Rabu, 11 Jun 2014

MALAM INI - KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL



MALAM INI

ibnu rushd
kuliah falsafah dan pemikiran kritikal
jam 9:00 malam
di universiti bangsar utama
melihat pandangan ibnu rushd


Ibnu Rushd 
 Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad  1126- 1198
 adalah ahli falsafah,
 perubatan matematik teologi astronomi, geografi dan sains.



UNTUK WARGA DI MANA SAJE
sila layari radio bangsar utama
untuk mengikuti
 kuliah
falsafah dan pemikiran kritikal


---------

2 ulasan:

  1. Kawan Isham yang baik hati.

    Surah Isra' ayat 14 :
    "Bacalah kitabmu,cukuplah dirimu sendiri hari ini JADI PENGHITUNG dosa pahalamu"

    Telah bergema dan berkumandang mengatakan pintu ijtihad(kaji,selidik,pendapat,tafsir ikut fikiran sendiri)telah ditutup oleh Imam Ghazali.
    Bersumber dari mana maklumat menyatakan beliau menutup pintu Ijtihad tidaklah di ketahui hujung pangkalnya.

    Telah seabad lamanya terpacul dari mulut busuk pendusta dan si angan-angan mengatakan mereka telah hadam akan kitab Ihya Ulumiddin.Namun hakikatnya adalah mereka hadam ilmu tahi kambing yang mereka telan lalu berahi mencari akan maksud hakikat dan makrifat.
    Mukadimah Ihya Ulumiddin pun tak paham.

    Tidakkah sampai di telinga atau terpampang di depan mata, Imam Ghazali membatalkan semua kitab karangan beliau kecuali kitab Ihya Ulumiddin?
    Bukankah beliau juga yang memancung beratus-ratus mazhab sesat yang muncul sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan matinya para sahabat ?
    Bukankah beliau juga yang meninggalkan hanya 5 mazhab sahaja yang harus dipegang oleh umat Islam pada hari ini?Itu pun beliau sanggup untuk diperhitungkan oleh Allah s.w.t kerana membenarkan umat Islam bermazhab.Hanya melayu tolol dan tengin sahaja yang beranggapan hanya pada 4 mazhab !

    Apakah tidak cukup bidang ilmu pengetahuan yang beliau tinggalkan kepada kita untuk dikaji dan diselidiki?

    1.Ilmu Mukasyafah-Maksud Ilmu Mukasyafah ialah agar terbuka tirai yang menutup,hingga jelas kebenaran Allah pada sekeliannya ini dengan senyata-nyatanya,laksana pandangan mata di siang hari.
    2.Ilmi Muamalah,iaitu ilmu tentang gerak hati(sifat-sifat mazmumah(binasa) dan sifat-sifat mahmudah(selamat)...)
    (Ihya Ulumiddin Vol.1 m.s.63)


    ...................................

    Bukan maksud teman memperleceh Falsafah.
    Kita perhati apa kata beliau tentang falsafah.

    Adapun Filsafat bukanlah ilmu yang berdiri sendiri,tetapi terdiri dari 4 bahagian yaitu :
    1)Ilmu Ukur dan Ilmu Hitung
    2)Ilmu Mantik(Logika)
    3)Ilmu Ketuhanan (Theologi)
    4)Ilmu Alam (Physika)
    Ihya Ulumiddin (Vol.1 m.s.67)

    Kita ambil sahaja penjelasan beliau pada bahagian 3)Ilmu Ketuhanan (Theologi) yaitu pembahasan tentang sifat dan zat Allah s.w.t yang juga termasuk Ilmu Kalam.Mengenai hal ini para ahli filsafat tidaklah membawakan suatu cabang ilmu yang khusus,tetapi membawakan aliran-aliran yang sebahagian berupa bid'ah dan sebahagian lagi jelas-jelas kafir sebagaimana aliran Mu'tazilah bukanlah cabang ilmu yang tersendiri,tetapi para pengikutnya terdiri dari segolongan Ahli Ilmu Kalam,ahli dalam membahas dan meneliti,yang lalu menyendiri dalam berbagai mazhab,begitu pulalah para ahli Filsafat,

    ...................................

    Maka faham benor teman bahawa yang tercari-cari ialah Hakikat dan Makrifat.
    Berlegar-legar dalam syariat dan tarekat untung-untung tembus Hakikat dan Makrifat dalam angan-angan.Kerja(amalan)tak buat.
    Maksudnya, rupa(wajah)Allah s.w.t boleh dilukis ditulis,direka cipta macam cerita kartun atau komik.Begitu?

    Tidak sia-sialah nasihat Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w :
    "Jangan kamu kalungkan mutiara pada leher babi" (sambung...)

    BalasPadam
  2. (sambungan)
    Apakah dengan ilmu yang tidak berdiri dengan sendiri(Falsafah) dapat ditelanjang(bogel) zat Allah s.w.t pada umum ?
    Bukankah jalan ini telah dibuka oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin ?
    Adalah menjadi tragedi sedih kepada beliau dan kita pada hari ini akan kisah Mansur Hussin AL-HALAJ.Adakah beliau menempelak apa yang diisytiharkan(ucapkan) oleh AL-HALAJ ? Tidak...!
    Siapa AL-HALAJ DAN IMAM GHAZALI...?
    Mereka adalah wali-wali Allah.
    Siapa kita untuk menyebut sewenang-wenangnya apa yang diucapkan oleh Al-Halaj dan Imam Ghazali...?Sedangkan kita masih lagi makan-minum,tidur-bangun, berak-kenching,beranak bebini,berangan-angan.....!

    Agar tak lupa....untuk memahami Ihya Ulumiddin(Jiwa/Nyawa Agama) adalah dengan jalan Tauhid.Berlapis-lapis taraf pembaca.Kalau bab fekah wow..! suka sangat ustad-ustad setan hari ini ?Dengan wirid dan doa yang lengkap berhabis umur menghafal.Tetapi hakikat dan makrifat tak jumpa.

    Apakah kita tidak faham akan maksud utusan Allah?
    "Berbuat baiklah kamu"
    "Menyuruh pada kebaikan,melarang pada yang batil"(Amar Makruf Nahi Mungkar)
    "Wahai Muhammad ! tugas kamu hanyalah menyampaikan.Bukan tugas dan bidang kamu memberi petunjuk"

    Saidina Abu Bakar r.a tidaklah terkemuka kerana banyak sembahyang,rajin berpuasa,banyak meriwayatkan Hadis,banyak fatwa dan bicara,tetapi kelebihan beliau terletak pada sesuatu yang bersemi didadanya,menurut pengakuan Nabi s.a.w sendiri(Ihya Ulumiddin Vol.1 m.s.70)

    Tentang mengenal Allah dengan segala sifat dan perbuatanNya,serta segala apa yang telah kami utarakan dalam Ilmu Mukasyafah,tiadalah terdapat dalam Ilmu Kalam,bahkan hampir-hampir ilmu ini menjadi hijab dan penghalang.Ilmu Mukasyafah itu hanya dapat dicapai dengan kegiatan maximal(mujahadah)yang dijadikan Allah sebagai pengantar bagi tibanya petunjuk dengan firmanNya dalam surat 'Ankabut 69:
    "Orang-orang yang bergiat sungguh menuju Kami,niscaya Kami tunjuki kejalan Kami-Allah beserta pembuat kebaikan".
    (Ihya Ulumiddin Vol.1 m.s.69)



    Kalas.

    BalasPadam