KOMENTAR TUKAR TIUB
spr secara senyap senyap
sedang merancang
sedang mengatur
sedang membuat peta
untuk memunculkan sempadan sempadan baru
kawasan parlimen dan dun
tujuan hanya satu:
untuk memastikan
united malays national organisation
akan terus berkuasa
bersih juga sedang menrancang
bersih juga sedang mengatur tindakan
para pengundi sedang dilatih
untuk membantah jika pengundi merasa
sempadan baru ini hanyalah tipu helah spr
jika bantahan ini gagal
maka bersih akan turun ke jalan raya
ini bukan satu ancaman
ini satu janji
BERSIH 4 jika bantahan gagal
Himpunan BERSIH 4.0 akan diadakan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan tuntutan rakyat dalam proses persempadanan semula bermula tahun ini.Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah bagaimanapun berkata, SPR boleh mengelaknya jika mengambil kira bantahan dalam proses berkenaan yang dijangka diumum di parlimen bulan ini
"Jika semua ini gagal dan SPR tidak mahu dengar kerana mempunyai agenda lain, jadi ia (BERSIH 4.0) tidak dapat dielak.
"Jika mereka (SPR) tak mahu dengar, apa lagi pilihan yang kita ada? " kata Maria kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran DART peringkat kebangsaan hari ini.
Bro. Suda tahu SPR ni tembok. Demo tiap2 malam pun SPR hidup lagi. Dah tu, Mahkamah pun tembok juga. Sekali langgar tembok, buli terima. Tapi kalo dah kali2 langar tembok, itu kerja gila namanya. Pakai la strategy lain. Kan TAIB ada 25 kerusi!!
BalasPadam