Khamis, 27 Mac 2014

LANGKAH KAJANG DITERUSKAN







 DITERUSKAN 
LAGI

 
  

MENERUSKAN 
LANGKAH KAJANG

Wan Azizah telah menang dalam PRK N25 Kajang. Asalnya kerusi N25 ini telah dikosongkan untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding. Tujuan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang  cukup jelas. Tak perlu berselindung.  Tujuan utama ialah untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Langkah Kajang ini bertelor, dieram dan menetas dengan pantas. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menafikan ‘musuh’ politik luar dan dalam dari berupya melakukan sesuatu untuk mengagalkan Langkah Kajang.

Satelah Langkah Kajang diumumkan  – orang ramai telah  melihat bagaimana  Langkaah Kajng ini telah menakutkan hati perut Daim Zainuddin dan Mahathir Muhamad Anak Lelaki  Iskandar Kutty. Dua bengolan ini  pernah  bekerja dengan Anwar Ibrahim.  Mereka dalam satu kabinet. Justeru Daim dan Mahathir  tahu fikrah dan keupayaan  Anwar Ibrahim.

Ketakutan Daim dan Mahathir ini semakin jelas apabila Daim yang dikatakan ‘gering’ telah terbang ke Kota Bahru  bersama jurutulis yang bernama Cik Kadir bin Jasin. Mereka  sampai  ke Kota Baru untuk  menabur  janji-janji  ‘projek’ kepada  MB Kelantan dan para pemimpin PAS.  Ini sebagai ‘upti’ agar Pas tidak akan menyokong Anwar dari menjadi MB Selangor. Ini langkah sabotaj mereka.

Tup tup – Khalid Ibrahim juga telah terbang Kota Baru  salepas kepulangan Daim. Dilaporkan Khalid datang dengan tujuan menanda tangani  perjanjian projek dua hala – Kelantan/Selangor. Kedatangan Khalid  Ibrahim ini agak memeranjatkan kerana tetiba sahaja  ada ‘projek’ yang perlu ditanda tangani bersama.  Desas desus menyamakan niat Daim dengan Khalid  mula tersebar. Tetapi kesampaian Si Khalid ini agak berbeza dengan Daim kerana Kelantan dan Selangor adalah dibawah Pakatan. Ini tanda setiakawan dua negeri Pakatan.  Untuk masa ini tak perlu kita berdesas dan berdesus.

Daim dan Mahathir terus merancang. Mereka sedar jika Anwar menjadi MB Selangor nyawa-nyawa ikan  United Malays National Organisation di Selangor akan terus diancam. Selangor wilayah terkaya  di Asia Tenggara kini bukan lagi milik United Malays National Organisation.  Penyokong Parti Ketuanan Melayu ini telah kehilangan Selangor yang selama ini dijadikan  lubuk kontrek.

Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty sedar tentang apa yang  akan dibawa oleh tim Anwar Ibrahim ke Selangor. Selangor yang dipimpin oleh MB Khalid Ibrahim ini jelas bukan pentabiran yang korup. Ianya satu pentabiran telus.  Bayangkan  pentabiran Khalid ini akan ditambah dengan datangnya Tim Anwar Ibrahim ke pentabiran Selangor. Tim Anwar ini akan membawa  lincah politik baru yang selama ini tenggelam di Selangor. Lincah politik ini bertujuan untuk melahirkan ombak-ombak kecil sebelum satu tsunami pukul mati yang ditujukan kepada United Malays National Organisation.

 
Tim Anwar Ibrahim bukan hanya melihat Selangor  sebagai Selangor tetapi akan dijadikan satu wilayah  atau lebih tepat lagi satu kota untuk membuka  dan meluaskan pentas dan laman perang. Selangor akan dijadikan basis untuk rujukan ekonomi, untuk rujukan politik dan untuk rujukan budaya anak muda. Ini adalah sebahagian dari projek Langkah Kajang.

Semua ini disedar oleh Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru tarikh bicara Anwar telah dibawa ke hadapan. Tarikh hari penamaan calon sengaja dilambatkan. Semua ini dirancang. Semua ini diatur. Jangan silap baca. Jangan silap congak. Anak Lelaki Iskandar Kutty dan  para lanun yang kaya raya menjarah harta Negara TIDAK akan membenarkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.

Para lanun yang selama ini menjarah harta kekayaan Malaysia sedar jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor maka mereka kesemuanya berkemungkinan untuk  dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa. Lima atau enam orang jahat yang merompak harta Negara ini sedar, Selangor dibawah pimpian Anwar Ibrahim ialah tali gantung untuk mereka.

Justeru Mahkamah telah digunakan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari bertanding.  Semua ini cukup jelas.  Adalah satu dongeng jika kita percaya bahawa mahkamah rayuan  yang menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim itu telah berlaku adil.

Lihat bagaimana  Anwar telah cuba membuat rayuan  bertulis satelah dijatuhkan hukuman. Peguam Anwar meminta masa untuk menuliskkan rayuan mereka cecara tersusun termasuk laporan dari doctor. Ini telah  dinafikan.

 
Pihak yang didakwa telah diberi masa hanya 1 jam untuk membuat persediaan rayuan. Ini belum pernah terjadi dalam mana-mana mahkamh di dunia ini.  Ini satu rekod baru dari segi kehakiman. Peguam Anwar tidak sempat menulis atau mebuat rujukan. Maka rayuan hanya rayuan mulut.

Lihat juga bagaimana untuk pertama kalinya dalam sejarah Mahkamah Malaysia  telah bersidang hingga jam 8:00 malam. Mahkamah biasanya bersidang hingga jam 4:30 atau selewat-nya jam 5:00 petang. Dalam kes Anwar Ibrahim ini semuanya  TIDAK pelik dan TIDAK hairan. Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk  mengagalkan langkah Kajang.

Akhirnya Daim and Anak Lelaki Iskandar Kutty  telah berjaya menggagalkan Anwar Ibrahim dari bertanding di N25 Kajang. Projek Daim telah memastikan Anwar tidak dapat bergerak. Pakatan menangkis dengan memunculkan   Dr Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat menjadi calon N25 Kajang.

Sayugia diingatkan kemenangan Wan Azizah ini bermakna  Langkah Kajang  babak pertama telah berjaya.  Penafian Anwar Ibrahim dari bertanding di Kajang tidak bermakna Langakh Kajang ini tamat bagitu sahaja.  Niat dan tujuan Langkah Kajang  untuk menjadikan Selangor kawasan basis  masih utuh.  Diulangi -  TIDAK ada apa apa perubahan dalam Langkah Kajang.

Tim Anwar Ibrahim  telah siap siaga untuk masuk ke pentabiran Selangor. Niat dan cita-cita ini tidak pernah berundur dan tidak luntur. Dasar dan strateji telah mula diatur, dirancang  dan disusun untuk memastikan Selangor akan menjadi  pusat satu gerakan politik Pakatan Rakyat yang ampoh untuk menyerang negeri-negeri yang masih dicengkam oleh Parti Ketuanan Melayu.

Untuk meluaskan fikrah demi untuk memahami Langkah Kajang biar saya bawa pembaca ke Negara Pilipina – negara jiran kita. Pada 21 Ogos 1982 Banigno Aquino  bekas Senator telah pulang dari Amerika.  Sesampai dilapangan terbang Manila Banigno Aquino telah ditembak mati. Dilaporkan Si Pembunuh  dengan  sekelip mata ditembak mati. Ini adalah sebahagian dari Projek Marcos.

Presiden Marcos sama saperti Daim dan Mahathir tidak mahu Anwar di Selangir. Presiden Marcos tidak mahu Aquino berada di Pilipina. Banigno Aquino datang  ke  Manila untuk membawa Langkah Pilipina Baru. Banigno ingin  menggantikan Presiden Marcos yang korup. Justeru Daim dan Mahathir beri arahan gagalkan Anwar. Justeru Presiden Marcos beri arahan gagalkan Langkah Pilipina Benigno Aquino.

 
Aquino telah dibunuh.  Anwar didapati bersalah maka tidak boleh bertanding. Apakah Langkah Pilipina Aquino gagal? Apakah Langkah Kajang gagal? Jawabnya psati tidak. Muncul  Sang Isteri  – Cory Aquino untuk meneruskan projek pendemokrasian Pilipina. Muncul Dr Wan Azizah untuk memimpin Selangor.  Anwar berjaya digagalkan. Gantinya ialah Wan Azizah. Langkah Kajang tetap diteruskan.

Dr. Wan Azizah dan  Cory Aquino berada dalam  kancah yang sama.  Apabila Sang Suami ke penjara Wan Azizh telah muncul untuk membina Parti Keadilan Nasional kemudian bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat.  Ketika Anwar Ibrahim menjadi TPM – Wan Azizah dibaca sebagai seorang isteri. Ketika Anwar Ibrahim dipenjara Wan Azizah  mendewasa untuk menjadi pemimpin parti.

Ini sejarah. Ini fakta. Saya menulis fakta ini  untuk memberi tahu jenerasi muda yang mungkin tidak sedar akan ‘timeline’ sejarah politik terkini Malaysia. Saya juga ingin memberikan fakta sejarah ini kepada  sesiapa sahaja yang ada memilik was was tentang ketrampilan Wan Azizh untuk menjadi MB Selangor.

Jika ada sesiapa yang memiliki keraguan tentang ketrampilan Wan Azizah? Atau ada sesiapa yang akan mempertikai niat dan cita-cita Langkah Kajang? Untuk mereka yang mempertikaikan Langkah Kajang ini saya berani menyamakan  mereka dengan niat  jahat dan hati busuk yang dimiliki oleh Daim Zainuddin dan Anak Lelaki Iskandar Kutty.

 
Saya membuat rumusan ini  dengan perhitungan yang paling senang. Dengan menggunakan perhitungan yang paling asas. Daim Zainuddin, Mahathir Muahamd,  Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali , Utusan Malaysia dan kaum-kaum yang lain – semuanya menentang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor.  Jika mereka menentang bermakna Langkah Kanag itu betul dan tepat. Kalau tidak betul dan tidak tepat mustahil kesemua bengolan ini akan menentang.

Hukum politik di Malaysia ini cukup senang. Apa yang ditentang oleh Mahathir Muhamad ialah kerja baik. Apa yang disokong oleh Mahathir Muhamad ialah kerja salah. Apa yang disokong oleh Utusan ialah kerja jahat. Apa yang ditentang oleh  Utusan ialah kerja betul.

Jika menggantikan MB  Selangor dengan Dr Wan Azizah ditentang oleh Utusan   maka  Langkah Kajang wajib diteruskan. Kerana ini adalah kerja  stratejik yang tepat dan betul. (TT)


MENERUSKAN LANGKAH KAJANG
Telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
---------

6 ulasan:

  1. Satu mukadimah dan pencerahan yg agak bagus 83% mar'ah aku kasi,ini karna masih kekurangan intipati./harap pemuda2 pas dan pkr faham dlm situasi ini..jgan dok berkira2 jawatan,pandang jauh,pandang pada matlamat and fehem better fehem and one more kepada ket tlo we memuda pas entah pem name nye kitat,kiat,kuyat ke ujung nye,,lain x jalan bertongkat tongkat jgan dok shok mcm bagus

    BalasPadam
  2. Orang yang paling kecewa dengan kegagalan Langkah Kajang ialah Mat Mongol
    Maka berakhirlah impian kerajaan yuji PKR dan UMNO di Selangor...

    BalasPadam
  3. macai2 xphm lg sbb seless mkn d suapkn nasi ke mulut oleh bn...tp xsdr diri jd hamba

    BalasPadam
  4. Dengan kerajaan syaitan ni layanan dia mcm ni....dia nak tampar pipi kiri...offer sekali pipi kanan.....bagi dia puas hati...sampai mati celik biji kata.....kalau daim dan anak iskandar ni mati..mesti ada satu pasukan yang ditubuhkan...pasukan ini diberi nama ..suruhanjaya diraja kasi gam mata dia pakai gam uhu atau ringkas dia....GAMAU......hehehhee

    BalasPadam
  5. Kih kih kih...

    Satu saja pilihan yang kau ada...

    Kalau kau tak pilih bersama aku...

    Secara automatik kau musuh aku...

    Kan?

    BalasPadam
  6. jelas pak hisham....jelaskan dgn baik sekali....biar muda mudi malaysia akan ingat sampai tujuh keturunan mereka.....jangan cuma mereka ingat setiap rezeki itu jatuh dari langit saje....jangan ingat mudahhhh....

    BalasPadam