Rabu, 19 Februari 2014

MAKNA N25 KAJANG UNTUK PAKATAN





HARI BURUH

SATAY KAJANG
Pada minggu pertama sesudah diumumkan kerusi Dun N25 Kajang kosong dan Anwar Ibrahim menawarkan diri, umum membaca bagaimana Kelas Berleter membuat heboh tak tentu hala. Mereka berlabon kuat dalam media baru. Mereka  bertalipon menghatar teks dan twit. Mereka berforum dan bergebang.

Sebenarnya Kelas Berleter ini hidup lumayan. Mereka mendapat nikmat dari proses pembodohan Bani Melayu yang dirancang dan dijalankan oleh United Malaysa National Organisation. Proses pembodohan ini juga dibantu kuat oleh gulungan feudal Melayu. Apabila Bani Melayu menjadi a la Hasan Malek maka senanglah harta kekayaan negara ini dirembat. Hakikatnya Kelas Berleter ini mendapat habuan dari ‘tong’ United Malays National Organisation. Justeru mereka terpaksa  berleter untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka ini prihatin terhadap negara ini. Poorah. 

Heboh-heboh Kajang ini disambut pula oleh NGO Soh Seh Soh Seh – yang juga buat heboh. Bila sebut NGO Malaysia – sebenarnya saya terus sakit perut. Sakit perut kerana ketawa.  Saya ketawa kerana NGO Malaysia yang berSoh Seh Soh Seh dalam Bahasa Inggeris ini  memiliki nama  gah tapi ahlinya tak lebih dari lima orang. Lima orang? Betul lima  termasuk anak, bini, adik dan kakak.

Kelas Berleter dan NGO  yang Soh Seh Soh Seh ini buat heboh dalam media. Mereka mempersoalkan  apakah PRK N25 Kajang ini merosakkan demokrasi.  Mereka mempersoalkan dana yang membazir. Mereka menuduh PKR mengunakan N25 sebagai cara menyelesikan masalah dalaman PKR.

Tup tup Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan. Tup Tup Taib Mahmud letak jawatan untuk lantik dirinya  menjadi Yang DiPertuan Negara Sarawak. Tup tup Kelas Berleter tak terleter lagi. Tup tup  Kelas Berleter senyap menikus – macam babi hutan jumpa cacing.

Tidak ada suara menimbulkan isu PRK N51 Balingian membuang duit. Tidak ada siapa menimbulkan kenapa Taib Mahmud tak tunggu hingga penggal DUN Sarawak dibubar. Tak timbul persoalan  Taib Mahmud guna PRK untuk ajenda dalaman parti.  Tikus Bangsar telah senyap. Bak kata Orang Peranchis  ‘ rien du tout’ -  tak ada apa apa. Kelas Berleter kelihatan terlantar kenyang  satelah mendapat projek dari Ketuanan Melayu.

Nampak jelas Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh telah dikajangkan. Mereka telah dibungkus kerana telah menjadi satay busuk.

Sebenarnya untuk memahami politik Malaysia ini bukan susah sangat. Tak perlu belajar  ilmu sains politik di Yale, Havard atau Oxfart.  Tak perlu belajar di Al-Azahar atau di Madinah.  Tak perlu faseh bahasa Latin atau Arab. Tidak perlu baca kitab tebal-tebal. Tak perlu buka buku falasafah Yunani.  Cukup – memadai dengan membaca akhbar Utusan Malaysia. Sesiapa sahaja boleh memahami politik Malaysia dengan membaca akhbar ini.

Biar saya buktikan betapa senangnya memahami politik Malaysia ini.  Ilmu  pertama yang wajib difahami  ialah  sesiapa sahaja yang disokong, dimasyhurkan dan diangkat oleh Utusan Malaysia maka Si Polan itu ialah orang jahat. Jika  Mamat atau Minah yang diangkat  Utusan itu ahli politik maka ini bermakna  si Mamat atau si Minah itu politikus jahat. Kalau yang diangkat ialah NGO maka NGO itu adalah  NGO jahat.

Cara kedua untuk mengenal apa yang baik  ialah melihat apa yang TIDAK disukai oleh Utusan Malaysia.  Apa sahaja yang tidak disukai oleh Utusan Malaysia adalah baik. Kalau yang dikritik oleh Utusan itu seorang politikus maka ini bermakna politikus itu adalah politikus yang baik. Jika sesuatu  dasar dikeji oleh Utusan , yakinlah bahawa dasar itu adalah tepat dan betul.

Ini terbukti betul  dalam kes N25 Kajang. Utusan melaporkan hampir kesemua kenyataan Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh. Kenyataan ini semuanya mempertikaikan agenda besar Pakatan Rakyat untuk menggulingkan United Malays National  Oreganisation. Apabila Kelas Berleter atau NGO ini  diberi ruang media oleh Utusan makan yakinlah ada agenda jahat di belakangnya.

Hakikatnya apa saja garis politik yang dicanang dan disokong oleh Utusan pastilah ini garis politik yang salah. Apa sahaja garis politik yang ditentang oleh Utusan maka inilah garis politik yang tepat dan betul.

Saya mengajukan pandangan sademikian kerana saya sedar bahawa Syarikat Utusan ini adakah milik United Malays National Organisation. Maka garis politik yang diajukan atau yang ditentang pastilah  bertujuan untuk menguntungkan  parti Ketuanan Melayu in. Period. Kepentingan gerombolan Ketuanan Melayu diheboh dan disebarkan oleh Utusan Malaysia. Hakikatnya, akhbar ini adalah hati nurani  gerombolan yang berimankan Ketuanan Melayu.

Cara kedua -  sesudah membaca Utusan ialah membaca kenyataan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Sama saperti Utusan – apa sahaja yang dilarang dan tidak disukai oleh oleh Mahathir maka pekara itu  adalah pekara yang baik.  Mahathir mewakili satu jalur kepentingan elit pemerentah dari parti Ketuanan Melayu. Jalur  ini disokong oleh kapitalis nasional dan para cukong. Di belakang Anak Lelaki ini ialah  Ananda, Daim, Yeoh Tiong Lay, Syed Mokhtar, Halim Saat,  Vincent Tan  dan segala jenis kaki kontrek yang menjadi kaya raya kerana mendapat habuan dari Anak Lelaki  Kutty.

Kaum kapitalis nasional dan para cukong inilah yang dipertahankan oleh  Mahathir. Justeru Mahathir amat-amat  tidak suka tunjuk perasaan. Mahathir tak suka rakyat turun berdemo. Mahathir  tak suka media yang bebas. Mahathir  tak suka ISA dimansuhkan.  Jelas apa sahaja yang Mahathir tak suka adalah pekara  yang baik. Paling menjolok si Mahathir tidak suka Bani Melayu memiliki fikrah yang kritikal kerana bila Bani Melayu berfikir mereka akan bertanya: betul ke Mahathir ini Melayu?.

Kita lihat apa kata  Anak Lelaki  Kutty  tentang PRK N25 Kajang.   Si Mahathir ini bukan macam Kelas Berleter, ini kerana Mahathir ini faham politik. Dia melihat hasil jangka panjang PRK N25. Lalu Si Mahathir ini ‘ curah minyak’ untuk  renggangkan hubungan  PAS dengan PKR. Anak Lelaki ini mensarankan agar kerusi  MB  Selangor diambil oleh PAS.  Ini bukan kerana Mahathir telah ‘bertaubat’ untuk menyokong PAS tetapi ini dilakukan kerana saranan ini adalah cadangan jahat. Apa sahaja cadangan atau pandangan dari Anak Lelaki  Kutty ini adalah  pandangan jahat.  Tidak perlu kaji selidik dalam hal ini.

Tidak cukup dengan ‘ menaikkan syahwat PAS’ , Anak Lelaki Kutty juga telah menghebohkan ke seluruh alam bahawa Anwar Ibrahim juga bertanggung jawab dalam Operasi Lalang. Dalam Operasi  Lalang seramai 106 warga telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 27 Oktober 1987. Dalam Operasi Lalang ini juga dua akhbar harian The Star dan Sin Chew Jit Poh, dan dua akhbar mingguan Watan dan The Sunday Star telah diharamkan.

Sayangnya umum dan sejarah mengetahui bahawa Operasi Satay Lalang...oppps.. Operasi Lalang ini ditelorkan, dieramkan dan dinentaskan oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty. Operasi ini berlaku kerana kuasa Mahathir Muhamad dan United  Malays National Organisation kian terhakis.

Tidak cukup dengan  Satay  Lalang ini, Anak Lelaki Kutty ini telah juga berkata bahawa memilih Anwar Ibrahim bermakna memilih kerajaan pro-Amerika. Bila saya terbaca berita  ini saya ketawa hingga terberak. Tetapi bukan macam orang lain bila berak akan terkentut. Saya tidak terbau apa-apa.  Yang  saya bau ialah  si Mahathir ini ialah ajen KBG -  Kerala Bilio Grundiq.

Yang cuba dijaja oleh  Anak Lelaki bukan Satay Kajang tetapi Burger Pro-Amerika. Kerana ianya burger maka ianya memerlukan satu ruang luas untuk saya mentakrifkan apa itu nikmat satay dan apa itu  racun burger.

Dari awal lagi telah saya nyatakan bahawa memahami politik di Malaysia ini bukan susah. Walau pun telah saya terangkan sejelas matahari terbit tetapi masih ada lagi sosok yang gagal memahami PRK N25 ini. Saya merasa hairan lagi takjub tentang kenapa ada pemuka dari Pakatan Rakyat sendirfi  yang tidak dapat membaca tepat arus politik yang sedang berlaku dihadapan mata sekarang.


Naratifnya amat senang. Anwar Ibrahim mahu dipilih rakyat untuk memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini dilakukan dengan niat untuk menjadikan Selangor basis utama dimana Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR – merancang  satu gerakan politik  yang ampoh untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National Organisation.  Apakah ini tidak jelas?

Jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor ianya akan menjadi bonus tambahan kerana disebelah Anwar Ibrahim ialah Khalid Ibrahim pemikir ekonomi. Bayangkan politik Selangor dibawah pimpinan Anwar dan ekonomi  Selangor dibawah Khalid. Apakah pekara ini pun susah sangat untuk difahami. Apakah  fikrah telah bonsai? Atau kerana nafsu syawat telah dirangsang  dengan Satay Kajang oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty? (TT)

 NAMPAK PERANGAI EEE
 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa berminat untuk melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45











-----------

7 ulasan:

  1. seingat saya George W. Bush (Presiden Bush II) tak pernah datang ke Malaysia (perbetulkan saya kalau saya silap) kalau benar maka benarlah Mahathir yang (menyembah Bush melafazkan taat setia ke ?) jelaslah dan semakin nyata bahawa manusia yang bernama mahathir bin mohamed al kutty ini seorang manusia munafik teragung selepas firaun, haman, namrud, abu jahal mengatasi kemunafikan Noh Omar, Hasan Malek, Rosmah (?) - bantai lah kah kah kah.., Sharizat lembu, Hamidah Osman, Mashitah dan lain-lain yang selembu dengannya

    BalasPadam
  2. Tiba masa semua yang tidur bangun...sangkakala telah berbunyi...ini harus terjadi..anwar mesti jadi mb selangor..mesti dan khalas......ayuh laskar laskar rakyat.....mengolah persetujuann tt bererti mahathir mati tahun depan masa makan satay.....ini keling mamak pukimak mesti ditundukkan..biar dia mati dalam keadaan kaki terangkat sebelah.....cilaka punya mamak pukimak ni.......cilaka.....

    BalasPadam
  3. Anak kutty ni ingat orang tak tau ke...semasa hussin on jadi PM dan balik dari lawatan dari China dulu.....Apa dia buat?????Apabila K.terbang mendarat....dia suruh orang tolak kerusi roda untuk sambut PM....Tujuannya supaya rakyat tengok yang PM tu dah tua dan tak larat lagi nak jadi PM!!!!Agaknya dia buat tu apa tujuan?????Tujuan nya supaya dia lekas jadi PM lah....kan gelojoh namanya keling celaka ni....fikir-fikir kan lah yek!!!!

    BalasPadam
  4. Sayang TT terlobat masuk politik kotor PKR.!!! Saya memang pegikut tegar Pakatan Rakyat.tai Kajang ini adalah politik kotor oleh geng Anwar.
    Jadi DOWN WITH TUKARTIUB.!!! AND DOWN WITH ANWAR.!!!

    BalasPadam
  5. Anak Iskandar Kutty,Mamakthir ni memang celaka.Bayar pelobi Amerika dengan duit rakyat untuk jumpa Bush,lepas tu kata Bush yang nak jumpa dengan dia. Celaka punya mamak eeeeeeeeeeeeeeeee.... ni. Kita gulingkankan eeeeeeeeeeeee dulu sebelum gulingkan United Malays No Otak..Oppsss...jangan tak siar komen ana Tuan TT, jika tidak nyawa Tuan akan pendek...kah...kah...kah..

    BalasPadam
  6. Hadoiiiiii bosan sesangat!! Mcm dah takda org melayu selangor lagi dah yg berkaliber...ini satu pengkhianatan baru terhadap rakyat selangor setelah air paip jalan bertol dan sebagainya...PKR DGN SOMBONG MEMBUNTUT KAN RAKYAT SELANGOR....TAK LAMA LAGI SELANGOR BAKAL BEBAS DARI PKR...TUNGGU JEA NGOK!!

    BalasPadam
  7. TT tercicir satu lagi ktty punya cakap....iskandar takut-takut-kan pengundi bahawa kakitangan taK seLamat kaLau anwar menang atau jadi MB Selangor....

    untung nya PR kerana kata2 ini dapat di terjemah dan tafsir dengan BAiK, dari lapis pertyama hingga lapisan ke tujuh...

    Malang nya bagi umnQ, budak2 umnQ gagal memahami makna pada lapisan pertama lagi... apa yg iskandar kuti cakap...mereka ingat kaki kanan kirri dan dua belah tangan mereka taatayenggek...terrey pondey

    BalasPadam