Ahad, 23 Februari 2014

AKTA ZALIM DIGUNAKAN LAGI




KOMENTAR TUKAR TIUB
karpal teha dijatuhkan hukuman
hanya tangguh untu rayuan

karpal  di tuduh di bawah
akta hasutan dan didapati bersalah

tian chua
adam adli
safuan anang
thamrin baba
hishamuddin rais
semua sedang dihadapkan ke mahkamah
atas tuduhan dibawah akta hasut

najib razak telah buat kenyataan
akta hasutan akan dihapus
dan di ganti dengan akta harmoni
ini kerana terlalu ramai rakyat
menentang akta hasutan

soalan hakiki ialah:
kenapa akta ini masih dijalankan?

LFL: Sabitan terhadap Karpal berunsur politik & kuku besi

KUALA LUMPUR 21 FEB: Badan Hak Asasi, Lawyer for Liberty (LFL), menyatakan rasa terkejut terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan pengerusi DAP, Karpal Singh di bawah Akta Hasutan.
Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata, pendakwaan tersebut berunsurkan politik dan bersifat kuku besi dan hukuman dikenakan memungkinkan pengerusi DAP dipenjara tiga tahun, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai ahli parlimen.
“Mengeluarkan kenyataan kritikal atau politik bukanlah satu jenayah, terutamanya dalam kes ini.
“Karpal memberi pendapat guaman terhadap krisis perlembagaan di Perak pada 2009. Bagaimana boleh ditakrifkan sebagai hasutan? soal Eric.
Kata Eric walaupun kebebasan bersuara bukan mutlak serta terdapat batasan, namun kebebasan bersuara harus dimartabatkan.

BILIK SULIT
26- 27-28 FEBUARI
DEWAN CHINA KUALA LUMPUR
JAM 8:30 MALAM
jemput datang

-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan