Sabtu, 7 Jun 2014

MEJAR ZAIDI DI DAKWA



JEMPUT 
DATANG SEMUA


Salam BERSIH,
Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bermula semula pada:

Tarikh : 10 Jun - 12 Jun 2014.
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 yang lalu mengenai isu dakwat kekal.
Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.
Bagi pihak BERSIH 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal.
Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah.

Peringatan Penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.

2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM.

3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)

4.Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.



----------

4 ulasan:

  1. satu kesalahan tapi TUJUH pertuduhan. dasyat sungguh negara Islam ni. ini tak berlaku dinegara kapir. diamerika yg zalim pun penjenayah hanya boleh didakwa sekali sahaja utk satu kesalahan satu. pendakwaraya kena pastikan perdakwaan yg tepat utk mengelakan kekalahan. di Malaysia boleh didakwa byk kali dgn pertuduhan yg berlainan sampai didapati bersalah.

    BalasPadam
  2. Memang berani mejar ni..bukan macam pak menteri pertahanan..berani menafikan je..

    BalasPadam
  3. beliau seorang "TUDM" bos dia paling besak pun tak dak telok nak tolong dia ka??? oh.. bos dia MAKAN & TIDOK saja kerja dia....

    BalasPadam
  4. Bos dia boley biar jer kpl terbang x dikenali lalu.sedap kroiiihhhhh jlkroihhhhhh...perut ku trus boncettt

    BalasPadam