Jumaat, 4 April 2014

MARI TEKA TEKI



KOMENTAR TUKAR TIUB
tidak ada jalan lain
melainkan gunakn kondom
sex itu adalah nikmat


  • Bayi ditemui dalam tong sampahBernama | 10:14AM Apr 4
    Bayi dianggar berusia lebih seminggu itu ditemui oleh orang awam  di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di Klang semalam.

WOIT
mari teka 
bayi siapa ini?

bayi india?
bayi china?
bayi ghurkha?
bayi jerman?
bayi jepun?

bayi hindu
bayi kristian
bayi nasrani
bayi marxis?
aayi yahudi?

ATAU

bayi anak melayu
yang dibodohkan oleh

parti ketuanan melayu


----------

7 ulasan:

  1. if you can't be good..... be smart

    BalasPadam
  2. Bani Melayu bertuan keris
    Hunus ke leher terus bisu
    Kuasa akal pendek sedepa
    Kuasa nafsu panjang seribu

    Jika enggan rentap dan paksa
    Jika lawan turis dan siksa
    Berapa kali mahu berteka
    Kalau dah kenal empunya senjata










    BalasPadam
  3. buang bayi berpunca dari jantan dayus macam ko tahu nak sex je tanggungjawab sebagai suami tak nak. sebab tu la islam anjurkan perkahwinan supaya wanita tak diabai, supaya tiada kelahiran anak tidak berbapa. kalau mak ko kena main lepas tu tinggal macam pelacur adakah ko sanggup?

    BalasPadam
  4. cuba balik kebelakang, apakah ada konsert 9 bulan lepas...

    BalasPadam
  5. sediakan payung sebelum hujan. konon macholah xnak pakai payung. huhu

    BalasPadam
  6. Masa Depan PDRM

    Walaupun seluruh warga PDRM selalu bangga dengan slogan agensi penguatkuasa undang undang terunggul di Malaysia namun hakikat sebenarnya tidak sebegitu. Umpama Indah Khabar Dari Rupa. Secara luaran semuanya indah dalam PDRM.

    Apa yang sedang dalam PDRM sehingga masyarakat memandang secara sinis dan hina ? Adakah persepsi masyarakat silap ? Apa kekurangan PDRM ?

    Hakikat yang susah ditelan ialah kelemahan yang terdapat dalam PDRM tidak dapat dinafikan. Kepimpinan PDRM seakan menjadi ahli politik sepenuh masa. Mengadakan polisi polisi dan gerak kerja sebagai ahli politik. Budaya ABC bukan Air Batu Campur sudah sebati dengan jiwa kebanyakan pemimpin pasukan ini. Apa dia ABC ?
    Ampu Bodek Cantas ialah golongan yang menjaga kepentingan diri dan mengkayakan diri dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh pasukan. Meletakkan pegawai pegawai yang 'sebulu' dalam jaringan dan rangkaian kegiatan yang akan menguntungkan diri. Demi mencapai objektif ini golongan yang bekerja akan di cantas dengan cara ampu dan bodek. Inilah barah yang menimpa pasukan PDRM sekarang. Samada seseorang itu layak menjawat jawatan tertentu atau tidak bukan menjadi perkiraan. Asalkan aku untung dan dapat buat duit sudah menjadi lumrah dewasa ini.

    Orang yang dapat menyediakan segala kemudahan dan kewangan maka orang tersebut diamanahkan menjadi orang penting. Dedikasi kerja tidak lagi menjadi percaturan. Gejala ini sudah berleluasa sekian lama tapi menjadi semakin parah kebelakangan ini. Budaya ABC semakin dilihat menjadi pegangan serta gaya hidup pegawai dan anggota PDRM.

    Kempen dan paparan surat khabar yang menceritakan kejayaan dan keperihatinan PDRM sebagai satu sandiwara yang dirancang bagi menutupi segala kemungkaran yang berlaku. Mempamerkan diri sebagai warak dan mendalami agama juga menjadi satu budaya di kalangan pegawai yang lebih banyak 'kotor' dalam pasukan.

    Kesemua ini mengakibatkan masyarakat semakin meluat melihat polis yang berdrama macam Gerak Khas dalam TV tetapi secara realiti main wayang siang hari.

    Gejala terbaru eksais kenaikan pangkat yang diadakan baru baru ini. Sebelum eksais dimulakan golongan yang 'layak' mendapat pangkat sudah pun ditetapkan terlebih awal. Sebagai pasukan yang bertindak adil saksama dan tulin dipentaskan wayang temuduga secara berhemah. Setiap warga PDRM yang pernah hadir temuduga mengakui dua perkara yang menjadi Kriteria Utama Pemilihan Pangkat ialah DUIT dan KABEL.

    Duit sudah pasti akan memajukan seseorang ke pangkat lebih tinggi. Lembaga Temuduga dijaga habis dengan segala bentuk hadiah mewah, golf, hotel mewah, shopping dan lain lain yang tidak elok disebut disini. Tetapi semua warga PDRm akan faham.

    Perkara kedua ialah KABEL. Ini merupakan rangkaian pemimpin PDRM yang mempunyai hubungan erat dengan golongan politik dan peringkat tertinggi pucuk pimpinan pasukan. Pakcik, makcik, anak saudara, anak menakan, bapa saudara dan sebagainya akan menghadapi laluan senang semasa temuduga. Kesudahan PDRM akan mendapat golongan yang paling cemerlang pada masa depan kerana menggunakan DUIT dan KABEL.

    Tulisan bukan untuk menyakitkan hati orang tetapi.memberi kesedaran.masa depan PDRM.yang semakin malap. BERKONGSI DENGAN SEMUA WARGA PDRM. KITA AKAN DIHINA DIKEJI DAN DILUDAH SATU HARI NANTI.

    BalasPadam
  7. http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/bebaskan-belenggu-kebodohan-dengan-sains

    Ini tulisan bagus pasal pembodohan

    BalasPadam