KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT
8 Mac 2014
8 Mac 2014
Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni UMNO-Barisan Nasional.
Walaupun UMNO-Barisan Nasional terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan UMNO-Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap sdr Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana UMNO-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.
UMNO-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.
Kami yakin pengorbanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia. Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini telah membuat ketetapan bahawa:
1) 1) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2014;
2) 2) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen pada 11hb Mac 2014 sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk sdr Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang.
Dato’ Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN
Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi DAP
Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi DAP
-----------
Satu lagi pengorbanan DSIA jika diimbau kembali peristiwa Baling semasa beliau masih bergelar mahasiswa telah membuka mata Mahadey kutty ketika itu sebagai menteri pelajaran untuk mengubal AUKU dan kini beliau juga telah memusnahkan kerjaya DSaI sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh baik dalam atau pun luar negara. itulah sebabnya UMNO takut sangat kepada DSAI ,sekarang mereka semua boleh tidur lena jika rayuan DSAI ke Mahkamah Ruyuan juga titolah terutama Daim, Mahadey kutty , Brahim kataki dan macai-macai yang sezaman dan seangkatan dulu dan selama-lamanya, tunggulag PRU14 nanti dan lihat kemana UMNO akan pergi.
BalasPadamBro, 'langkah kajang' dah tempang! Takde ulasan ke? Anwar dah kena check mate, boleh melangkah lagi ke? Apa backup plan?
BalasPadamGolongan berleter tentu berkah kah kah! Ulasan kau pasal langkah kajang relevan lagi ke?
Apo boikot lotak jawatan la....lagi bhaguih ghamai ghamai buek hal masok dalam ado gak bang non kawan... agong ado elek la bagi jo la bang non masuk..hukum dhunio apo ado hal...
BalasPadam