KESAH NYA BAGINI
selalunya aku akan mengikuti jalan lama
kalau ke tanjung
wajib ke bidor beli petai
atau
ke kuala kangsar makan laksa
kalau ke selatan
wajib ke muar
makan asam pedas tepi sungai
atau
ke tangkak minum cendol
sabtu lalu aku singgah di parit jawa
untuk beli mangga
selesai beli mangga
aku menapak ke kereta
lalu ditahan di tepi kedai
nah
abang dalam gambar inilah
yang menahan
namanya haji mahli
tuan punya kedai
yang baru aku lintasi
nah
haji mahli
pembaca setia suara keadilan
pembaca setia dari brickfeild
nah
dengan segera dia memgambil
dua kampit kerepok pisang
satu kampit pisang salai
tak cukup dengan ini
dia sedekah dua botol 100 plus
lalu kami bergambar
untuk ingataan sepanjang zaman
kami bergambar di pintu kedainya
pak aji mahli
adalah sebhagian dari 52% warga malaysia
yang telah mengundi pakatan
inilah contoh warga yang mahu perubahan
kami beredar
dengan ucapan terima kaseh
kami beredar dengan berhati besar
kami beredar dari parit jawa
dengan keyakinan bahawa
kerja menghasut telah berjaya
-----------
Hang memey pengampu terbaik.
BalasPadamHakkkkkk puiiiiii! !!!!!!!
Baru kena rasuah dgn kepek pisang terus hang masokan gambar dia.
Kalu kena suap dgn cina doll tak tau la nak ckp mcm mana
Hang kaa dia lagu tuhhh?????mcm biasa jeerr.wakakakakaka...
PadamAbam TT memang terbaik laaahh..
BalasPadamsemoga haji mahli sehat dan panjang umor dalam keberkatan.
BalasPadamkami warga dan anak2 muda memerlukan sokongan orang lama macam haji.
warga tua yang dari dulu cuma baca utusan meloya dan langut tv3suku memang susah nak ubah mindanya. kena beralih kepada tukar tiub baru fikiran lebih kritis dan boleh exercise macam kelas falsafah tt.
Sprm dok intip hang..rasuah kerepek pisang
BalasPadamHasil menghasut.. dapat kerepek free.... he he... he.
BalasPadam