Rabu, 23 April 2014

DAIM BUKA LEBONG






Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'

KUALA LUMPUR 22 April -  Daim Zainuddin menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai ‘kaki goreng’ kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?
"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’," katanya.



KOMENTAR

lebong daim ni tak habis
anwar hebohkan  dalam ceramah

kesahnya bagini:

masa anwar kerja dengan bank dunia
anwar ada datang ke tanzania
anwar ada tanya gobenor bank tanzania
apa jenis bank daim di tanzania
tuan gabenor jawab:
daim hanya buka bank

mengikut anwar
daim buka bank di tanzania kerana
nak simpan duit
tak berani simpan di eropah
tak berani simpan di swiss

kerana banyak kes para lanun
dan pemimpin politik 
dari afrika dan asia
yang buat duit dengan jalan tipu
mereka simpan duit di swiss
tapi ngo swiss berjaya
membekukan duit itu
ini macam kes taib mahmud

daim sedar hal ini
maka dia buka bank di tanzania

cerita ini tak habis disini

beberapa bulan kemudian
si gobenor bank tanzania
ditahan di heathrow airport
kerana bawa duit masuk ke london

yang ini daim tak berani sebut

duit sapa pulak ini?

NOTA
hanya putu yang kenal mayam
kah kah kah



KAH KAH KAH


-----

Tiada ulasan:

Catat Ulasan