rosmah dan Ismail Sabri datang melalui kuasa politik.
Ekonomi
dan politik tidak dapat dipisah. Kita berpolitik kerana ekonomi. Tujuan untuk
ke Putrajaya ialah untuk merampas kuasa. Contohnya : Najib menggulingkan kerajaan Nizar di Perak untuk
merampas kuasa. Dengan kuasa maka harta kekayan di Perak boleh dimiliki kembali
oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Bagitu juga – Pakatan Rakyat - berjuang untuk
menggulingkan United Malays National Organisation – untuk berkuasa di
Putrajaya. Bila ada kuasa maka ekonomi Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat. Bila kuasa dalam tangan – cara acuan ekonomi Pakatan yang akan menjana
Malaysia.
Justeru,
dalam kempen dan ceramah ajenda ekonomi wajib dikupas dengan tuntas. Memang betul - berat badan Rosmah memang enak untuk
dijadikan bahan ceramah. Tetapi isi
penting dalam ceramah politik masih lagi
perjalanan ekonomi negara. Menunjukkan
keburukan United Malays National Organisation tidak salah tetapi Pakatan juga
wajib memaparkan secara jelas masa depan
negara kepada pengundi. Masa depan dan ekonomi sosok yang akan mengundi
itu amat penting diyakinkan.
Dalam
PRU13 dahulu – dilihat jelas sokongan rakyat. Sokongan ini terbukti betul.
Pakatan mendapat 52% undi rakyat. Tetapi gagal meneraju Putrajaya. Kenapa gagal
walau pun telah mendapat undi majoriti?
Satu
jawapan yang jelas perlu diterangkan kepada semua pennyokong Pakatan.
Penerangan itu wajib dilakukan kelmarin.
Saya lihat ini TIDAK berlaku. Tidak ada penerangan yang tuntas
kenapa majoriti 52% telah dimiliki
tetapi masih TIDAK berkuasa.
Jawapan
yang tuntas kepada 52% pengundi pastilah
sistem pilihanraya di Malaysia tidak adil. Sistem pemilihan dalam
negara ini telah dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation
terus berkuasa. Yang wajib diterangkan ialah SISTEM pemilihan.
Sayangnya,
saya perhatikan pemahamam tentang SISTEM PRU ini tidak difahami secara tuntas
oleh pemimpin parti, pekerja parti dan juga aktivis parti. Dalam masa yang sama saya juga yakin ramai
pemimpin parti terutama yang memiliki DNA United Malays National Organiisation
tahu dan sedar bahawa sistem inilah yang membolehkan Parti Ketuanan Melayu terus berkuasa. Mereka
yang memiliki DNA Ketuanan Melayu ini bukan sahaja sedar malah satu ketika dahulu mereka membuat
perancangan bersama SPR untuk memastikan
gerakan rakyat tidak mungkin maju dan ampoh. Seharusnya mereka wajib
bersuara atau mereka ini sedang mengeram?
Memasuki
PRU14 tanpa memahami sistem PRU yang diwujudkankan oleh SPR samalah saperti menyeberang
padang Pasir Sahara tanpa bekalan air. Atau
berkereta dari Kuala Lumpur ke
Bukit Kayu Hitam tanpa minyak petrol. Atau ingin ke Mekah tetapi tidak ada
paspot. Justeru, memahami sistem adalah wajib. Kerana sistemlah yang melahirkan keputusan PRU13.
Sistem
pilihan raya dalam negara kita ini
diluluskan oleh Parlimen. Waspada! Kalau
dilulus oleh Parlimen tidak samestinya sistem ini adil. Sistem pemilihan ini diwujudkan sademiakan
rupa untuk memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia ini ada hak untuk memilih
kerajaan.
Seimbas
pandang memang dilihat di Malaysia wujud pilihan raya. Tetapi apabila di halusi,
apabila dikaji selidik maka kita akan mendapati
bahawa sistem pilihan raya di
Malaysia ini adalah satu penipuan. Pilihan raya selama ini telah digunakan untuk mengkaburi mata orang
ramai. Untuk memberi harapan dan mampi.;
Mimpi ini bertemakan harapan - kalau orang ramai mengundi maka ada
kemungkinan akan dapat berlaku perubahan. Ini adalah angan-angan tengah hari. Ini mimpi
ditengah panas.
Justeru
salah satu dari ajenda melihat kembali
apa yang telah terjadi dalam PRU13
ialah melihat SISTEM pilihan raya itu sekali lagi. Sistem ini wajib
dikupas untuk difahami. Apabila sistem
ini telah dikupas maka saya amat yakin pemimpin parti, pekerja dan aktivis
parti akan terperanjat. Satelah
terperanjat mereka akan faham dan sedar betapa mustahilnya untuk Parti Ketuanan Melayu
dikalahkan. Pekerja dan aktivis parti yang telah faham tentang sistem pemilihan ini wajib
menerangkan hakikatnya kepada orang
ramai. Ini untuk memberi pencerahan dan
memperkasa fikrah bakal pengundi.
Memanag
ada pemimpin parti dan juga aktivis parti yang
merasa menentang SISTEM pilihan raya ini tidak penting. Untuk mereka mencari sokongan dan undi lebih
penting. Jalur ini berpendapat bahawa jika peratus sokongan bertambah maka
Purtajaya akan ditawan. Yakinlah, sesiapa yang memiliki jalur pandangan sademikian
bermakana mereka TIDAK ingin menggulingkan United Malays National Organisation.
Jalur
pemikiran sademikian gagal memahami asas politik. Gagal memahamai asas ekonomi.
Jalur pemikiran ini kelihatan sejalur
dengan pemikiran United Malays
National Organisation. Malah pegawai SPR
sendiri memiliki dan menyebarkan jalur
ini.
Melihat
kembali PRU13 ialah melihat kembali SISTEM pemilihan itu sendiri. Disini saya bersetuju untuk menggunakan post-mortem.
Kita post-mortem SPR – bedah dan lihat – agar
mayat SPR itu tidak akan bangun-bangun lagi. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------
RAKYAT UKRAINE SUDAH AMUK.
BalasPadamRAKYAT UKRAINE BENCI KOMUNIS.
RAKYAT UKRAINE BENCI SOSIALIS.
RAKYAT UKRAINE BENCI LENIN.
RAKYAT UKRAINE BENCI STALIN.
RAKYAT UKRAINE BENCI CHE GUEVARA.
RAKYAT UKRAINE BENCI KARL MARX.
KAH KAH KAH
SYABAS RAKYAT UKRAINE.
Ini menunjukkan kita dibodohkan dengan sistem yg telah dikaji rapi oleh think tank mereka. Apabila berlaku 52% vs 48% dan dimenangi oleh 48 baru ramai tersedar persempadanan swmula mempunyai agenda tersembunyi yang halus dan rapi. Adakah rakyat telah terlewat dan terus diperbodohkan atau kita mula melihat 'jalan' untuk keluar beraya?
BalasPadamBegitu jugalah dengan TAKUT....matir larang tengok cete hantu dizamannya kerana apa....kerana si matir ni mahu seluruh rakyat tumpukan ketakutakn itu pada dirinya sorang...kenapa zaman pok lah..ini semua release....dari hantu rosmah sampailah ke suster nejat dihidangkan...pok lah mencari resepi sebenarnya...ingin menyerahkan kembali perasaan takut itu pada rakyat supaya tindak tanduknya menikkan anak anak kabur...masak dia ngak suka...kahwin aja sama jin.....zaman najib...resepi takut itu diperkuatkan lagi dengan hantu kak rosmah...ini hantu benaran...wajub ditakuti dan dideritai.....bagi aku....kita cuba hapuskan ketakutan itu semaksimum mungkin....biar ketakutan itu jadi mitos....berani tak semesti bersemangat untuk berperang....apa yang aku harap...semua bangsa di dunia ini tidak kengenal apa itu TAKUT......kerana takut inilah yang amat kukuh pintu pagarnya hasil tangan si matir kangkung hitam.
BalasPadamSISTEM PRU sedia ada bagai satu acuan yg telah dtetapkn oleh umno,kita rakyat bergerak mnurut acuan itu,untuk mngubah/memecah a cuan tidak mudah tetapi tidak mustahil:kita dh lihat kejatuhan kjaan komunis Rusia dgn kemerdekaan negara2 bwh naungan nya,sekrg tiba giliran kjaan feudal melayu umno,kemusnahan berpunca dr sakit buatan sendiri yg rakus,tamak haloba lagi korup...gdbye umno,
BalasPadamIstilah post-mortem memang tidak sesuai digunakan. Lebih elok menggunakan perkataan analisa atau dlm bahasa melayunya cerakin.
BalasPadamawat hang tak tidoq lagi...??? jgn putus asa..14 penuh rahsia..langsuir dan toyol telah diasapkan..menanti hari untuk beraksi...kah kah kah...tak lengkap diriku sekarang..long libon takkan kembali...telah pergi disambar jerung...yg tinggal hanya kangkung...buat dimakan bersama sotong...dihati tetap seperti janji...sampai masa kita turun...kah kah kah...u never walk alone...awek bendera takdak yg baru ka...?
BalasPadamKAH KAH KAH...
BalasPadamApa sudah jadi dgn "TIPU PILIHAMRAYA TURUN JALANRAYA" ITU JANJI PASTI???
dh jd lawak seram ka?
KAH KAH KAH..
Tiap2 hari ak bgn tidog pkara ptama ak pikiaq bla nk blaku revolusi...lepaih tu ak tidog blk sbb mmg xkn blaku , melayu masih tdog dulu,kini,selamanya....
KAH KAH KAH...
hanya dua jalan untuk pakatan menang pru 14...sebelum pru tewaskan mukris dalam pau...semasa pru tewaskan mukris di kedah...satu jalan lagi adalah lompat parti dikalangan ahli parlimen bn...anwar pernah mencuba yg ini.. tapi gagal kerana ketika itu pakatan belum cukup kuat....hanya dua jalan ini...tewaskan mukris dan lompat parti...woit...awat semalam hang siar jugak komen aku....kan dah kata tak lepas siaran....komen ini jugak tidak lulus siarannya...kah kah kah...trust me my lord....ini jujur bukan retorik..bukan tipu....satu soalan...aku kenal hang....adakah saya dikenali ????...kah kah kah...hang takpalah glamor...
BalasPadam