KEMANA PERGINYA
KAPAL ITU
Telah melintasi lebih dari
satu minggu pesawat MH370 telah hilang lenyap. Seramai 239 penumpang dan anak
kapal telah hilang lenyap semenjak 8
March lalu. Apa yang terjadi? Saya secara jujur – sama saperti warga dunia - tidak tahu apa terjadi. Malah akan bertaynya
apa sebenarnya berlaku. Tetapi bukan ini
yang ingin saya paparkan dalam tulisan kali ini.
Apa yang terjadi kepada
MH370 telah menjadi spekualasi diseluruh dunia. Sesiapa sahaja yang berminat mengikuti berita ini mungkin ada memiliki teori dan labon tentang apa yang telah
terjadi. Pelbagi teori dan sudut telah dikupas. Pelbagai dongeng telah
terhambur. Para peminat teori konspirasi telah mula menulis berjela-jela. Malah
saya sendiri telah menerima pelbagai alamat blog yang menulis teori konspirasi.
Meminta saya memberi komen.
Saperti biasa tukang labon
teori konspirasi ini akan mengkaitkan Yahudi, Free Mason, Amerika, CIA dan dan
dan. Tidak cukup dengan ini diselitkan juga ayat-ayat suci untuk memperkokohkan
teori labon ini.
Saya menolak semua teori
konspirasi ini. Untuk saya pada tahap ini satu kemalangan telah berlaku. Hati
dan harapan kita adalah kepada kaum keluarga sanak saudara penumpang dan anak
kapal yang telah ditimpa kemalangan ini.
Tetapi kenapa teori
konspirasi ini muncul? Inilah yang ingin saya paparkan kepada pembaca kali ini.
Kita wajib mengetahui bagaimana teori konspirasi ini berjalan, bergerak dan
tersebar.
Saya masih ingat lagi ketika
saya di Beirut dalam tahun 1975. Ini sesudah terbunuhnya Al-Malik Faisal raja
Saudi ditangan anak buahnya. Saya ditanya oleh anak-anak muda Palestin dan Arab
yang sedang bergerila menentang fasis Falangist di kota Beirut – siapa membunuh Raja Faizal?
Bila saya tidak memiliki
jawapan muncul pula soalan cepu mas. Dimana Malik Faisal sekarang? Saya
tersenyum tanpa jawapan. Lalu saya diberitahu bahawa Malik Faisal sedang
berkonspirasi dengan Allah untuk ‘mengkambuskan’ perjuangan Palestin. Bunyi
ayat ini lawak. Mana mungkin yang telah mati berkonspirasi. Tetapi inilah
hakikatnya yang telah berlaku.
Kita juga pernah membaca
tentang Lady Diana, tentang John Lennon , tentang Malcolm X, tentang Martin
Luther King , tentang JFK dan dan dan. Pelbagai kesah dan teori konspirasi yang
kita baca dan dengar tentang kematian mereka. Kenapa ini berlaku? Apa hubungan
dengan MH370?
Mari kita ingati kembali
bagaimaan kita warga Malaysia anak semua
bangsa telah diberitahu tentang kemalangan ini berlaku. Berita kemalangan ini
hanya dibuka kepada umum hampir 5 jam sesudah putusnya hubungan anak kapal
dengan radar dibumi. Kenapa ini berlaku? Tiga jam atau 5 jam lewat ini
kini menjadi asas teori konspirasi.
Asas teori konspirasi
ialah keyakinan. Asas induk ialah
kepercayaan orang ramai terhadap kenyatan resmi. Harus diakui bahawa 52%
rakyat Malaysiai telah mengundi Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka TIDAK
yakin dengan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.
Seramai
52% warga ini tidak akan percaya kepada apa sahaja yang dituturkan oleh Najib,
atau sepupunya Hishammuddin atau sesiapa
sahaja yang dilihat mewakili kepentingan United Malays Natioanal Organisation.
Mustahil gerombolan yang telah menipu dalam PRU13 akan diyakini cakap-cakap dan
kenyataan mereka tentang MH370. Najib dan Sepupunya tidak memiliki kredibiliti.
Walau pun Najib dan Sepupunya memulakan
sidang akhabr dengan bismilalah ianya
tidak memungkinkan 52% warga Malaysia kembali percaya kepada mereka.
Jelas
teori konspirasi bergerak diatas ketidak yakinan warga terhadap lembaga daulah.
Hilangnya keyakinan ini bukan satu yang baru di Malaysia ini. Seramai 52% warga
yang mengundi Pakatan telah tidak yakin
dengan kerajaan. Ini bukan data yang saya mucul-munculkan. Data 52% ini
adalah keputusan PRU13.
Apabilan
Najib membuka mulut maka soalan pertama akan timbul dari anak semau bangsa ialah siapa bunuh
Altantuya? Siapa mengupah Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya? Selagi
persoalan ini tidak terjawab apa
sahaja yang dicakapkan oleh Najib dan Sepupunya
pasti tidak akan diyakini orang ramai. Kalau dalam kes Altantuya mereka menipu
mustahil dalam kes MH370 ini mereka tidak menipu.
Bukti
hujah ini menjadi saheh apabila diketahui bahawa dua warga Iran telah menggunakan paspot paslu. Dengan serta
merta lama sosial Face Book telah heboh
memberi ingatan bahawa nama Altantuya
juga telah hilang dari senarai keluar masuk imigrisen. Dua lagi paspot palsu digunakan untuk masuk ke Malaysia bukan satu
yang pelik.
Justeru
apa yang ingin saya paparkan disini
ialah keyakinan yang telah hilang terhadap Najib dan kuncu-kuncu-nya. Inilah yang
menjadikan teori konspirasi ini meluas dan
melebar. Teori ini menjadi kukuh dan
dilihat berasas apabila para pegawai Najib mula membuka mulut.
Pada
awalnya entah atas nasehat siapa Askar telah memberi taklimat tentang kapal
terbang awam yang hilang. Ini pelik bin takjub. Kenapa Sang Askar? Tidak adakah
Pegawai Awam yang berupaya memberi taklimat? MH370 bukan kes perang. Ini kes kapal terbang
awam hilang. Ini bukan kapal terbang tentera. Kemunculan Askar ini telah
menimbulkan banyak syak wasangka.
Teori
konspirasi bertambah rancak apabila sidang akbar dibuka untuk akhabar dunia.
Selama lebih dari 50 tahun United Malays National Organisation telah menipu dan
berbohong melalui media yang mereka miliki. Dengan menggunakan pelbagai bentuk
undang-udang – ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Resmi dan dan dan gerombolan Ketuaan Melayu ini telah
menggunkan media untuk menipu.
Apabila
wujudnya media baru - United Malays
National Organisation telah melarang
wartawan dari MalaysiaKini atau Suara Keadilan dari dapat bersama membuat
laporan.. Gerombolan Ketuanan Melayu ini selama lebih dari 50 tahun telah
membuli dan mengancam waratawan tempatan.
Dengan
kes Mh370 Najib dan Sepupunya tersentak dan mengigil apabila mula
berhadapan dengan wartawan antarabangsa. Wartawan antara bangsa ini tidak ambil pot siapa Najib, siapa Sepupunya
dan siapa Ketua Polis Negara. Tugas mereka mencari dan melapor berita. Maka untuk
pertama kalinya para Raja Lawak ini dilihat bebal dan berpeluh takut berhadapan
dengan media. Padan muka.
Saya
yang pada ketika menulis ini berada di
London telah berpeluang melihat media bebas bergerak. Saya bernasib baik dapat
melihat bagaiaman Sepupu Najib cuba bersilat lidah – berkuntau - dalam usaha
untuk menipu wartawan dunia. Saya dapat berpeluang melihat sidang akhbart Raja
Lawak ini secara terus menerus tanpa sekatan dan dipotong.
Malam
Ahad yang lalu saya berpeluang melihat media CCTV- Tiongkok memperlihatkan
sidang akhbar warga mereka di Kuala Lumpur.
Saya berpelung melihat bagaimana warga China telah mengancam Najib dan
gerombolan United Malays Natioanl Organsiation kerana mereka merasa mereka
telah ditipu. Tidakada Dartuk Seri atau
Datin Seri untuk warga China ini mjereka merasa telah ditipu.
Diluar
negara juga- saya berpeluang melihat induk berita terpampang luas – LIES – pembohongan- muncul
dari akhbar cetak Hong Kong. Jika inilah
muka hadapan akhabr kita pasti lessen
cetak dirampas dabn Ketua Pengarang dtahan tanpa bicara. Saya sekali rakyat Malaysia tiadk berpeluang melihat apa
yang dapay saya lihat, say abaca dari Kota London.
Kemalangan
MH370 ini sebenarnya telah membuka mata orang ramai. Untuk 52% pengundi Pakatan
mata hati mereka tidak perlu diusik. Mereka telah lama sedar. Kes pesawat
hilang ini hanya akan memperkuatakan lagi keyakinan mereka bahawa kerajaan
Najib dan Sepupuny wajib dilawan.
MH370
ini telah berjaya membuka mata 47% warga
Malaysia yang tidak mengundi Pakatan.
Kes MH370 ini mula menampakkan kepada mereka betapa bebalnya Najib Rosmah da Sepupunya Hishammuddin. Bunyi
suara media dunia yang marah kerana
mereka merasa ditipu ini sadikit
sebanyak telah sampai ke pendengaran Mak Cik dan Pak Cik Felda.
Najib
dan Sepupunya menjadi Raja Lawak bertaraf dunia bukan kerana kemunculan bomoh
tetapi kerana kegagalan mereka menjawab soalan-soalan dari media
antarabangsa. Bukan kita hendak
ketawakan keupayan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul – untuk saya
ini kurang penting.
Apa
yang penting ialah melihat bahasa badan
Najib , Hishammuddin, Ketua Polis Negara. Saya amat-amat jarang menonton tv
tapai pada petang Sabtu 15 haribulan
yang lalu saya berpeuang melihat Najib dan Sepupunya beraksi. Jelas dari nahu
bandan mereka, jelas dari cara mereka bersilat lidah – ada sesuatu yang ingin
mereka sorokkan.
Secara
positif kes pesawat MH370 hilang ini telah membogelkan keupayaan fikrah Najib
dan Sepupunay. Kes ini juga telah membogelkan
kebebalan United Malays National Organisation kepada dunia. Hari ini anak
semua bangsa terus berdoa dan berharap pesawat MH370 akan selamat.
Bersama
doa dan harapan ini – anak semua bangsa – rakyat Malaysia telah sepakat mengakui bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini
wajib diganti. Satu kerajaan baru wajib
lahir dari kemalanagn MH370 ini. Kita TIDAK ada pilihah- sebelum Kilang Lynas
retak, sebelum Loji Nuklear pecah kerajan Najib Rosmah dan Sepupunya wajib kita gulingkan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADiLAN
1.oittt bodoh!!lebih 25 negara terlibat mencari kapalterbang!!hang ingat semua ketua negara terlibat boleh di perbodohkan oleh najib dan rosmah ke bhaii!!hang ingat semua mereka boleh percaya bahawa kehilangan pesawat tu disebabkan kospirasi rosmah!!akai dikepala lutut ke bhaii!!
BalasPadam2.kalau dah bodoh tu jangan tunjuk sangat kebodohan ko tu terutama dalam bab kehilangan kapalterbang ni!
3.bodoh punya orang!!bodoh dari peristiwa baling hinggalah ke tua bangka!!
Wahai Tuan TT
BalasPadamSalam hormat.
Walau apapun tulisan mengenai apa-apa, selagi pesawat MH370 tidak diketemui, maka hanya perasaan pilu dan sedih tak terhingga mengenangkan anak tiada bapa, ibu kehilangan anak, isteri melopong mengenangkan si-suami yang sudah tiada dan tempat duduk rakan kerja yang sudah kosong.
Siapa yang membuat perkara ini amat keji dan jahat tak terhingga sampai secebis urat benang punya tak dijumpai.
Namum begitu, hati mula berwaksangka yang membuat perkara terkeji ini adalah gerombolan yang sekarang tidak tahu macam mana nak tutup lubang.
Sekian untuk menenangkan hati dan untuk mengenangkan setiap yang berada di dalam pesawat tersebut.
Aper yg terjadi bukan suatu lumrah..anda mengkaji tapi anda lupa mengaji,.anda mengaji tapi lupa mengkaji..bila hijab terbuka maka nampakla kemaluan kemaluan..bila tuhan nk tunjuk keaiban kejab je kunfayakun..jadi!! Oleh demikian jgn sbong..bila tuhan nk tarik rahmad yg diberi selama ini sekelip mateje..inila fenomena yg terjadi di malays.a kini maka dgan itu jauhilah budaya fitnah :-D:-D:-D kadang2 ape yg dirancang x menjadi..kerana lupa pandang jauh...ini berlaku karna anda dikaji jadi aku mengaji
BalasPadam370....1 biji....gua tai 3701 50...50....yang kuar 5701....pKimak....gua lupa campur 2 ekor mangkuk yang buat PC tu......hahahhaha...aduiiiii.....melayang 100........betul betul sial lah yang bersepupu tu...sialllll....
BalasPadamanon 11:46 nos tu delay. tibai 100b 100s sabtu ni mesti marii. bincent tan da habaq ngan wa... kekekek...
Padamjangankan bersilat lidah siap keluar buih mulut hishamudin nak menjawab...ilmu semiotik aku mengatakan kalau orang bercakap sampai mulut berbuih ni dia banyak lebongnya....pandai cakap atau main cakap tapi dia sendiri tak tau apa yg dicakapkan waktu tu berkenaan pasal manggis 3-4 tan oooo
BalasPadamANWAR DAH MENGAKU KENAL PILOT ZAHARIE.
BalasPadamKAH KAH KAH.
ADAKAH MH370 HILANG SEBAB KES LIWAT??
ADAKAH MH370 HILANG SEBAB TAKSUB ANWAR??
MALU OOO. SATU DUNIA TAHU MH370 HILANG SEBAB KES LIWAT.