Ahad, 11 Mei 2014

MENOLAK AKTA HASUTAN





KOMENTAR
tukar tiub tidak bersetuju
dengan akta hasutan

sesiapa pun boleh bersuara
sesiapa pun boleh bercakap
sesiapa pun boleh menulis

tidak perlu akta hasutan

tukar tiub  sedang 
didakwa oleh akta hasutan
tidak  bersetuju pemimpin isma didakwa 
sama dengan akta hasutan

tukar tiub  menentang  akta hasutan
justeru tidak akan bersetuju
akta hasutan digunakan
walau pun mengeluarkan ucapan bangang

ucapan bangang bukan
akta hasutan  jawapannya
ucapan bangang harus dihuraikan
dengan pandangan dan tulisan bijak


52 PERATUS
TAK SOKONG 
AKTA HASUTAN


Ahli Parlimen DAP pertahan Isma daripada tindakan Akta Hasutan

Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempertahankan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) daripada dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menganggap pertubuhan itu hanyalah boneka politk yang dimainkan golongan ultra perkauman dalam Umno.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata adalah tidak wajar bagi Isma disiasat mengikut sebuah akta rimba yang digubal oleh penjajah untuk menyekat kebebasan bersuara dan memberi pandangan, serta menindas lawan politik mereka
“Saya menyeru supaya Isma janganlah dijadikan mangsa oleh akta yang ditentang oleh DAP untuk sekian lama.



-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan