MAJORITI RAKYAT MALAYSIA
TIDAK SOKONG KERAJAAN
BALING 1974
Saya merakam
kembali pensejarahan Baling 74 ini kerana dua pekara. Pertama
munculnya kembali suasana kemiskinan di Baling yang pernah wujud 40
tahun dahulu. Ini berikutan dengan jatuhnya harga getah. Suasana ini
bertambah meruncing apabila saya terbaca warga FELDA di Kampong New
Zealand Pahang baru-baru ini telah juga berdemo kerana turunnya
harga gertah.
Kedua - saya
ingin membetulkan beberapa fakta sejarah. Ini penting kerana fakta
sejarah ini akan menjadi bahan rujukan kepada kita sendiri. Sejarah
akan memberi kita tahu dari mana kita datang, kenapa kita disini dan
kemana arah tujuan kita. Mereka yang lupa sejarah – lupa asal usul
- akan lupa ke arah mana tujuan hidup mereka.
Minggu lalu
saya merakamkan tentang Pohon Buluh dimana banyak keputusan 'politik
bangun melawan' telah diambil oleh pemimpin Pesatuan Mahsiswa
Universiti Malaya dan Kelab Sosialis. Saya juga telah menulis walau
pun pada ketika itu Kelab Sosialis diharamkan kami sebagai satu
organisasi terus bergerak cergas. Didaftar atau tidak - kami tidak
ambil peduli. Hakikatnya Kelab Sosialis mula bergerak dibawah
tanah.
Kelab
Sosialis telah menghantar Abu Zer Ali ke Baling. Abu Zer belas
pelajar SDAR Tanjung Malim telah memainkan peranan yang amat penting
dalam kes Baling. Abu Zer dihantar ke Baling kerana Kelab Sosialis
berpendapat – tanpa siasatan, tanpa fakta kami tidak boleh
bertindak. Ini adalah falsafah politik dari mazhab kiri yang hingga
ke hari ini masih lagi tepat dan ilmiah.
Untuk
anak-anak muda hari ini – sila ambil perhatian - pada tahun 1974
kami TIDAK ada talipon bimbit. Tidak ada Face Book. Tidak ada tweeter
untuk menyebar propaganda. Bahan propaganda kami cetak melalui mesin
saikostail. Kendati pun demikian ianya tidak menghalang anak-anak
muda dari berani berkata benar. Atau menghalang anak muda dari
menentang kezaliman. Teknoloji boleh membantu tetapi yang menjadi
rukun iman ialah idealoji perjuangan. Tanpa idealoji perjuangan
segala bentuk teknoloji termoden tidak membawa apa-apa makna.
Empat hari
kemudian Abu Zer pulang dari Baling. Dia terus datang ke bawah Pohon
Buluh. Saya masih ingat lagi dia mengendong 'sesuatu' dalam buntil
kain. Apabila buntil ini dibuka maka ternampaklah beberapa ketul ubi
gadong. Saya akui walau pun dibesarkan dikampong, saya tidak pernah
melihat atau mengenali ubi gadong.
Abu Zer
terus bersurah : warga di Baling telah kelaparan. Ubi gadung ini
sedang menjadi bahan makanan warga Baling. Mengikut apa yang
diselidiki oleh Abu Zer, memasak ubi gadung ini memerlukan satu cara
yang khusus. Satelah ubi ini ditemui liar dalam hutan ianya perlu
direndam dalam ayer yang bergerak selama dua hari. Ubi gadung ini
tidak boleh dimakan serta merta. Ubi gadong mengandungi racun.
Aduh! Berita
sademikian memeranjatkan kami yang amat selesa dalam kota Kuala
Lumpur. Berita warga Baling makan ubi gadong telah mula tersebar
luas. Bagaimana ianya tersebar luas – walhal kami tidak ada Facer
Book? Berita ini tersebar dari mulut ke mulut. Dari Kolej ke Kolej.
Kami tidak dapat lagi mencetak bahan propaganda kerana Rumah
Persatuan telah disita.
Apa lagi
surah yang dibawa oleh Abu Zer?
Polis dan
Polis Hutan telah dibawa masuk ke Baling untuk mengawal keadaan.
Jalan keluar masuk telah disekat. Polis akan membaca kad pengenalan
dengan teliti. Sesiapa sahaja yang bukan beralamat Baling tidak akan
dibenarkan meneruskan perjalanan.
Muka yang
paling diperhatikan ialah muka anak muda yang kelihatan 'urban' -
yang dilihat bukan budak kampong. Muka yang dianggap mahasiswa. Ini
kerana pihak polis dan special branch sedar ketika ini Universiti
Malaya sedang bercuti – justeru pasti ada pelajar anak Kedah yang
akan 'menjengok' Baling. Wajib saya rakamkan disini bahawa ramai
pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya datang dari
Kedah dan Kelantan. Ini kerana wilayah mereka masih ada tradisi
Sekolah Pondok. Justeru jika muka-muka mahasiswa ini dilihat maka
100% mereka akan dihalau pulang.
Bagaimana
Abu Zer boleh sampai?
Kami dari
Kelab Sosialis bukan sahaja bijak dalam ilmu pembelajaran di
universiti - malah kami juga lincah dalam cara dan teknik menghindar
dan mencium musuh. Justeru satu batu sebelum sampai ke 'road-block
' Abu Zer telah turun dari bas. Dia telah mengikuti jalan belukar dan
masuk ke dalam sawah untuk menghindari Polis dan Polis Hutan.
Kemudian dia terus menapak ke Baling. Abu Zer melalui budi bahasa
tutur katanya telah dapat menumpang dirumah petani muda beranak dua.
Ini sejarah.
Mengikut Abu
Zer orang-orang di Baling pada tahun 1974 memang msikin. Hujan tidak
berhenti hampir satu bulan. Ekonomi Baling ialah getah dan sawah
padi. Penduduk Baling 100% adalah orang Melayu. Sebulan hujan ertinya
sebulan tidak menoreh. Ertinya sebulan tidak ada pendapatan. Semua
duit simpanan telah kering. Penduduk Miskin Desa tidak ada harta
untuk digadai. Maka mereka ke hutan mencari ubi gadong. Maka
disinilah muncul kesah 'orang Baling mati kebuluran'.
Hingga ke
hari ini Anak Lelaki Iskandar Kutty akan menimbulkan kesah ' mati
kebuluran' ini sebagai fitnah dari Anwar Ibrahim. 'Warga Baling mati
kebuluran' – mengikut lebong Anak Lelaki Iskandar Kutty adalah
fitnah yang dirancang oleh gerakan pelajar 1974 untuk memburukkan
kerajaan dan United Malays National Organisation.
Dalam
tulisan saya ini – saya merakamkan bahawa memang ada kematian di
Baling kerana kebuluran. Mereka bulur tak makan lalu mereka makan ubi
gadong yang beracun. Ini fakta yang saya pungut dari perawi saheh
Abu Zer Ali anggota Kelab Sosialis.
Apa lagi
yang disurah oleh Abu Zer?
Abu Zer
telah menjadi tamu seorang petani muda. Malah kesampaian Abu Zer
memang tepat pada waktunya. Abu Zer sempat bersama melihat bagaimana
warga miskin desa telah disusun untuk keluar beramai-ramai berdemo.
Mengikut Abu Zer dia ternampak 'aktivis kampong' ke hulu ke hilir
berbasikal dan bermotor menjemput orang ramai untuk keluar berdemo.
Sejarah
telah merakamkan bagaimana ribuan penduduk Baling , Sik, Sungai
Petani, Tikam Batu telah keluar berdemo. Disini saya wajib dibetulkan
jika fakta saya salah. Mengikut ingatan saya demo besar ini ialah
pada Jumaat 29 November minggu akhir.
Dari surah
Abu Zer dan dari gambar-gambar sejarah kita telah melihat bagaimana
ribuan Warga Miskin Desa – yang tua, muda , kanak-kanak, lelaki
dan perempuan telah turun ke jalan raya. Mereka membuat sepandok
dengan kertas kotak. Tidak ada kain rentang. Tapi yang jelas
tertera dari sepandok mereka ialah keberanian mereka turun ke jalan
raya melawan. Orang kampong telah berani memperlihatkan kegagalan
dasar pembangunan kampong United Malays National Organisation.
Mereka
berarak membawa sepandok dari kampong masing-masing menghala ke
Padang Pejabat Kerajaan. Mereka menuntut harga getah dinaikkan.
Mereka menuntut hak mereka untuk mendapat bantuan. Berita tunjuk
perasaan Baling 74 ini TIDAK dilaporkan oleh RTM, Utusan atau Berita
Harian. Semua media milik United Malays National Organisation telah
tutup mulut.
Pada hari
yang bersejarah itu, Abu Zer Ali ahli Kelab Sosialis telah bersama
ribuan warga Baling berdemo. Malah Abu Zer bukan sahaja memerhati
dan melihat tetapi turut sama membantu menyusun tunjuk perasaan
Baling 1974.
Di Padang
Pejabat Kerajaan ribuan penduduk menunggu. Orang-orang kampong
telah difahamkan bahawa ada 'Orang Besar' dari Kuala Lumpur akan
datang. Polis, Polis Hutan dan Tentera telah siap sedia. Mukhabarat
Special Branch berkeliaran untuk memahami apa yang sedang terjadi.
Suasana
menjadi tegang kerana yang ditunggu tak kunjung sampai. Tetiba dari
jauh sebuah helikopter kedengaran menuju ke arah padang.. Siapa
yang dibawa oleh helikopter ini? ( TT)- sambung
TRADISI BALING
TURUN JALAN RAYA
NOTA
tulisan ini terlah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
Tuan TT,
BalasPadamTuan dah buat buku bab makan2. Memang best.
Apa kata tuan buat pulak buku bab Baling?
Banyak kisah2 tersembunyi tu.
"Kendati pun demikian ianya tidak menghalang anak-anak muda dari berani berkata benar."
BalasPadamanak2 muda generasi ABU mesti berani untuk berkata benar !!!
jangan telan bulat2 apa yang disurahkan oleh TV3suku, utusan atau akhbar yang hanyut di tengah2 sungai.
UBi GADONG: SANGAT ENAK
BalasPadamPROSES2 UNTUK MAKAN UBI GADONG YG HARUS DIJALAN KAN JAUH LEBiH JAUH DARi YG TT TERANG-KAN, SELEPAS SAHAJA RENDAM, UBi iTU HENDAK LAH Di RENDAM DALAM ABU DAPOR, KEMUDiAN RENDAM LAGi DALAM AYER, KEMUDIAN POTONG KEPiNGAN DEMi KEPiNGAN, KEMUDIAN MASUK DALAM ABU LAGi KEMUDiAN RENDAM LAGi DALAM AYER...KEMUDiAN JEMUR...KEMUDiAN BARU BOLEH GORENG...HASiL NYA SEPERTi KEROPOK TAPi UBi GADONG TAK MENGGEREKOK[MENGGUMPAL] IA KERAS LURUS SIKIT SAJA BENGKOK...SANGAT KERAS, RASA-NYA LEMAK, LEBiH LEMAK DARi PERAH DAN BIJI GETAH LEBiH SEDAP DARi GAJUS ATAU BiJi KETEREH GORENG...TAK RASA RUGi, SAYA SELALU DAPAT SUMBER GADONG DARi RUMAH2 KONGSi iNDON, TAPi iNDON DAH Di HAMBAT KELUAR UMNQ CiLAKA, DAN UMNQ BAWAK MASUK BANGLAR YANG TAK TAHU APA-APA ...CUMA TAHU MAIN LOBANG INDON SAJA
Mana cerita kau kecut telor cabut lari??? Kah kah kah kah kah kah fuck off hishamudin pengecut
BalasPadamWoi tt...wa org baling...lu tulis org baling 100% melayu...x betoi...org siam duduk baling lu p tanya tgk brapa %...siam pun penoreh getah buat bendang jugak...sama2 kebulur....kah....kah....kah....
BalasPadamSoalan utk tt abad ini...berapa % org siam d baling? Saja tanya...jgn marah....