Ahad, 20 April 2014

DEMO SATU MEI





DEMO SATU MEI
DATARAN MERDEKA
 JAM 2:00 PETANG

Pelaksanaan GST boleh ditangguhkan

KUALA LUMPUR 19 April - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh ditangguhkan jika keadaan tidak kondusif walaupun tarikh pelaksanaannya telah dijadualkan pada April 2015.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan masih lagi mengkaji dan melihat sama ada sistem cukai tersebut sesuai atau tidak untuk diperkenalkan.

"Persoalan mengenai GST ini ialah sama ada mahu melaksanakannya atau tidak, kerajaan tetapkan tarikh pada 1 April 2015, tetapi sebelum sampai tarikh tersebut macam-macam boleh berlaku. Kalau sekiranya keadaan pada waktu GST ini hendak dilaksanakan tidak kondusif, saya percaya rakyat akan beri pandangan.

"Malah saya sendiri sebagai pengguna akan beri pandangan bahawa ia belum sesuai dilaksanakan dan saya percaya kerajaan akan menangguhkannya," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.





KOMENTAR

semua bergantung pada kita
berapa ramai yang akan turun ke jalan raya

pada 1 mei ini 
berapa ramai akan turun
melawan gst

kalau ratusan orang
jangan harap gst akan di mansuh

tapi

kalau ratusan ribu yang turun
maka najib dan rosmah akan jadi takut
bukan saja gst akanm  bungkus
gerombolan sekali
akan dibungkus rakyat



--------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan