Rabu, 4 Jun 2014

BENCI CINA BENCI INDIA




 

 TANAH MELAYU


RASISMA DAN KEBENCIAN
Sejarah membuktikan bahawa Orang India dan Orang Cina telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British. Harus juga diakui bahawa sebelum British membawa masuk Bangsa Imigran ini – telah ada Orang Cina dan Orang India di Tanah Melayu. Mereka telah datang berhijrah dan berniaga ke Melaka - kota metropolis ulung di Asia pada ketika itu.
Dari kitab Salaltus Salatin- Sejarah Melayu - kita bertemu dengan watak Kitul dan Keling Mendeliar. Kita bertemu dengan watak Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Melaka. Kalau kita membaca dan memahami kitab sejarah maka kita akan sedar kenapa wujudnya Tanjung Keling dan Lubuk China di Melaka. Justeru kemasukkan Orang India dan Orang China ini bukan satu yang baru.
Kita tahu dan faham bahawa British ialah kuasa penjajah yang datang untuk mencari, menjarah dan memunggah harta kekayaan wilayah yang dijajah. Kuasa kolonial British ini membawa sistem ekonomi baru bukan sahaja ke Bumi Melayu malah kaum kolonialis membawa sistem ekonomi baru ini ke India, China, Afrika, ke Timur Tengah atau ke Amerika Latin.
Ketika Portugis, Belanda datang ke Melaka – sistem ekonomi kapitalis masih ditahap rendah. Tahap ekonomi ini dipanggil ' Mercantile Capitalism'. Perniagaan masih ditahap 'tukar barang'. Duit, riyal dan dinar wujud tetapi bukan saperti yang kita bayangkan hari ini.
Ketika Portugis dan Belanda datang ke Melaka – pemerintahan masih lagi di tahap Feudal. Raja dan Sultan Melayu paling berkuasa. Sultan dan Raja boleh melakukan apa sahaja. Sultan dan Raja di Tanah Melayu ini muncul kerana 'sosok-sosok' ini bijak membunuh dan menewaskan musuh mereka. Saperti Don Corleone dalam Godfather – Si Polan yang bijak bersilat, bijak bertikam dan pandai membunuh dan memiliki ketrampilan pimpinan akhirnya menjadi Raja.
Raja ini dikatakan penyambung kerja Nabi. Sultan dikatakan bayangan Allah. Semua ini adalah karut marut. Semua ini dimunculkan kemudian oleh Kaki Bodek dalam Istana yang mengakui diri mereka sebagai Alim Ulama dan boleh 'online' dengan Tuhan. Ini terjadi bukan sahaja di Tanah Melayu malah dimana ada kemunculan Raja – baginilah asal usulnya. Semua ini berlaku ketika sistem ekonomi kapitalis baru mahu mengembang dan Penjajah berkulit puteh belum sampai.
Harus juga dinyatakan disini penjajahan British di Tanah Melayu atau India dimulakan oleh British India Company beretukar menjadi British East India Company. Kemudian baru diambil alih oleh Baginda Queen. Kaum pemodal ini datang untuk menjarah harta kekayaan. Tidak lebih dari itu.
Apa yang ingin saya kukuhkan disini ialah EKONOMI yang menjadi asas kedatangan Penjajah. Kedatangan penjajah dikatakan untuk membawa Tamadun, untuk membawa Pencerahan, untuk mengembangkan Agama Kristian – semuanya ajenda sampingan. Ajenda sampingan ini diwujudkan untuk mengolah persetujuan warga yang bakal dijajah.
Justeru kerana mahukan bijih, mahukan kayu kayan dan mahu menanam getah – maka penjajah British telah membawa masuk kuli dari India dan dari negara China. British memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang agar hasil bumi Tanah Melayu dapat dipunggah pulang ke kota London. Pekara ini bukan sahaja berlaku di Tanah Melayu – malah di mana British menjajah pekara yang sama berlaku.
Kemasukkan imigran dari China dan India ini adalah permulaan era penjajahan dan bermulanya berkembang sistem ekonomi kapitalis. Dalam Dunia Melayu yang termasuk Kepulauan Melayu pada awalnya Imigran ini tidak dilihat sebagai masalah. Tidak dilihat sebagai musuh. Tidak wujud persaingan ekonomi. Kaum Imigran dan Manusia Melayu tidak mengganggu satu sama lain.
Kemasukan awal Orang China dan India ini dilihat tidak mengancam politik Melayu. Ini amat berbeza dengan kemasukan Imigran yang dirancang dan disusun oleh British.

Ini kerana Orang Melayu dari segi ekonominya masih terikat kuat dengan sistem cari makan paling asas. Ekonomi Melayu masih berTani untuk hidup. Ke laut untuk berIkan. Ke hutan untuk berKayu, berPetai atau berKijang. Membuka ladang diwilayah yang subur. Tidak ada konsep tanah milik pribadi atau lesen dan geran tanah. Manusia Melayu di Tanah Melayu masih belum lagi masuk ke alam jual beli – ke alam perniagaan.
Kerjasama antara kaum feudal Melayu dan China pada ketika cukup baik. Kita membaca kitab sejarah dan melihat bagaimana pencarian bijeh timah diatur untuk menjaga kepentingan British, kaum feudal Melayu dan Kapitan China. Kita membaca sejarah dan memahami bagaimana Yap Ah Loy – tokan candu – boleh berkerjasama dengan Sultan Abdul Samad – untuk mengumpul kekayaan.
Apa yang ingin saya katakann disini ialah pada awal sejarah Tanah Melayu ini kosep kaum, bangsa, agama belum tebal dan belum menjadi ancaman. Pada ketika ini tidak wujud lagi perasaan BENCI CINA , atau BENCI INDIA malah kaum feudal Melayu amat gumbira untuk memilik gundek-gundek China atau gundek Keling.
Jika dari awalan sejarah tidak dilihat kemunculan sikap BENCI maka dari mana datangnya perasaan Melayu benci Cina, Cina benci Melayu atau Melayu benci India? Dari mana datangnya RASISMA? Dari mana datangnya sikap perkauman?

Sikap ini muncul apabila berlakunya perebutan EKONOMI antara Melayu dengan Cina. Fahaman rasis ini muncul apabila berlakunya pertembungan ekonomi. Sikap perkauman muncul untuk mengolah persetujuan apabila wujud perebutan ekonomi.
Contohnya cukup jelas – British mengeluarkan dan menyebarkan pandangan bahawa budaya dan tamadun berkulit puteh lagi maju dan hebat. Justeru kerana mereka maju dan hebat maka 'halallah' mereka datang ke Tanah Melayu untuk membawa pencerahan. Pencerahan ini di bawa juga ke Afrika dan India. Dibelakang fahamam rasis 'aku lebih baik – aku lebih mulia' ini sebenarnya tersimpan niat untuk menjajah. Menjajah ialah menjarah ekonomi.
Kaum Zionis Israel memiliki faham rasis perkauman kerana mereka menganggap diri mereka – yang telah dipilih oleh Tuhan. Mengikut ajaran agama Yahudi mereka adalah kaum terpilih yang muncul untuk menyelamatkan dunia ini. Justeru mereka menyebarkan faham Zionis, justeru mereka menjajah ekonomi Eropah, justeru mereka mengambil bumi Palestin.
Apa yang hendak ditekankan disini ialah tentang peranan EKONOMI yang melahirkan kebencian. Perebutan ekonomilah yang melahirkan pandangan rasis. Pandagan rasis ini boleh digunakan untuk mengumpulkan semangat 'kekitaan'. Kekitaan ini maknanya – KITA orang Melayu – KITA orang Islam – Kita yang cakap Melayu.
Apakah salah jika kita memiliki semangat KEKITAAN? Jawabnya tidak salah. Secara positif semangat atau perasaan kekitaan baik untuk sesama bergotong royong. Kita sekampong, kita sesekolah, kita sebangsa, kita seagama – adalah contoh semangat kekitaan. Semangat ini adalah rasa awal yang melahirkan semangat NASIONALISMA dan melahirakan saemangat kebangsaan. Kebangsaan lahir dari - kita sebangsa.
Semangat dan perasan KEKITAAN ini hanya wujud apabila kita bertemu dengan 'Orang Lain'. Dalam konteks zaman penjajahan 'orang lain' itu ialah Mat Saleh. Kedatangan Portugis ke Melaka pada awalnya tidak dilihat mengacam. Malah orang Melayu hanya hairan melihat janggut mereka. Tetapi Portugis datang bukan untuk bercukur janggut tetapi menawan Melaka. Maka Orang Lain yang berjanggut ini mula dibenci. Kebencian terhadap Orang Luar ini dianggap semangat nasionalisma yang positif. Orang Melayu Melaka bangun melawan Portugis.
Bagitu juga dengan Belanda. Kita ingat bagaimana datuk nenek moyak kita membuat perempamaan – macam Belanda minta tanah. Asas perumpamaan ini ialah tanah i.e ekonomi. Datuk nenek moyang bei ingataan tentang jahatnya Orang Lain.
Kedatangan British ialah ialah permulaan ekonomi kapitalis moden. Revolusi industri telah bermula di England. Arang batu telah menjana tenaga baru. Keretapi, kapal laut mula melayari dunia. Kilang dan pabrik mula muncul di London, di Manchester dan di Liverpool. Kilang-kilang ini memerlukan bahan mentah. Penemuan baru muncul. Kereta mula di buat. Semua ini membuka era ekonomi kapitalis baru.
Ketika inilah penjajah British membawa masuk kuli dari India dan kuli dari China. Mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu kerana tenaga mereka diperlukan. Secara natural Imigran China ini berlabuh di Singapura dan Pulau Pinang. Ini kerana bandar ini bandar perlabuhan. Maka secara natural bandar-bandar ini diduduki oleh Imigran. Anak Melayu jati masih lagi duduk di kampong-kampong.
Perhubungan Manusia Melayu dengan Imigran agak jarang berlaku kerana Orang Cina tinggal di pekan , di kongsi lombong bijeh manakala Orang India tinggal di ladang getah. Untuk satu ketika - tiga bangsa ini tidak menimbulkan apa permasalahan. Yang bergaduh Cina Hai San dengan Ghee Hin. Manakala Manusia Melayu hidup aman permai di kampong dan desa.
Semua ini berubah. Apabila adanya Melayu mula pandai membaca. Ada Melayu mula pandai menulis. Apabila ada Melayu mula pandai berfikir. Dan lahirkah semangat KEKITAAN. (TT)
ANAK SEMUA BANGSA
BERSATU DIBAWAH
 SANG SAKA

NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN


--------

5 ulasan:

  1. Coretan ko ni mengesahkan tanahni melayu punya. Cina india tolong respek sikit...

    BalasPadam
  2. pasal yahudi takut orang Melayu kek Kepulauan Melayu nie kuek ngan Islam...sobab tu la macam2 perancangan jahat dibuek kek kito.....dari dulu sampai kiamat.....dipocah2 tanah kito..melayu bobal yo yg terhegeh2 nk jadi cam yahudi....

    BalasPadam
  3. maksud artikel ini ialah kuasa jahat kapitalis yang memporak perandakan negara x kira agama,bangsa,keturunan...jadi..hapuskan kapitalis..bukan pasai tanah ni melayu punya ka babi punya ka...bodoh sungguh melayu ni faham ikut lain asyik nak rasis 24 jam..nabi x rasis woiiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu terpaksa jadi rasis sbb sikap Belanda bangsa ko ni la.

      Padam
  4. sebenarnya Tanah Melayu ini asalnya negeri-negeri orang Melayu....nama pun Tanah Melayu kan...! Kaum-kaum lain kemudiannya datang kerana mencari makan...."wa datang sini mau cali makanla"....maka dapatlah dia "makan"...lepas tu makan, makan, makan dan terus makan....tak kenyang-kenyang....tut--tut...british bagi peluang jadi rakyat tanah melayu secara free-free....apa lagi rembatla...."sini wa senang cali makan woo...". Peranan british adalah wujudkan ketidak tenteraman dengan mencipta kumpulan bintang 3 aka MPAJA yang terdiri daripada bukan melayu dan melayu...mengolah persetujuan supaya kerakyatan diberi secara jus soli....bagi mengekang pemberontakan dari dalam hutan....

    BalasPadam