Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Kenyataan Akhbar: Keputusan Rayuan Liwat II : UMNO Barisan Nasional Balas Dendam Terhadap Anwar Ibrahim
6 Mac 2014
Negara sedang berdukacita dengan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang petang tadi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap fitnah Liwat II, yang mensabitkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau pada tahun 2012.
Keputusan ini hadir kurang seminggu daripada tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun N25 Kajang yang sepatutnya menjadikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Jelas UMNO Barisan Nasional Berjaya melaksanakan konspirasi jahat mereka untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim dan mematikan karier politik beliau.
AMK Selangor mengutuk sekeras-kerasnya rancangan penuh tipu muslihat ini, kerana keputusan penghakiman dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan singkat. Mahkamah juga banyak menolak permohonan pembelaan yang dibuat serta seolah-olah telah bersedia menjatuhkan hukuman yang zalim ini.
AMK Selangor menyifatkan keputusan ini sebagai cetusan baru untuk anak muda bangkit dan melawan kerakusan UMNO Barisan Nasional yang terpaksa bergantung kepada fitnah untuk mengekalkan kuasa yang semakin longgar. Anak muda tidak akan membiarkan mereka ditindas oleh pembodohan seperti ini.
UMNO Barisan Nasional Jangan Rasa Selesa
UMNO Barisan Nasional tidak perlu berasa selesa dengan perkembangan terbaru ini. Keputusan penghakiman ini pasti akan mendapat kritikan antarabangsa dan merendahkan martabat Malaysia di mata dunia. UMNO Barisan Nasional juga harus bersedia menerima tentangan lebih hebat dari rakyat.
Jentera AMK Selangor sedang digerakkan ke seluruh pelusuk negeri untuk menyedarkan bahawa kebebasan sedang berada pada satu tahap yang cukup tenat. Jika seorang lelaki yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri boleh dizalimi begini, tidak mustahil rakyat terbanyak akan menerima layanan lebih buruk dari UMNO Barisan Nasional semata-mata untuk kekal berkuasa
REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!
Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
----------
Brader Anwar masuk penjara anak muda akan turn ke jalanraya!
BalasPadamElok la pon. Klu anwar kat luar banyak sangat nak kipas nuar himpit jawatan. Byk sgt pecakaran pas ngan pkr. Skg pandai2 la pas ngan pkr nak idup. Lepas ni klu nuar masuk dalam baru la nak belajar bersatu balik.... Sabor aje la. Bukan lama Sgt 5 tahun. Lepas kuar nanti bole jadikan pakar strstegik PR.
BalasPadam