SIAPA DIA AZMIN ALI?
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html
PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html
bagai taik pulang ke ganggang
BalasPadamdedah sampai azmin terberak bro.
BalasPadamjangan bagi muka sgt.
tak guna jadi sosialis kalau sokong rasuah.
baik jadi ketuanan melayu.
kah kah kah
Azmin Ali dia ni baik ke jahat ?
BalasPadamSaya ingat KDYMM Tuanku yang akan menyaman TT - kerana selalu sangat melawak Ya Ampoon dan Pemegang Botol Besar. Atau pun DSRM, kerana berkecil hati dengan lawak-lawak TT. Tut-tut AA pulak yang potong Q. Sakit la kepala Rakyat macam ni.
BalasPadamHeheh..jagalah kau sham...kana picit lah biji palir kau karang...hehehe..bha bha indak tau...bha bha indak tau...kana wowow lah kau....hahahahaha....setakat azmin...opss zip zip.....heheheh...kau sham...kalau nak gaduh dengan azmin...sewa bilik hotel...bergasaklah kamu sampai pagi....siapa binjul banyak kalah.....hahahahhahahaha.....prikitiew FM.....
BalasPadam