KHALID DAN AZMIN
Umum
tahu Azmin Ali telah memasang niat untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Umum
juga tahu bahawa Parti PAS dan DAP – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat – tidak
memiliki keyakinan terhadap sosok yang bernama Azmin Ali. Perlu diingatkan bahawa
- kurang yakinnya PAS dan DAP terhadap Azmin Ali ini tidak ada sangkut paut dengan ‘perempuan heboh’ yang bernama Ummi Hufilda
Ali.
Hanya
PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin
terhadap si Azmin. Apa dalam hati perut dua buah parti politik ini hanya mereka
sendiri yang tahu. Keyakinan seharusnya wujud kerana dua parti ini terikat dalam satu perserikatan
bersama PKR. Dalam masa yang sama Azmin
Ali yang tidak diyakini ini berpangat
Timbalan Presiden PKR.
Mungkin
PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang
bernama Azmin Ali ini tidak diminati
ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan
sebagai pemilik DNA United Malays
National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke
dalam badan politik PKR.
Jika
ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang
memilik DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin
Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum
yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa
Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’
United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya
malah berupaya untuk berhutang berjuta
ringgit.
Kenapa
Azmin Ali dikatakan membawa DNA berbarah
ini akan dapat kita fahami dengan melihat apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan
Selangor sekarang. Heboh-heboh tentang PKNS. Berlakunya pilihanraya kecil Dun
N25 Kajang. Babak-babak dan berita ini jika diselidiki akan membawa percerahan
untuk ahli PKR dan para pembaca. Akan mengenali siapa si Azmin Ali dan siapa Khalid Ibrahim. Dua protoganis politik Selangor.
Minggu
ini ada satu berita tentang Azmin Ali telah bocor. Berita ini melaporkan bahawa
Azmin Ali telah mengambil duit dari seorang Cukong. Ada yang berkata Azmin
ambil 8 ringgit, ada yang berkata 80 ringgit , ada yang kata 800 ringgit – malah ada yang
kata 8 juta ringgit. Duit sebanyak ini telah masuk ke dalam saku Azmin Ali
sebelum PRU13. Jumlah berapa banyak duit dirembat tidak penting.
Yang
penting apakah surah ini hanya ayat-ayat songsang dari laman-laman web. Tidak
dijelaskan bagaimana duit ini masuk?
Siapa memasukan? Apakah surah-surah ini
saheh. Apakah Tok Perawinya boleh diyakini? Semua ini hanya boleh dirungkai
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mengikut
laman FreeMalaysia Today – yang kepastiannya
– masih dianggap Pak Pandir – Si Azmin ini telah menerima duit ini sebagai habuan untuk meluluskan satu
projek PKNS yang tersangkut. Apakah duit 80 ringgit ini bertujuan untuk membeli
minyak pelincir masih belum ada kepastian. Hanya SPRM yang maha mengetahui.
Laman
FreeMalaysia Today ini – yang memang tidak bersimpati kepada PKR – pasti gumbira
apabila berjaya melaporkan berita ini.
Tetapi kesahehan berita duit untuk meluluskan projek tergendala ini hanya Desas
bin Lebai Desus. Boleh dilihat sebagai fitnah dan tohman untuk merosakan Azmin
Ali. Bertujuan untuk mencurah minyak agar Azmin dan Khalid terus bergelawak. Grande finalenya untuk merosakkan PKR. Hanya
SPRM yang maha mengetahui.
Dalam
masa yang sama kesah Azmin ambil duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di
Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi
MB Selangor? Kenapa bagitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen
Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau
mahu menolong warga miskin apakah perlu
menjadi MB?. Soalan-soalan ini telah berdengong disemua kepala yang
berfikr. Macam ada Cukong di sebalik
Gombak.
Mari
kita lihat perangai Azmin samenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun
membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling spana. Azmin memberi ingatan
agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya.
Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipun PRU13. Isi twiter si
Azmin ini jelas bersifat ‘ sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation.
Isi
twiter yang berbunyi ‘ mengheret rakyat
ke jalan raya, menggunakan rakyat untuk ajenda pribadi’ adalah hujah yang
selalu kita dengar dan kita baca. Hujah
ini kita baca dari Utusan. Hujah ini
kita dengar dari TV3. Kita mendegar hujah ini keluar dari mulut bengolan politikus
Ketuanan Melayu. Kita mendengar hujah ini berulang-ulang saperti rekod rosak sedang berputar. Maka pada
ketika itu isi tweeter si Azmin Ali ini
dilihat sebagai usaha untuk mematahkan semangat anak muda yang merasa tidak
puas hati kerana telah ditipu oleh SPR.
Bagaimana
pulak dengan protoganis seorang lagi
yang bernama Khalid Ibrahim?
Si
Khalid diheboh-hebohkan sebagai ‘ Mat
Bersih’ tidak rasuah. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Selangor
ada seorang MB yang tidak makan rasuah. Tetapi dalam politik sifat tidak ambil
rasuah ini belum mencukupi. Bersih tanpa rasuah adalah sifat yang baik. Sifat
ini menjadi tidak bermakna apabila tidak
dikahwinkan dengan kecekapan berpolitik.
Kesah Khalid tak tahu ‘politik’ telah menjadi cerita rakyat.
Contohnya
: PKR ingin membantu memperkuatkan kedudukan MB Khalid Ibrahim. PKR menghantar
Saifuddin Nasution sebagai ‘Chief of Staff’. Apa jawapan Khalid Ibrahim? Dia
buat dek. Akhirnya Saifuddin Nasution S/U Agong PKR meletakan jawatan tersebut. Jika babak ini bukan bebal
politik maka Rosmah Mansor masih anak dara.
Lihat
pula langkah Khalid memberhentikan pegawai PKNS. Haji Desas bin Lebai Desus
telah berkata bahawa beberapa orang pegawai PKNS ini adalah ‘ budak suruhan Azmin Ali’ yang mendapat upah
lumayan. Tetapi, dalam masa yang sama ramai juga pegawai PKNS ini yang tidak ada
sangkut paut dengan Azmin Ali. Mereka ini tenaga profesional tetapi mereka juga
turut ditamatkan kontrek. Mereka menjadi mangsa pertempuran Khalid dengan Azmin.
Memang
betul dari segi undang-undang Khalid Ibrahim tidak boleh didakwa dakwa kerana ‘
kontrek tamat’. Period. Ini sama saperti - Dolah Badawi juga tak boleh didakwa
dakwi apabila menggunakan ISA untuk menangkap 10 ornag Refomis. Dolah Badawi melakukan
tangkapan berlandaskan undang-undang. Jelas hukum dan undang-undang dijadikan
benteng untuk melakukan kezaliman.
Adalah
TIDAK tepat apabila dihujah bahawa PRK N25 Kajang muncul kerana PKR ingin
menyelesaikan masalah Azmin dan Khalid. Hujah dan surah songsang ini datang
dari Kelas Berleter yang mengaku berimankan demokrasi. Kelas Berleter yang tidak tahu hujung pangkal, hanya mendapat maklumat dari media milik
United Malays National Organisation. Kelas
Berleter melihat PRK Kajang sebagai
jalan penyelesaian masalah dalaman PKR.
Memang
betul PKR memiliki masalah dalaman. Memang betul PKR ada masalah - Azmin dan Khalid. Tidak ada parti politik
yang tidak memiliki masalah dalaman. Parti politik hidup bernafas dalam
dialektik. Dialetika inilah yang memberi oxygen untuk parti politik terus
berjuang.
Dalam
kes PKR ini – seharusnya Azmin dan
Khalid menenggelamkan perbalahan mereka. Seharusnya mereka melihat strateji N25
ini sebagai satu langkah yang mengjangkau luas. Perancangan N25 yang melintasi Gombak dan Ijok. Melintasi Bukit Antarabangsa dan Bandar Tun Razak. Sayangnya kedua protoganis ini ingin terus
bertempur.
Umum
memahami keadaan Khalid Ibrahim yang sedang diasak. Umum tahu N25 ini akan membawa satu perubahan
besar keatas Selangor. Sama ada Anwar Ibrahim jadi MB atau tidak bukan
persolaan. Yang induk ialah harapan 52%
rakyat Malaysia. Jumlah 52% ini ialah pengundi yang telah memilih Pakatan
Rakyat dalam PRU13 tetapi kemenangan telah dirampas. 52% rakyat Malaysia mahu
melihat Anwar masuk ke dalam pentabiran kerajaan Selangor secara dipilih
rakyat. 52% rakyat Malaysia akan menunggu impaknya keatas politik nasional.
Jika
Khalid melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim maka Khalid Ibrahim akan dingati
bukan hanya sebagai sosok tidak rasuah tetapi juga sosok yang mengundur kerana faham adanya
strateji politik yang lebih besar. Khalid Ibrahim juga faham bahawa dirinya akan terus diperlukan.
Fikrah ekonomi Khalid Ibrahim akan terus
dicontohi. Dawn Raid akan dinobatkan sebagai Khalid Ibrahim.
Umum
juga memahami Azmin yang dalam keadaan - do or die. Ini berlatarkan kenyataan Khalid yang ingin membawa masuk
SPRM untuk menyiasat siapa yang
memberhentikan Azmin Ali dari PKNS. Pasti ramai pembaca yang lalai dan tidak
ambil peka kenyataan Khalid ini. Sambil lewa Khalid berkata bahawa SPRM akan
dibawa masuk untuk menyiasat. Siapa yang
peka akan bertanya: Kenapa SPRM dibawa masuk walhal ini hanya kes buang kerja.
Ini bukan kes rasuah. Tetapi siapa terberak dialah yang terbau kentut.
Jika
Azmin tidak terketut maka dia tidak perlu takut kepada kehadiran SPRM yang akan
menyiasat apa sahaja kes yang dilemparkan terhadap dirinya. Azmin Ali tak perlu takut hanya kerana dia memiliki DNA United
Malays National Ornganisation.
Jika
Azmin Ali dan Khalid Ibrahim ingin terus bertempur dan menganggu gugat PRK N25
– tidak banyak yang dapat kita lakukan. Khalid Ibrahim MB Selangor. Azmin Ali Timbalan Presiden PKR.
Kedua-dua bukan kecik anak. Jika mereka ingin terus bertempur dan terus degil
sombong maka Si Luncai akan terjun dengan labu-labunnya. Yang menang tenggelam jadi
arang yang kalah bertaburan menjadi
debu. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan'
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03- 92-21-10-45
----------
Perubahan azmin mula nampak msa selepas pru12. Kemasukan ramai ahli baru terutamanya golongan ' profesional' kununnya la ini lah yang telah mempengaruhi azmin. Kebanyakan calon kerusi parlimen diberi pada orang azmin. Semua nya yang mahukan power dan wang lebih. Ini lah yang aku selalu komen dalam blog tt dulu tapi tak pernah tt approve. Anyway nasib baik orang orang dia kalah. Kalo tak mesti dia tengah berebut dengan anwar nak jadi pm
BalasPadamUlasan paling menarik. Isi sebab musabab diolah lengkap, logis dan munasabah. Gaya susunan bahasa mantap. Pengolahan ayat gramatis. Mustahil PAS, Khalid, Azmin dan penyokong PKR masih tidak mampu memahami situasi di Kajang. Yang masih menjerit2 tidak faham ialah mereka yang jahil permainan dan selok-belok politik.
BalasPadamPECAT JE DNA UMNO YG ADA DLM PKR.
BalasPadamTUNGGU LAMA2 LAGI BANYAK RASUAH.
LAST2 PKR JATUH BALIK.
ATUR STRATEGI BRO SINGKIR DNA UMNO.
SOSIALIS TAKKAN SETUJU PERASUAH KETUANAN DNA UMNO DLM PKR.
KUMPULKAN AHLI2 SOSIALIS AMBIL ALIH PKR.
TAKKAN NAK TUNGGU PKR JATUH DISEBABKAN PERASUAH DNA UMNO, BARU SOSIALIS NAK AMBIL ALIH.
KOMPLOT SAMA MAT SABU. MAT SABU BOLEH JADI PRESIDEN PKR-SOSIALIS.
TT, kau berfalsampah sampai aku tak faham langsung. Adakah aku juga DNA United Malay No Otak?Kah..kah..kah..
BalasPadamTapi yang pasti jangan fikir pasal Azmin dan Khalid kerana kedua-duanya adalah manusia yang baik bagi rakyat malaysia, walaupun dituduh mempunyai DNA parti UmnoNgok tu...kah..kah..kah..
Kalau TT juga cuba nak percaya berita dari FreeMalaysia Today yang juga kembar siam dengan Utusan meloya, adalah sangat malang kerana kedua-dua berita adalah dari DNA yang sama. Patut humban saja dalam jamban.Walau apapun PRK Kajang adalah permulaan baik untuk humbankan gerombolan bengolan si UMNOngok tu.kah..kah..kah..
Kalu sebahagian besar pemimpin PKR masih ada dna UMNO, iaitu mengakidahkan Ketuanan Melayu tetapi tidak menonjolkannya lagi dan warga/atau rakyat Malaysia masih boleh menerima hakikat itu maka gelap lagi masa depan negara kerna nanti tak banyak perbezaan signifikan antara UMNO dan PKR ni, apatah lagi Tengku Razaleigh pun ada dna kuat UMNO dan orang-orang PAS begitu jua dalam tubuh /minda mereka kecuali tidak ditelanjangkan lagi. Walhasil nanti ada dua kumpulan ni PKR dan UMNO sama aje dan rakyat letih dan bosan nanti nak dukung mereka atau rakyat tiada pilihan kerana takut nak pilih DAP/PSM/PRM kerana momokan terhadap mereka telah menjauhi rakyat majoriti kepada mereka. Hai apalah nasib Malaysia? Kena klentong nampaknya untuk satu jangka masa yang lama.
BalasPadam1.ginilah bhaii!!kalu teruknya siazmin tu apa sebab anuar dok menongkoi jee!!tak berani kata apa!!
BalasPadam2.sebab masing-masing ada "RAHSIA"!!
3.kah!kah!kah!!si khalid tu kira oklah jadi MB selangor!!kalau azmin atau anuar brahimm!!kah!!kah!kah!!gelak je puak-puak kapiaq nanti!!terutama si kapal singh!!!
sebelum pilihanraya 13 rakyat selangor jangka tski kekal mb..kalau habaq awal anwar atau azmin jadi mb, rasanya lain keputusannya..rakyat selangor muak politik, kami nak profesional jadi mb..
BalasPadamaymy8888
http://www.selangorku.com/?p=18802
BalasPadamtabn seri khalid bersih? tak terlibat dalam kes rasuah?
sila bacaan artikel dlm sgorku ini, siapa yg buat kajian tersebut?
siapa pula yg diberi kontrak untuk buat kajian ini? rm 5 juta siapa yg dapat? sila tanya tan seri khalid. pejabat mb selalu menerima kunjungan drp bekas rakan beliau di guthrie, adakah mereka ke sana untuk minum kopi? siapakah tan aik mong? ini kena tanya tan seri khalid kerana berapa juta ringgit dr grant selangorku jatuh ke tangan bekas rakan-rakan dr guthrie?
tanya betul-betul baru tau ada rasuah atau tak
Anon 4.46 golak den baco ekau pnnyo komen. Berapo korat bonar sosialis kek Malaysia ni. Bab DNA UMNO tu pulak boleh kata 50 peratus pemimpin PKR ada bondo alah tu. Ekau orang sosialis masuklah PSM apo jadahnyo ekau masuk PKR. Bro Isham ekau orang sosialis-marxis tak nak tubuh parti sosialis-marxis ke. Tubuhkanlah Parti Marxis Malaysia atau Parti Leninist-Maoist Malaysia. Dulu heboh kato marxis ni cool and chick tapi kenapo ekau tak tubuh persatuan. Tapi torus torang den cakap den tak akan masuk kalau ekau tubuh parti pasal eden ni Islamist, jadi eden masuk yang berkaitan dengan Islam.
BalasPadamhanya utusan menyokong azmin.....
BalasPadambenar lagi benar.....
jahatnya susuk ini....
kah....kah....kah....
Gua duk nampak, PRK kajang satu langkah dari beberapa langkah atau game lain.
BalasPadamKerajaan Najib Rosmah tengah lemah sangat sekarang, semua makin berani menentang, dah kena tipu hidup hidup.
Itu lah, laung lagi hidup hidup, hidup melayu.
Kena perut sendiri baru ada akal.
Tapi takpa, game yang lebih besar di hari buruh, atau sekitar mei
Gua memecah berita ni.
KAH KAH KAH