Ahad, 25 Mei 2014

AL-FATIHAH






AL-FATHIH



ROSLAN NIK
calon phd universiti malaya
aktivis  pemula universiti bangsar utama
contoh kawan
yang bekerja dibawah tanah
yang cari makan di gudang musuh

terlibat dari zaman reformasi 1998
terlibat dalam tok ampoo
terlibat dalam tok sloo
tidak berlakun
tapi berlakun dibelakang tabir

terlibat dalam food not bomb
terlibat dalam dapur jalanan

terbaru
sering muncul
pada petang ahad
di jalan panggung

meninggal dunia pagi ini
kelmarin pulang dari berumrah
ketika berlangsungkawa ini ditulis
mayat roslan nik masih lagi di hospital

anak kelahiran terenganu
bertugas di universiti malaya

kawan  kawan dari universiti bangsar utama
pelajar kuliah falsafah
pasti akan mengenali roslan nik
roslan nik tidak pernah tidak hadir
disemua kuliah
kecuali minggu dulu kerana berumrah

biasanya sesudah kelas
roslan nik akan belanja
mereka yang tak ada modal
makan
nasi lemak di hadapan ubu

roh roslan nik kini sedang  berehat
bersama roh anak  semua bangsa
yang melakukan kebaikan
diatas bumi ini
al-fatihah


-------

4 ulasan:

  1. Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Semoga perjalanan seterusnya dipermudahkan oleh Allah azzawajalla. AlFaatihah

    -MAKORANG-

    BalasPadam
  2. Pemimpin umno tak ada pula yg mati...liat betui nyawa depa ni..! Allah saja nak panjangkan umoq mangkuk2 ni sebab istidraj!!

    BalasPadam
  3. Suara Azam Hussain !

    Aku kaum terpinggir tidak punya apa - hanya doa untuk sahabat ku Roslan Nik yang telah meninggalkan Alam Fana ini

    Innalillah Wainna Lillah Hi Raji'uun - semuga rohnya ditempatkan bersama soleehin . Al Fatihah.

    Perjuangannya bersamanya akan ku kenang selamanya .

    KeAdilan mesti diperjunagan kerana KeAdilan adalah sesumbur seluruh sifat-sifat illaahi terhadap makhluknya .

    BalasPadam