Rabu, 26 Februari 2014

SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU





MAJORITI RAKYAT MEMILIH
PAKATAN RAKYAT

OH! BANI MELAYU
Secara terbuka saya ada menulis berapa kali tentang Musa Hitam. Saya tidak pernah mengenali sosok ini. Ketika saya mula menerima pencerahan politik awal 70’an  Si Musa ini sedang menjadi Timbalan Ketua Pemuda United Malays National Organisation.

Kali pertama berlakunya ‘pertembungan politik ’ antara saya dengan Musa pada tahun 1973. Ini terjadi apabila hutan dara di Dengkil Bangi hendak dijadikan tapak Universiti Kebangsaan.  Harun Idris Menteri Besar Selangor pada ketika itu telah dituduh menerima rasuah untuk  meluluskan tanah balak. Dikatakan Harun telah memberikan ban balak ini kepada kroninya.

Pada ketika itu saya ialah Setiausha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Saya nampak lanun-lanun Ketuanan Melayu sedang berebut ‘ ghanimah –harta rampasan perang’. Bila sahaja saya melihat  ada pergaduhan dalaman sedang berlaku maka saya pun masuk mencelah  ‘curah minyak’.

 Heboh-heboh  tentang rasuah “Datuk Harun’ ini menjadi ‘hot’. Media milik United Malays National Organisation pada ketika itu menyokong tindakan mahasiswa. Ini kerana PM  Razak Hussein juga berniat mahu menghakiskan pengaruh Harun yang berkemungkinan menyingkirkan Razak sendiri.

Saya buka Dewan Tunku Canselor sebagai tempat debat. Harus Idris  telah dijemput untuk berdebat dengan pelajar.  Ini saya lakukan  secara sedar untuk menerangkan kepada Bani Melayu, terutama kepada anak muda mahasiswa pada ketika itu  bahawa   Harun Idris yang dianggap ‘hero Melayu sesudah Mei 13’  ini adalah kaki rasuah.

Saya masih ingat lagi gambar dalam Utusan Malaysia dimana seluruh kepimpinan Pemuda United Malays National Organisation berdiri, bersongkok dan memakai pakaian puteh mengangkat sumpah  bersetia menyokong Harun Idris yang sedang ditekan dengan kes balak. Yang mengepali sumpah setia itu ialah Musa Hitam.

Jelas ada bezaan pandangan tetapi  pada hari ini saya menganggap Musa Hitam ini adalah  ‘ meterial’  yang berkemungkinan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Justeru saya mentakrifkan Musa Hitam sebagai PM yang  rakyat Malaysia tak dapat – the prime minisiter we never had.

Mari kita beralih kepada Tunku Razaleigh atau Ku Li. Saya mengenali baik sosok ini. Kami dari sekolah yang sama. Makan dari kawah yang sama. Tetapi  Ku LI ini Anak Raja. Sebanyak mana rajanya saya TIDAK ambil pot.  Ketika saya di Universiti Malaya sosok ini sedang bekerja di Petronas. Justeru ketika  saya mendapat pencerahan politik saya tidak membaca apa-apa ‘ heboh’   tentang Ku Li.

Tapi saya difahamkan ditahun 70’an Ku Li ini termasuk dalam ‘ geng’ yang berpayung di bawah kelambu PM Razak Hussein.  Dalam bahasa soh seh soh seh Ku Li ini adalah ‘inner circle’ Razak. Ertinya PM akan buka telinga apabila Ku Li bersuara.

Ketika wujudnya krisis politik 1988 dan munculnya parti Semangat 46 saya tidak berada  di Malaysia. Justeru saya tidak mengetahui perincian  arus dalaman yang mengalir. Tetapi dari pembacaan dan dari apa yang saya difahamkan oleh ‘murid tua’ sekolah kami – Ku Li telah ditipu oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty dalam pemilihan Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1987. Ku Li dikalahkan   sama saperti  Pakatan Rakyat dikalahkan dalam PRU13 – dengan undi tipu.

 Saya anggap Ku Li ini adalah juga bahan  yang boleh diukir untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.  Sayangnya, Musa Hitam dan Ku Lia adalah dua sosok yang telah dinafikan fikrah  mereka untuk memimpin rakyat Malaysia. Telah dinafikan ketrampilan fikrah mereka khusus untuk memimpin Bani Melayu.

Dua sosok diatas dari parti yang ditaja oleh British. Harus disedari bahawa kepimpinan Bani Melayu bukan hanya datang dari parti United Malays National Organisation. Sejarah telah merakamkan  wujudnya dua  sosok nasionalis Bani Melayu yang gigih berjuang menentang British – bukan gigih membodek British. Mereka  – Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Helmi – mendapat pencerahan dari jalur kiri.

Malah , kesedaran siapa Melayu, kenapa Melayu dan apa Melayu dan kemana Bani  Melayu ini telah awal diwacanakan  oleh dua sosok kiri ini. Jalur kirilah yang petama  secara lantang dan tegas melaungkan Malaya Merdeka! Dua sosok kiri ini berkempen ke serata Tanah Melayu untuk menaikkan kesedaran Bani Melayu. Perjuangan anti-penjajah mereka jelas. Ketika Bung Bustamam dan Bung Burhanuddin ke hulu kehilir berkempen dari pekan  ke  kampong  Si Tungku sedang  enak berkuda. Manakala Si Razak  sedang ‘ enjoy de menjoy’ dengan Black Label.

Boestamam dan Buhanuddin - dua nasionalis Melayu  ini telah dipenjarakan  oleh British. Ini untuk menafikan fikrah mereka  dari dapat memimpin Bani Melayu. Sebagai gantinya Brisish telah menobatkan Tungku dan Razak.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah  sejarah bagaimana Bani Melayu telah dinafikan hak mereka untuk dipimpin oleh sosok kepimpinan yang berkualiti, teruji, berjiwa merdeka. Pemimpin yang memiliki fikrah terbuka  yang berkebolehan untuk mewakili anak semua bangsa. Memang betul apa yang saya katakan ini amat-amat subjektif kerana sosok-sosok ini tidak menjadi Perdana Menteri.

Yakinlah apa yang saya tulis  ialah hasil rumusan  yang berasakan apa yang saya baca tentang sosok-sosok ini dari fakta sejarah. Fakta sejarah ini  saya bandingkan dengan keadaan Bani Melayu yang sedang nazzk dan dahaga dengan kepimpinan pada ketika ini.  Dari  fakta sejarah yang  telah berlalu saya membuat rumusan – kalau lah...

Kalaulah ...Ahmad Boestamam atau Burhanuddin Helmi menjadi PM  Tanah Melayu yang pertama. Kalaulah...Musa  Hitam atau Tengku Razaleigh menjadi PM – bagaimana keadaan politik Bani Melayu  pada  24 Febuarari 2014 ini?

Penjajah British telah menafikan Bani Melayu dari berkongsi kecemerlangan fikrah Boestamam dan Buhanuddin.  Manakala, Mahathir Muhamad anak Lelaki Iskandar Kutty yang keMelayuannya masih dipertikaikan telah menafikan  Bani Melayu dari dipimpin oleh  Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Babak ini untuk saya adalah satu babak jenayah. Untuk saya ini jenayah besar yang telah dilakuan oleh Mahathir Muhamad  sama saperti jenayah kaum Zionis membunuh ahli saintis Iraq dan Iran.

Saya menulis pekara ini kerana sekali lagi saya sedang melihat dengan jelas bahawa ada perancangan yang tersusun untuk menafikan hak Bani Melayu dan hak anak semua bangsa dari mendapat kepimpinan Anwar Ibrahim.  Saya  membaca dengan jelas bahawa telah wujud satu perancangan yang licik untuk menafikan  sekali lagi Bani Melayu dari mendapat sosok yang memiliki fikrah untuk memimpin.

Saya melihat dengan jelas bagaimana penyamun dan lanun ekonomi, para cukong, politikus lama dan baru – sedang mendirikan barisan untuk menentang Anwar Ibrahim. Kali ini bukan untuk menjadi PM tetapi hanya untuk menjadi MB Selangor. Saya melihat saorang  lanun tua yang sedang  sakit bangun kembali berusaha untuk memastikan Langkah Kajang ini gagal.

 Saya sedang melihat dengan jelas bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty sedang merancang bersama kuncu-kuncunya untuk menafikan sekali lagi Bani Melayu  dari mendapat  kepimpinan  yang berfikrah.

Apakah jenayah Bani Melayu? Apa kesalahan Bani Melayu?  Apakah jenayah  warga Malaysia anak semua bangsa? Apa jenayah mereka hingga mereka dipaksa untuk diperentah dibawah pemimpin   Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.  Kenapa rakyat Malaysia anak semua bangsa dipaksa untuk menerima  Abdullah Badawi?  Tidak cukup dengan Abdullah Badawi rakyat Malaysia dipaksa untuk menerima Najib dan Rosmah sebagai pemimpian negara?


Anak semua bangsa – kita semua -  telah terpaksa menerima bengolan-bengolan yang dipilih dari parti United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun bengolan-bengolan   ini telah dieram dan  menetas dari lubang  United Malays National Organisation. Bengolan-begolan ini kemudian dipilih oleh wakil yang datang ke Perhimpunan Agung Tahunan.  Siapa yang dipilih maka mereka akan menjadi Perdana Menteri.

Apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agong telah menjadi rahsia umum. Rakyat Malaysia termasuk juga warga asing telah mengetahui apa itu Perhimpuan Agong Ketuanan Melayu. Rasuah, politik wang dan jual beli kesetiaan semuanya berlaku dalam bazar yang dipanggil  Pemilihan Pucuk Pimpinan. Ini bukan satu rahsia.

Menafikan Bani Melayu dari mendapat  pemimpin yang berkaliber, yang memiliki fikrah adalah satu jenayah.  Ini satu jenayah sama saperti  genocide yang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin. Menafikan sosok yang bijak untuk memimpin adalah rancangan jahat United Malays National Organisation.

Sebenarnya kenapa perlu dinafikan Bani Melayu dari mendapat pemimpan yang bijak? Kenapa Bani Melayu disorongkan dengan Najib dan Rosmah?


Jawabnya cukup senang. Dengan pemimpin yang bijak  Bani Melayu akan melangkah bijak. Dengan pemimpin bebal maka Bani melayu akan terus bebal.  Dengan wujudnya Bani Melayu yang bebal maka parti United Malays National Organisation dapat terus relevan berkuasa untuk merompak harta negara.  Menghalang Anwar dari menjadi MB Selangor adalah sebahagian dari projek pembodohan Bani Melayu. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon 03-92-21-10-45


---------

14 ulasan:

  1. bani melayu senang dikelentong bani mamak ! ABU !

    BalasPadam
  2. BANI Melayu suka kena tipu dari dulu sampai sekarang. Kerana mereka semua keturunan PAK PANDIR

    BalasPadam
  3. mujur masih ada cukong Danny Tan dan Vincent Tan di belakang Anwar kahkahkah

    BalasPadam
  4. tt masih terperangkap dengan sejarah masa lalu. kesian. sekarang zaman mellineum bukan pop yeh yeh. lagu pop yeh yeh memang sedap didengar, tapi zamannya telah berlalu, takkan kembali semula. fikir2 kan la.

    BalasPadam
  5. keturunan pak pandir dan pak kadok le...
    bodoh ditipu oleh keturunan eee sejak zamn melaka dulu

    BalasPadam
  6. Bani Melay ini menjadi lesu dan loya bila dengar sahaja nama islam...jadi eee atau lalat bila terhidu aje kelemahan bani melayu maka lalat pun buka langkah buat kerja mereka. Yang si bani melayu pulak melopong dengan mula ternganga dan lalat pun masuk buat kerjalah..

    BalasPadam
  7. tunku abd rahman gentleman pegi jumpa british one by one tuntut merdeka.

    mahatma gandhi juga gentleman pegi jumpa british one by one tuntut merdeka.

    apa burhanuddin & ahmad boestamam buat? mesti tak gentleman. sama mcm cin peng kecut telor tahu tembak curi je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gentel Man...hahaha...nama pun barua atau tali hayat penjajah...mesti gentel punya man...bodoh cam pukimak...kalau dah sial dok diam diam...kurang sikit tekanan

      Padam
  8. Bani Melayu bagaikan telah disumpahkan oleh kuasa ghaib yang ia tidak mungkin mendapat kepimpinan daripada mereka yang layak memimpin mereka melainkan dapat Tunku yang pernah mengumumkan dia adalah PM paling bahagia di dunia sedangkan Malaya ketika itu baru nak merangkak membangun. Tun Razak pula betul sangat ghairah dengan projek FELDA tapi dia hanya meneruskan malah memulakan pecahan kaum melalui DEB; Tun Hussein Onn terlalu lembit untuk menghasilakan sebarang wawasan, sementara Anak Kutty Iskandar paling hebat membangunkan kronisme kapitalisme, negara sarat dengan simbol kaya Dunia pertama tapi majoriti rakyat masih dalam kelompok miskin dan apa nak diharap dari PM suka tidur, Pak Lah dan akhir sekali Najib yang sebenarnya dikawal oleh Rosmah, dia tiada konsep pembangunan integriti negara dan lembik pula tapi bijak berlagak macam seorang pemimpin hebat bagi Bani Melayu. Hai nasib malang bagi Bani Melayu bangan.

    BalasPadam
  9. Bani melayu suka duit dan burit

    BalasPadam
  10. ape crita suara keadilan kena saman pasal artikel lu bro. azmin telah melanggar kebesasan bersuara ni bro. ni sudah macam diktator. baru jadi timb. presiden tu bro, blum jadi presiden lg. perh kalau die jadi PM tentu jadi diktator yg ganas. apa lagi bro, balun je si azmin tu. ape die ingat die tu besar sgt ke? attack sampai jatuh bro. lebih selamat khalid ibrahim dari azmin.

    BalasPadam
  11. Bani adalah air dalam bahasa hindustan...hahahha....bukan melayu saja....kadazan dan iban pun dimain mainkan...sampai kiamat aku benci mahathir...perangai dia ..misi dia...keturunan dia..dan kau sham...kau telah menoktahkan pencarian alasan ku sebab kenapa aku benci mahathir anak keling iskandar kutty....solid dan lengkap sudah benciku pada mahathir anak keling iskandar kutty...thank guru...salute.god bless u.amin

    BalasPadam
  12. Apa yang saudara TT huraikan ada kebenaran nya. Saya telah menemui beberapa orang para peneroka FELDA. Dari cakap cakap mereka maka saya faham mengapa mereka agak sukar untuk berubah,

    "Mengapa saya perlu menyokong parti lain? Selama ini saya merupa kan orang susah, kini telah di beri tanah 10 ekar, rumah dan segala nya. Apa yang di katakan hutang, saya tidak pernah membayar nya. Semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau tak ada duit, senang aja, ambil segunui gula atau pun apa dari kedai koperasi dan jual di luar. Hutang apa kira kerana semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau anak saya nak basikal untuk kesekolah atau T.V rosak, ambil sahaja di kedai koperasi. Hutang akan di tolak dari hasil kebun. Tak kan saya nak tinggalkan UMNO yang telah membantu selama ini"
    Begitu lah alasan yang di berikan oleh kebanyakan yang saya temui. Walau pun telah di jelas kan pelbagai penyelewangan tetapi mereka tetap dan ta'at dengan hujah tersebut. Jadi apa yang harus saya lakukan, selain dari berdoa agar ALLAH memberi kan taufiq dan hidayah.

    Selain dari itu, kalau ada masa pergi lah ke FELDA terdekat. Pasti akn ketemu dengan mereka yang menghabis kan masa di warung warung. Bila di tanya, begini lah jawapan nya,
    "Nak buat apa lagi Encik, kerja pun tak ada jadi kami semua leleks aja lah"

    Mereka yang saya temui merupakan para peneroka FELDA Tenggaroh.

    BalasPadam
  13. Kah..kah..kah..
    Pandai sungguh kau TT, mengatakan yang bapa pada si monggol telah tonggang "Black Label".kah..kah..kah.Yang aku ingat Carling black label lagi ummppp..macam kena daun ketum.kah..kah..kah.. Bapa borek anak rintik. Kesimpulannya memang betul, selagi melayu terus tipu oleh eeeeeeeee yang diketuai oleh anak iskandar kutty,selagi tulah melayu akan mundur. Apa kata TT,suatu hari nanti bila kita menang pastikan si Pandi Kutty ni digantung macam Saddam Hussein,kerana melakukan rompakan besar-besar pada harta negara milik orang melayu.kah...kah..kah..

    BalasPadam