Kenyataan Media ADUN. Machang Bubuk berkenaan dengan tindakan pencerobohan perusuh ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
ADUN Machang Bubuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan liar oleh sekumpulan perusuh yang mencerobohi DUN P. Pinang pada pukul 2 petang 21hb Mei 2014. Tindakan perusuhan oleh mereka yang mendakwa mereka dari Pemuda UMNO telah menghina kemuliaan dan kedaulatan sistem berparlimen di negara kita.
Saya mendesak agar Ketua Polis Negeri agar mengambil tindakan yang tegas untuk menyiasat insiden pencerobohan ke DUN dengan terbuka serta profesional. Polis perlu bertindak dengan serius kerana perbuatan perusuh-perusuh telah berulang kali mengadakan tindakan ganas di pelbagai tempat termasuk di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk pada awal tahun ini.
DUN P. Pinang telah menyediakan ruang yang cukup luas kepada orang ramai untuk menyuarakan pandangan serta menghantar memorandum. Tiada halangan untuk orang ramai untuk memerhati perbahasan serta urusan mesyuarat di DUN. Berbanding dengan parlimen. Malaysia, orang ramai telah dihalang untuk mengadakan sidang media serta ditangkap oleh polis sekiranya protes di perkarangan parlimen.
Namun begitu, perbuatan keganasan oleh perusuh tersebut yang langsung tidak mengikut saluran serta ruang yang disediakan telah menghina sistem demokrasi di negara kita.
Pendemo masuk DUN, cuba panjat meja speaker
Protes bingit di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini berjangkit ke dewan.
Kira-kira 10 orang dilihat memasuki DUN hari ini, malah ada daripada mereka cuba memanjat meja speaker Law Choo Kiang.
Kira-kira 10 orang dilihat memasuki DUN hari ini, malah ada daripada mereka cuba memanjat meja speaker Law Choo Kiang.
----------
Kah kah kah..mana muka melayunya.yg ramai kelabu lip lip jer...eeeeeeee apeeee leeee koreeeeengg neeeee...heeedhuupp meeeeelayuuuuuuuuu...kah kah kah.neh mesti geng masa mesyuarat cawangan yg faham salam.basmalah lepas tuuu bantai boo breekk bo breeek.alahai parti melayu tuhh
BalasPadam