Rabu, 9 April 2014

SEMAKIN PUPUS




KOMENTAR

TUKAR TIUB
 ini berita baik
sesiapa sahaja yang di serang oleh utusan
bermakna orang itu orang baik

sesiapa dipuji oleh utusan
bermakna orang itu orang jahat

politik di malaysia ini cukup senang
tak perlu pergi havard
tak perlu pergi yale
baca utusan meloyo
akan tahu garis politik
akan faham politik malaysia

malaysikini diserang oleh utusan
bermakna laman ini
terbaik
bukan penyokong ketuanan melayu
bukan penyokong united malays national organisation
bukan media bodek
ini petanda baik

bangga lah  sesiapa saja
apa sahaja 
jika diserang utusan



Utusan tuduh kewartawanan Mkini 'zaman batu'

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menggiatkan semula serangan ke atas Malaysiakini, dengan dakwaan bahawa portal akhbar ini mengeluarkan berita tidak beretika dan mengamalkan “kewartawanan zaman batu”.

Tanpa merujuk kepada mana-mana laporan khusus, rencana tulisan seorang editornya Zulkiflee Bakar mendakwa Malaysiakiniberpura-pura menyiarkan laporan seimbang.

“Sebaliknya, semua orang amat mengetahui ke mana kecenderungan laporan mereka, apa niat mereka dan apa agenda tersirat mereka,” tulisnya.

KAH  KAH KAH
jangan risau
akhbar ini tak laku
kalau sekolah
kalau pejabat kerajaan
tidak dipaksa melanggan
kalau tak ada tajaan 
untuk edar percuma
tak ada siapa baca akhbar ini

suara keadilan 
yang seminggu sekali
jualan lebih banyak dari utusan

--------

6 ulasan:

  1. Bro tt, ko nie mmg melampau kutuk utusan/ berita harian.perniagaan aku sekeluarga mmg pakai akhbar ni tiap tiap pagi....tuk bungkus nasi lemak dan kuih kutu mayam....Ah pek supplier surat khabar lama cakap...paper nie mmg sinang lapat...

    BalasPadam
  2. Utusan / berita harian nie senang di jumpai kat pasar...sebab nak bungkus sayur kangkong....

    BalasPadam
  3. Bro tt...paper utusan nie, yg boleh percaya ialah ramalan nombor ekor tepat...magnum,toto,damacai....lain selebihnya semua tulisan wartawan From universiti donut....

    BalasPadam
  4. Daripada aku beli utusan / berita harian....baik duit tu aku beli condonm yg jual buka puyer yg kedai cina..

    BalasPadam
  5. Jahara: Perjelas dakwaan 'bandar seks'
    Bernama | 6:35PM Apr 9 2014
    Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

    Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid berkata semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

    "Umno mahu Lim beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.

    "Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di Butterworth hari ini.

    Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.

    Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali.

    BalasPadam
  6. Sejak kena catu air aku guna utusan sebg tong taik aku, utusan utk macai otak burung unta

    BalasPadam