Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin
Kenyataan Media berkenaan peruntukan Kerajaan BN kepada PERKASA oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin di lobi Parlimen
20 Mac 2014
Dalam soalan lisan saya kepada Perdana Menteri pada 19 Mac 2014, Saya tanya jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara.
Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah menjawab pada hari. Sila rujuk jawapan.
Saya agak terkejut kerana ini pertama kali Kerajaan Barisan Nasional mengesahkan bahawa mereka telah memberi peruntukan kepada NGO extremis PERKASA. Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi, di belakang slogan yang manis, ia telah memberi sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar bible, yang ingin membuat demo di depan gereja, yang memberi sarung putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.
Maka terbuktilah, selama ini, Perkasa adalah sayap kepada UMNO dan ia menjalankan segala kerja extremis demi UMNO. Perkasa juga selama ini mengakui 80% ahli Perkasa adalah ahli UMNO.
Dengan bukti-bukti yang kukuh ini, Saya ingin mencabar president MCA Dato Seri Liow Tiong Lai memberi pendirian MCA ke atas tindakan kerajaan memberi peruntukan menyokong program PERKASA. Adakah MCA setuju dengan tindakan kerajaan? Jika tidak, apakah tindakan MCA seterusnya? Saya cabar MCA tidak memasuk cabinet yang yang menyokong extremis perkauman.
Jawapan ini jelas menunjukkan bahawa MCA sekongkol dengan NGO extremis Perkasa. Dalam PRK Kajang, calon MCA Chew Mei Fun telah berceramah dengan Ketua Penerangan PERKASA. Ketua Bahagian MCA Perlabuhan Klang 郑敬保 juga pernah berdemo bersama-sama dengan PERKASA. Saya ingin membongkar hypocrisy MCA bahawa mereka boleh dipercayai 信得过,靠得住 , ini slogan MCA dalam PRK Kajang.
Saya juga menyeru pengundi-pengundi di Kajang dapat melihat dengan diri sendiri hypocrisy UMNO-BN.
Akhir sekali, saya ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dari menteri JPM kerana tidak berterus terang menjawap berapa peruntukan yang diberi kepada Perkasa. Menteri elak menjawab menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi, kerana program tersebut dihadiri oleh 5000 peserta. Saya menyarankan menteri meningkatkan transparency dan bercakap benar kepada wakil rakyat yang menimbulkan soalan dewan. Jangan menyembunyikan sesuatu, ini seolah-olah menaungi PERKASA.
Sim Tze Tzin, MP
-------------
kalau setakat tulisan dok maki orang, babi pun boleh buat.
BalasPadamcuba tulis yg berilmiah & saintifik sikit.
nampak sangat si mp yg rendah IQ.