MAKLUMAT
PENTING
Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP. Masa dan Tempat:
Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (Besok)
Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.
Sila sebarkan informasi ini dan Lawyers for Liberty akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ini.
Para peguam,aktivis dan mangsa2 PAA dijemput hadir bersama. Ayuh pertahankan perlembagaan dan hak berhimpun kita.
Terima kasih!
-----------
Turun jangan tak turun. Generasi Y generasi siber. Depa lebih dengar cakap TT dari cakap mak bapak yang makin tak cerdik. Bapak pak turut, mak pegang tampok kuasa.
BalasPadamNak lawan jadi derhaka tp kalau berani ikut TT dapat juga membela bangsa. Biarkan mak begitu, bapak begini tapi anak2 muda kena bangkit lawan sebab Hakim dah pakat jadi dayus, pak2 imam dah pakat jadi pengecut..inikan mak bapa yang hanya menagih makan pada anak2.
Generasi Y , generasi lurus. Cuma perlu digerakkan lebih sikit. Kalau ada banyak fakta yang bukan auta tidak mustahil mereka rempuh 1May sampai tenggelam bandaraya.
Kami yang tua2 bangka ni menunggu keajaiban dari anak- anak muda. Susah sungguh mengajak pakcik mkcik yang berdarah biru tua. Kiri kanan umno tegar.
Peduli apa, sewaktu pilihanraya, 3 warna tiang bendera terpacak depan rumah. Seronoknya bila anak muda, yang mak bapak umno tegar, berhenti motor depan rumah,singgah bertanya,
' Makcik ada bendera lebih. Biar betul kan mak bapak ko tu umno. Biarkan depa makcik. Nak buat lagu mana dah '
Tahniah pada anak muda generai Y , berani berubah mudah2an dengan keberanian anak2 muda, hakim pak imam, 2 jawatan tertinggi yang dimuliakan diatas dunia kembali jadi berani walaupun duduk dalam sangkar emas. Dah lama dah terperangkap takkan tak malu pada anak cucu.
Baru pakat buka mata alangkah indahnya hidup bebas merdeka.