BARACK HUSSEIN OBAMA
MAKAN BUDU
Bila Obama menyatakan kesanggupannya ke Malaysia, hati aku sangat teruja. Aku merupakan rakan pen-palnya semasa dia masih belum menjadi presiden. Kami sering berutus surat bercerita tentang diri, keluarga dan negara kami.
Selepas dia menjadi presiden Amerika, kami agak jarang berhubung. Aku tahu dia sibuk. Namun sesekali terutama pada sambutan hari lahirku baru baru ini dia menghantar ucapan hari lahir melalui Whatsappnya.
Berkali kali aku diajaknya ke Amerika, katanya aku tidak perlu risau untuk menyewa hotel kerana aku boleh tinggal di Rumah Putihnya. Segalanya dia tanggung termasuk makan dan kenderaan.
Dua hari sebelum kedatangannya ke Malaysia aku menerima Whatsappnya : hj, saya akan ke Malaysia. Pastikan kita dapat berjumpa.
Aku agak terkejut. Setelah kali terakhir Presiden Amerika datang hampir 48 tahun dahulu, ini merupakan Presiden Amerika kedua akan hadir. Aku tahu, antara faktor utama kehadirannya ke Malaysia kerana beliau tentu tertarik dengan cerita cerita aku tentang Malaysia.
Dengan ringkasnya saya menjawab. "Sure Mr Presiden"
Bila Air Force One mendarat dengan selamatnya di Kuala Lumpur, dia memukul telefonnya menelefon aku. Seperti biasa sekiranya nombor yang tertera di skrin telefon saya bertulis Private Number, aku tahu ia daripada Obama.
"Hj, akhirnya saya sampai. Ok, saya akan melayan Perdana Menteri kamu dengan isterinya. Saya akan cari masa untuk berjumpa kamu secara senyap senyap. Saya akan telefon Hj balik.
Saya jawab ringkas,
"Ok bro!"
Aku mengikuti setiap acaranya bersama PM ku dan isteri kesayangannya melalui kaca tv.
Tengaharinya beliau sempat menghantar whatsappnya kepada aku,
"Saya baru habis makan tengahari bersama Pembesar kamu. Saya di jamu dengan lauk pauk tradisional. Ikan pekasam terbaik serta budu. Ia memang sedap sebagaimana yang kamu ceritakan kepada saya. Saya juga mencuba durian. Saya letak di dalam budu dan di makan bersama petai dan kerdas. Sekarang saya di tandas. Ok, selepas segalanya selesai, kita jumpa bro".
Saya menjawab ringkas.
"Baru anda tahu sedapnya budu. Ok, saya menantikan anda di Kota bharu."
Alhamdulilah pagi ini sempat membawa Obama pergi melawat rumah TGNA.
Sebenarnya ini permintaan utama Obama.Dia tertarik dengan TGNA kerana aku selalu menceritakan kezuhudan TGNA.
Kami bertolak selepas subuh. Obama sempat merakamkan gambar masjid TGNA dan berselfie dihadapan rumah TGNA.
Dia sungguh bangga. Dia akan menggunakan gambar selfie itu untuk kempennya yang akan datang. Kan ramai pemimpin buat macam terutama bila musim pemilihan.
Selepas pekena nasi kerabu, bergegas aku menghantarnya ke airport Pengkalan Chepa untuk menaiki pesawat tambang murah Air Asia ke Filipina.
Aku tanya dia bagaimana dengan passportnya? Dia menggunakan passport yang dibeli dari Siam. Ala, macam yang terjadi pada 2 orang Iran dalam trajedi MH370 tu. Senang saja lepas.
Dan dia tidak naik MAS kerana dia bimbang MAS akan hilang lagi.
Oh anda tentu tertanya tanya bagaimana Obama boleh datang jumpa aku sedangkan dia sudah berlepas dengan Air Force One ke Filipina kelmarin.
Mari aku ceritakan. Tapi ini benar benar rahsia. Jangan sesiapa menghebohkan hal ini. Janji tau.
Selepas Obama berlepas dengan Air Force One nya dan melalui ruang udara Laut China Selatan, Air Force One nya membuat pusingan U dan terbang secara rendah menghala ke Perairan Kelantan.
Dengan menggunakan payung terjun(macam yang korang tengok James Bond dalam tv tu) Obama mendarat di Pantai Kandis. Disitulah aku mengambilnya. Aku pasti perkara ini tentu tidak diketahui oleh pertahanan negara kita.
Hampir setengah jam dia menunggu aku. Sebenarnya aku sampai lebih awal tapi aku mencari cari Obama melalui location yang dihantar melalui whatsappnya.
Akhirnya aku menemuinya sedang menyaksikan bunker jepun. Dengan penuh kesal beliau mengatakan, "kalau di Amerika bahan sejarah sebegini saya akan baik pulih untuk dijadikan monumen sejarah."
Aku membawanya berjalan di sekitar Bachok dan ke Pantai Irama. Semasa melalui jalan di Kampung Badak, beliau melihat signbord Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.
Dia bertanya," eh bukan ahli Parlimen Bachok Usta Nasa",(aku ingat aku pernah menerangkan kepadanya dalam surat aku kepadanya dulu) aku jawab kepadanya" itu dulu bro. Sekarang Ustaz Marzuk. Dia lah yang mengalahkan duta Malaysia ke Amerika sekarang dengan 201 undi". Dia tersenyum. Aku tak tahu apa makna senyumannya itu.
Sepanjang berada di Pantai Irama Bachok, dia sangat tertarik dengan keindahannya. Sambil berseloroh ketika makan satey ikan dan satar "Kalaulah diketahui orang, saya pernah ke sini pantai ini tentu akan diberi nama Pantai Obama bukannya Pantai Irama lagi".
Kami pulang ketika azan Maghrib sedang berkumandang di Masjid Mahmudi.
Malam itu aku menjamu Obama dengan ayam percik isteriku dan sambal belacan emak aku. Habis 2 pinggan Obama memakannya.
Dia juga telah mengambil resepi ayam percik ini dan berjanji akan menyuruh isterinya belajar bagaimana membuat ayam percik ini. Obama tidur kekenyangan.
Sebelum tidur, aku terfikir patutlah askar Amerika datang ke Kelantan sebelum ini, dia mahu servey bila Obama mahu melawat aku. Akhirnya aku tertidur kebingunan.
Banyak lagi benda yang kami sempat bualkan sepanjang sehari suntuk di Kelantan.
Nantilah aku ceritakan lagi lain kali. Semoga terhibur dan terima kasih kepada kawanku OBAMA kerana sudi melawat kawanmu ini Hj OSAMA.
Saya sempat menghadiahkan Baju Bersih 2.0 yang menyebabkan saya ditangkap dahulu kepada Obama. Dibelakang baju itu Obama meminta saya menulisnya : Hj OSAMA DAN OBAMA FOREVER!!
Tak percaya? Kau pergi tanya OBAMA!!
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan
hahaha hj osama, tak payah laa sarcastic sangat hehehe
BalasPadamkah kah kah kah kah
BalasPadamHj tak ajak Obama minum air ketum sekali ker? Kih kih kih
BalasPadamKah kah kah
BalasPadamSejak harga kangkung jatuh aku jarang ketawa, tetapi bila baca CERLAS ini (Cerpen Ada Kelas) aku terbahak.
Cerita-cerita yang wajar dari Hj Osama yang tersohor tapi kita tak kenal.
Kah kah kah.
- TUKAR TAYAR.
Good one hj
BalasPadam