Khamis, 8 Mei 2014

MAHKAMAH APA INI?



Waran Menuntut Hadir ke Mahkamah Kes Perhimpunan Aman

1. Sekitar jam dua petang tadi, saya telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang memohon kehadiran saya ke IPD Dang Wangi untuk menandatangani satu notis waran.

2. Saya dimaklumkan bahawa waran tersebut adalah berkenaan tuntutan kehadiran pihak saya ke Mahkamah Jalan Duta bersabit kes akta perhimpunan aman, iaitu kes dakwaan yang saya telah dibebaskan oleh mahkamah yang sama pada 28 April lalu.

3. Apakah saya akan didakwa untuk kali kedua di atas kesalahan yang sama oleh mahkamah yang sama? Jika ini berlaku, bermakna negara ini sedang sakit tenat dalam usaha menguburkan musuh politiknya.

4. Seperti yang diketahui umum, semalam YB Nik Nazmi telah dipanggil semula di atas sabitan kes yang sama, namun telah dibebaskan buat kali kedua. Saya yakin mahkamah juga akan membebaskan saya buat kali kedua. Namun apa yang menyedihkan ialah pembaziran masa dan wang rakyat tidak terbendung.

5. Saya sedia bekerjasama menerima notis waran tersebut. Walaupun menolak untuk hadir ke IPD Dang Wangi, saya memilih untuk bertemu anggota polis ini di tempat umum iaitu di perkarangan LRT Universiti pada jam 5.15 petang ini. 

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan