Jumaat, 11 April 2014

DNA GEROMBOLAN MERESAP





KOMENTAR
sila baca berita ini

apa maknanya berita ini?

maknanya rasuah sudah menular ke kem tentera
maknanya bukan hanya polis boleh dirasuah
askar dan tentera juga makan rasuah

ini hanya yang kita baca
yang dilaporkan
yang didakwa
tapi
 kita dengar banyak lagi
yang berpangat besar 
bila beli senjata dirasuah

negara sedang sakit tenant

tidak ada pilihan
rakyat wajib tumbangkan kerajaan
  sunnah wal rasuah ini

TEPAT DAN TEGAS

Hadir ke mahkamah naik ambulans
SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan RM50,000 daripada syarikat penghantaran barangan peralatan tentera, lapan tahun lalu.

Zainudin Abu, 53, yang telah bersara pada 2009 didakwa secara rasuah memperoleh wang tersebut daripada Pengurus Besar Syarikat Orion Shipping & Fowarding Sdn Bhd, Azrul Azmi Ahmad, 38, melalui akaun Maybank isterinya, Rubiah Talib,55.

Wang tersebut didakwa sebagai upah menyelia kerja-kerja pemindahan peralatan tentera MASMEDTIM dari Kem TUDM Subang ke Kem Kinrara, Puchong, Selangor.

Dia ketika itu sebagai Pegawai Staf 2 Unit Perancangan, Cawangan Perancangan Pembangunan dan Operasi Bersama, Bahagian Logistik Pertahanan TUDM didakwa melakukan perbuatan tersebut di Maybank Berhad Cawangan Port Klang, Persiaran Jalan Muda Musa, Klang, Selangor jam 3 petang, 8 Mei 2006.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lokman Kasim mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Jika sabit kesalahan, tertuduh itu boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana nilai lebih tinggi.

Semalam, Zainudin hadir dengan menaiki ambulans ditemani dua pegawai perubatan Institut Jantung Negara (IJN).

Tertuduh memohon mahkamah membenarkan wang jaminan yang rendah memandangkan sudah tidak bekerja.

INI DIA  JAWAPAN ANAK MUDA
KAH  KAH KAH

dna germbolan
sudah meresap
----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan