Isnin, 19 Mei 2014

SIAPA MUSUH SIAPA KAWAN








KOMENTAR

ingat kembali
cara bagimana
membaca akhbar milik ketuanan melayu

sesiapa diangkat oleh
media ketuanan melayu
itu maknanya orang jahat

apa dasar yang disokong oleh
media ketuanan melayu
itu ertinya dasar salah

sesiapa diserang dan dikutuk
oleh media ketuanan melayu
itu ertinya orang baik

apa dasar yang di serang  dan dikutuk 
oleh media ketuann melayu
itu ertinya dasar yang tepat dan betul

apa yang jelas
dalam pemilihan pkr
khalid telah dibuktikan menang
undi lebih banyak dari azmin
maka dengana serta merta
khalid diserang

laporan berita khalid dimaki hamun
laporan khalid tak tahu adab
semua ini bukti
bahawa yang diserang itu akan menang

inilah cara membaca siapa musuh
dan siapa kawan

MENGENAL  MUSUH
 MENGENAL KAWAN

Khalid selar sikap ahli PKR tak hormat adab berpolitik

Shah Alam: Calon Timbalan Presiden PKR,  Abdul Khalid Ibrahim, menyelar sikap sesetengah ahli parti itu yang tidak menghormati adat serta adab ketika berpolitik.

Menteri Besar Selangor itu yang juga calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti, berkata tujuan berpolitik bukan untuk memburukkan orang lain, sebaliknya untuk berbakti kepada kepentingan ahli parti dan rakyat. 



ANAK MUDA
BANGUN MELAWAN
-----------

2 ulasan:

  1. woit TT.. Bila sepina mahkamah peranchis nak keluar? lanciaw la.. bini rosmah awal2 lagi dah kowtim dgn ayahanda grand master illuminati kat vatican aritu..

    BalasPadam
  2. TT ni asyik pelaga gu sendiri ja. Camna nak printah negara. Tentang hudud pun lebih kurang mca ja fikrahnya. Tak faham hasrat PAS. Lebih kesian lagi tak faham syariat islam.

    BalasPadam