TANDA
TANDA AKHIR ZAMAN
Ketika
saya disekolah rendah dahulu saya pernah mendengar arwah Nenek saya berkata ‘
..dunia ni dah tua ... tanda akhir zaman
dah sampai...’ Pada ketika itu saya tidak faham apa makna ayat ini. Tak mengerti apa itu dunia.
Tidak faham apa makna akhir zaman. Puluhan tahun kemudian dalam tulisan ini saya sendiri
akan menrungkaikan apa itu tanda-tanda akhir zaman. Tanda-tanda akhir zaman
yang dimaksudkan disini bukan tanda kesampaian Hari Kiamat tetapi kesampaian
Kiamat untuk United Malays National Organisation.
Awal
wahid saya perlu mengingatkan para pembaca bahawa kita adalah 52% dari jumlah warga Malaysia. Jumlah 52% ini
adalah jumlah majoriti yang memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.
United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya hanya mendapat 47%.
Mereka adalah minoriti. Tetapi melalui tipu helah Suruhajaya Pilihan Raya dan dengan
penipuan undi kuasa telah dirembat oleh gerombolan
Kutuanan Melayu sekali lagi. Ini hakikat. Ini fakta.
Fakta
tentang 52% ini wajib terus kita ingati dan sebarkan kerana ini adalah salah satu tanda akhir zaman. Tanda akan berakhirnya zaman
United Malays National Organisation. Fakta Pakatan Rakyat mendapat undi majoriti ini wajib terus dilaungkan hingga bingar
telinga Najib dan Rosmah. Wajib kita canangkan
kepada ahli dan penyokong Bani Ketuanan
Melayu bahawa mereka hanya mendapat undi minoriti 47%. Mereka berkuasa kerana menipu pilihan raya. Khalas.
Untuk
memahami seterusnya tanda-tanda
berakhirnya Bani Ketuanan Melayu kita
wajib melihat sejarah negara-negara lain. Melihat bagaimana rakyat negara tersebut bangun dan menghumbankan Raja, Pemaisuri, Presiden,
Perdana Menteri atau Ditaktor yang zalim.
Di
Peranchis kita membaca bagaimana leher Pemaisuri Marie Antoinette telah dipenggal
oleh rakyat Peranchis pada 16 Oktober
1993. Marie Antoinette adalah simbol
kebencaian rakyat Peranchis. Mengikut fakta sejarah sebelum rakyat Peranchis berjaya
menghumbankan semua kaum feudal dan mendirikan Republik pada tahun 1799 Marie Antoinette ini telah menjadi simbol kebencian
rakyat. Rakyat Peranchis – buruh dan
tani - disatukan kerana mereka benci kepada Marie Antoinette.
Pada
tahun 1780 telah berlaku babak yang dipanggil Rantai Leher Marie Antoinette. Skandal rantai intan berlian ini telah melibatkan
Raja dan Istana kerana wang negara telah digunakan. Nama Marie Antoinette terlibat dalam skandal rantai berlian ini.
Di
Malaysia kita ada skandal Cincin Berlian Rosmah Mansor sama saperti skandal Rantai Leher Marie Antoinette. Semua warga Malaysia tahu tentang cincin milik
Rosmah yang berharga 24 juta ringgit.
Skandal rantai leher ini akhirnya memenggal leher Marie Antoinette.
Tetapi ini tidak mungkin berlaku kepada
Rosmah Mansor. Mengikut surah ahli-ahli United
Malays National Organisation mustahil leher Rosmah dapat dipenggal kerana Rosmah yang gemok tidak berleher.
Saya
juga wajib memberitahu kepada pembaca tentang
kuih hari jadi Saddam Hussein. Setiap tahun pada 28 April - Saddam
Hussein akan menerima kuih sebagai hadiah hari jadinya. Bayangkan, pernah disatu hari jadi , Saddam telah menerima kuih hari jadi saberat 1 tan. Kuih Hari Jadi Saddam ini wajib menggunakan jentolak dan crane untuk mengangkatnya.
Saya
juga wajib merakamkan disini tentang kenduri Hari Pertabalan Ahmad Reza Shah
Pahlevi – Raja dari segala Raja-Raja.
Pesta Pertabalan ini berlangsung pada 26 Oktober 1967 dikota
kuno Parsepolis. Sejarah telah
merakamkan bagaimana 4 tan caviar –
telor ikan sturgeon – telah diterbangkan dari Paris untuk jamuan Pertabalan ini. Dan bagaimana semua kedai champagne
di Peranchis telah kosong kerana semua Dom
Perignon telah diterbangkan ke Tehran.
Saya
menulis pekara-pekara ini untuk memberi tahu kepada pembaca bahawa inilah tanda-tanda
awal sebelum raja atau pemimpin negara
ini digulingkan oleh rakyat. Saya juga
ingin mengingatkan bahawa ‘
renyai-renyai guling berguling’ yang sama sedang berlaku dalam negara kita.
Tanda-tanda ini untuk saya amat jelas.
Ingatkan
kembali kesah terbaru warga Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah
dilanda banjir. Ketika sanak suadara kita ini ditenggelami banjir ahli-ahli parti United Malays National Organisation
sedang berhimpun dan berpesta-pesta. Berkenduri kendara - jamuan makan demi jamuan makan telah dilaporkan
oleh media. Dengan bangganya jumlah telor, ikan, daging, ayam dan tepong telah diumumkan kepada rakyat untuk memberitahu betapa hebatnya kenduri
Bani Ketuanan Melayu.
Jangan
kita lupakan kesah banjir beberapa tahun
dahulu. Ketika rakyat Johor tehungap-hungap tenggelam timbul
dilanda banjir. Abdullah Badawi PM ketika itu telah mengelincir hilang ke Perth
Australia untuk bercanda-canda.
Sebelum
Marie Antoinette dipenggal leher, sebelum Shah Iran dihambat keluar Istana,
sebelum Marcos di terajang keluar,
sebelum Suharto di halau oleh anak muda, sebelum Czar Nicholas dibunuh mati -
kemarahan rakyat telah lama terkumpul.
Dari buku-buku sejarah yang dapat
kita baca kita mengetahui bagaimaman kaum tani Peranchis
telah diinjak-ianjak. Ada yang dibakar hidup-hidup. Ada yang digantung
melalui hukuman mahkamah. Semua
dilakukan untuk Raja, Agama dan Keselamatan Negara.
Kita
baca bagaimana panen gandum kaum tani Russia telah dirampas oleh Czar. Kita membaca bagaimana Pak Tani diwajibkan
membayar cukai mukai kepada Raja dan Czar. Kita baca bagaimana harga bahan
makanan menjadi mahal dan kos untuk hidup melonjak naik. Semua ini sedang
berlaku dihadapan mata kita. Kita sedang melihat bagimana Najib dan Rosmah anak
beranak sedang mengumpul harta
ketika rakyat Malaysia anak semua bangsa
sedang menghadapi kesengsaraan hidup.
Baru-baru
ini kita terbaca bagaimana anak Rosmah dengan laki pertamanya telah membeli sebuah
kondo dengan harga 110 juta ringgit. Kita juga diberitahu bagaimana anak Rosmah
ini telah melabor 100 juta dolar untuk membuat filem di Hollywood. Apa yang
kita TIDAK diberitahu ialah dari mana punca duit anak Rosmah ini.
Rakyat
Malaysia juga telah diberitahu bagaimana Rosmah Mansor telah menggunakan jet kerajaan
untuk bercanda-canda dan bershopping ke Dubai. Rakyat juga telah diberitahu tentang
kos leterik dan air rumah Rosmah Mansor melebihi 40,000 ringgit sebulan. Rakyat telah diberitahu bagaimana tahun lalu
Najib dan Rosmah telah berbelanja 40 juta
ringgit, duit rakyat untuk penerbangan
setahun. Akhbar The Heat telah
melaporkan berita dan fakta ini. Dengan
cepat lagi ganas Najib dan Rosmah telah
mengharamkan akhbar ini.
Apakah
kita masih tidak faham akan tanda tanda ini?
Sayang sekali Nenek saya telah lama meninggal dunia. Jika tidak saya
ingin bertanya apakah ini juga tanda-tanda
dunia telah tua?
Najib
dan Rosmah telah menarik satu demi satu subsidi dengan alasan untuk membantu
orang ramai. Dengan alasan untuk membaiki ekonomi negara. Najib dan Rosmah lupa
menarik subsidi bermakna harga barang akan naik. Harga bahan bakar minyak, harga
leterik kini telah melambong naik. Harga bahan makanan mendadak naik.
Satelah
banyak subsidi ditarik kerajaan Najib
membatalkan bayaran gaji minima kepada kaum buruh. Walhal gaji minima ini telah
dijanji oleh Najib sebelum PRU13. Tidak
cukup dengan ini cukap GST akan dikenakan.
Ketika
ini Najib dan Rosmah telah meminta orang ramai berjimat cermat dan kurang berbelanja. Sebenarnya, meminta orang
miskin kurang berbelanja ini adalah satu permintan lucah. Sama lucahnya jika
ada NGO yang menolak demonstrasi tetapi mengajukan orang miskin melancarkan mogok
lapar sebagai protes.
Apabila
harga barang naik, apabila gaji minima tidak ditunaikan ertinya gaji semakin kurang. Apabila duit kurang dalam poket bermakna hidup menjadi
susah. Ketika rakyat dalam kesusahan inilah kita membaca berita Zahid Hamidi mengadakan sambutan hari jadinya di sebuah hotel lima
bintang.
Ketika
ini jugalah menteri Ismail Sabri telah
mengadakan kenduri yang akan membunuh semua kenduri. Kenduri perkahwiann anak
menteri ini walau pun tidak selucah Hari Jadi Saddam tetapi hampir
menyamai kenduri Pertabalan Shah Iran.
Apakah
tanda dan maknanya semua ini?
Semua
ini adalah tanda-tanda akhir zaman. Tanda-tanda akan berakhirnya kekuasan Najib dan Rosmah. Tanda air talkin
sedang disediakan oleh rakyat untuk parti United Malays National Organisation.
Saya
sedar – ramai akan bertanya bila gerombolan
Ketuanan Melayu ini akan hilang nafas. Saya yakin 52% rakyat yang menyokong Pakatan
Rakyat ingin tahu bila United Malays
National Organisation akan terkubur? Tahun ini? Tahun hadapan? Dalam PRU14?
Bila?
Ini
soalan hakiki. Tetapi dalam politik tidak ada sesiapa yang dapat meletakkan
tarikh yang tepat. Ini bukan tarikh lahir Saddam Hussein. Mustahil kita akan mengetahui bila -
hari dan saatnya - United Malays
National Organisation akan terkubur. Apa yang saya tulis hanyalah tanda-tanda yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Saya tuliskan tanda-tanda ini
kerana tanda-tanda yang sama juga pernah berlaku dinegara lain.
Marie
Antoinette Permaisuri akhir Peranchis menobatkan dirinya sebagai Bonda kepada semua
kanak-kanak di Peranchis. Satu hari ketika Baginda sedang naik kereta kuda Baginda
terdengar orang kampong yang sedang
berdemo melaung-laungkan : kami mahu
roti.. roti roti roti...’ Lalu Baginda bersuara " Qu'ils mangent de la brioche- kalau tak ada roti makan kueh..
Raja dan Menteri Malaysia tidak lagi naik kereta kuda tetapi Malaysia memiliki ramai Marie Antoinette. Orang ramai telah mendengar Datuk Hasan Malek berkata : kalau ayam mahal belilah
daging. Orang ramai juga telah terdengar kenyatan Datuk Seri Abdul
Wahid Omar berkata : jika tol mahal pakai jalan lama. Hasan Malek dan Wahid Omar walau pun tidak
bersanggul dan bergincu tetapi yakinlah jika dizaman Revolusi Peranchis kepala
mereka pasti telah dipenggal. (TT)
TULISAN INI
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------
Kalau tak suka dengan kenaikan harga.. tanam sayur.. tanam padi... bela ikan.. bela ternakan... kalau tak suka harga tol naik... jalan kaki atau naik sampan... kalau tak suka najib... rosmoh ada... kalau tak nak keluar duit jadi sultan melake... kekosongan jawatan masih belum diisi... kah..kah..kah
BalasPadamTidak kesemua 47% yang mengundi BN itu betul-betul suka kepada BN. Namun kesemua 52% yang mengundi PR sahih membenci BN!
BalasPadamtt blh cerita ditail pasal kluarga k mah sblm jadi is3 pm
BalasPadamita ada macam jenis kangkung sekarang -- species berlainan tetapi kualti sama:
BalasPadamProfessor kangkung (terlalu ramai)
PhD kangkung (Pun ramai)
Siswazah kangkung (Terlalu ramai)
Universiti kangkung (Pun banyak)
Guru kangkung (Cukup ramai)
Pensyarah kangkung (Ramai sangat)
Politikus kangkung (hampir semua)
Ekonomi kangkung (Sedang berlaku)
Menteri kangkung (hampir semua)
Dan sekarang kita ada
PM kangkung
DPM kangkung
Yang nombor 3, 4 dan 5 pun KANGKUNG.
GOD SAVE THE COUNTRY....
Sulit nak ramal bila gerombolan akan tamat hayatnya kerana selagi ada golongan rakyat bangan dari semua suku kaum yang signifikan jumlahnya yang sangat menghargai BRIM 1, BRIM 2 atau BRIM 3 selagi itu talkin bagi UMNO akan lewat lagi. Pancingan BRIM dan manipulasi media penjilat buntut UMNO akan melewatkan tali hayat UMNO.
BalasPadamDi Perancis, Pilipina, Indonesia, Iran tiada pelbagai agama, bangsa yang sangta bertentangan tidak seperti di Malaysie.
Tulisan Terbaik. Syabas.
BalasPadamBro..
BalasPadamrakyat mesia dapat PM bengap..itu pun nak dibangga2..
nak jilat tangan si bengap..kot2 dapat masuk projek..
Laki si bengap dah tentunye si bahalol..kerja menghabiskan duit rakyat..
Tiap2 bulan aku kena bayar incometax nak kasi si bengap dan bahalol kaya raya..
aku memprotes..ularmak kata bughah2... rakyat mesia dah kena air ketum si bengap ni bro....
Hisham.
BalasPadamHang dah gila kahkah .
Hang Tuah dah berkata Tak kan Melayu hilang di Dunia.
pembetulan : marie antoinette di pancung kepalanya pada 16 Oktober 1793 ...menggunakan alat pemotong kepala yang dipanggil 'guilottine' setelah berlaku revolusi peranchis meng'GULING'kan Louise XVI
BalasPadamrosmah mansornette tak takut ke dengan nasib yang telah menimpa marie antoinette ni.? rasanya tak kot sebab kat malaysia ni ramai rakyat yang bodoh lagi diperbodohkan
BalasPadam