Isnin, 14 April 2014

PANDANGAN ANAK MUDA





JANGAN PADAI BERCAKAP SAHAJA
TURUN  KE JALAN RAYA



PEMILIHAN 2014 : USAH SALAH GUNA MEDIA KERAJAAN UNTUK PROMOSI DIRI

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) melahirkan rasa dukacita atas tindakan sesetengah calon yang menggunakan Media Kerajaan di bawah kuasanya untuk mempromosikan diri beliau menjelang PEMILIHAN KEADILAN 2014. Tindakan ini sama sekali bertentangan dengan aspirasi rakyat dan perjuangan ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menolak segala tindakan salah guna kuasa dari para pimpinan parti.

Selama ini parti dan para penyokong berjuang mati-matian bagi membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan aset-aset dan agensi media kerajaan untuk tujuan kempen parti tersebut. Namun hari ini terdapat bibit bibit pemulaan oleh sesetengah calon pemilihan yang juga pimpinan sebuah negeri menggunakan modus operandi yang sama. Tindakan ini pasti akan membangkitkan amarah rakyat dan memalukan ahli PKR yang lain kerana ianya tidak ubah seperti tindakan Barisan Nasional (BN) yang menyalahgunakan media arus perdana milik kerajaan untuk kepentingan mereka sendiri.

MKM berharap pemisahan kuasa antara Kerajaan dan Parti akan dapat diteruskan seperti mana yang telah diamalkan oleh beberapa Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Bagi kami, adalah lebih mulia bergolok bergadai dengan wang sendiri untuk berkempen berbanding menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan asset dan agensi media kerajaan untuk mempromosikan diri.

Isamuddin Isa
Setiausaha Agung,
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM)


TURUN 1 MEI
-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan